Siapa kata menu pantang tak sedap dan membosankan? Menu ringkas pantang inilah yang buat makan bertambah. Tambah-tambah lagi semuanya segar belaka. Memang sedap!
Paling menarik layanan bak puteri yang diterima buat hati rasa berbunga-bunga. Apatah lagi disediakan dengan menu yang enak saban hari.
Resipi berpantang yang dikongsikan oleh Puan Nor Sofiah Hussin di facebooknya ini pastinya dapat memberi ilham buat ibu yang bakal melalui tempoh berpantang nanti. Semuanya nampak sedap belaka malah 22 resipi yang dikongsikannnya ini pastinya buat anda bakal teringat-ingat apabila tempoh habis berpantang. Jom cuba!
Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang. Sapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu..siap menambah lagi. Sapa nak share silakan. Nanti bila berpantang boleh tengok-tengok balik.
Siakap Stim
Bahan-bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam dan gula
Cara masak:
1) Letak semua bahan atas ikan.
2) Kukus ikan sehingga masak.
Ikan Bakar Berempah
Bahan-bahan:
Ikan
Bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1) Lumurkan semua bahan pada ikan.
2) Bakar ikan sehingga masak.
Sup Ikan
Bahan-bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) -lumur ikan dengan garam, goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun blh..(pilihan msg²)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1) Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk.
2) Masukkan sayur lobak & bunga kobis.
3) Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan.
4) Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap.
Serunding Halia
Bahan-bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1) Sagat halia dan perah/tapis airnya.
2) Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3) Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4) Gaulkan sebati dan simpan dalam bekas.
Ayam Msak Halia
Bahan-bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih -hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung -untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1) Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2) Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3) Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4) Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5) Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Sup Sawi Bertauhu
Bahan-bahan:
Sawi
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis tumbuk
Tauhu
Air
Garam
Cara masak:
1) Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali sawi. Renehkan sehingga mendidih.
2) Bila air dah mendidih, masukkan sawi. Tutup api. Siap.
Kari Ikan (Tanpa Santan)
Bahan-bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2) Masukkan tomato dan daun kari. Masak sehingga layu.
3) Masukkan kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.
4) Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5) Bila ikan dah masak, masukkan garam dan tunggu sehingga mendidih. Siap.
Bukan tujuh resipi ini sahaja, bahkan terdapat 22 resipi berpantang enak lain yang dikongsikan olehnya. Semuanya sedap lagi terangkat.
Selamat mencuba.