Berbanding kek atau puding, salah satu manisan yang paling mudah hendak disediakan adalah Cheesekut yang satu ketika dulu pernah viral.
Dah lama tak buat, apa kata kali ini kita main susun-susun biskut untuk buat cheesekut paling mudah dan sedap. Resipi perkongsian Superdaddy, Khairul Abdullah ni rugi kalau tak cuba.
Bagi nubis yang belum pernah kenal apa itu cheesekut, nah kau tataplah ni. Bagi yang pernah buat, korang mesti dah lama tak buat kan? Dulu ni kemain lagi, maklumlah tengah viral. Sekarang ni asyik pengat pisang jer.
Dah, esok kau cari bahan dan buat. Benda mudah jer ni.
Bahan-bahan nak kena ada:
250gm Cream Cheese – lagi mahal lagi sedap.
75gm Butter – sama juga yang mahal sedap woihh.
1/2 cawan gula – cap apa pun tak apa
1 pek Cream Cracker – Hup Seng Cap Ping Pong paling sedap.
2 cawan susu – segar boleh full cream boleh, untuk rendaman biskut nanti.
1/2 cawan Nestum – biasa boleh madu pun sedap.
Sedikit serbuk Milo – serbuk koko tak main okeh.
Susu Pekat atau Sos Karamel
1. Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati, bukan sampai mati ye. Diulang, sebati, lagi sekali, sebati.
2. Lapik aluminium foil dalam bekas atau loyang. Rendam biskut dalam susu (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas tadi. Susu ni jangan baru keluar dari peti, bila sejuk dia susah nak serap masuk dalam biskut. Biarkan pada suhu bilik.
3. Susun cantik, cantik macam kau susun lipat baju tu. Ruang kecil kau potong biskut tu. Tengok kekemasan macam aku buat. Dah ler kacak, rajin dan kemas pulak tu.
4. Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal. Senipis kulit bawang sudah memadai.
5. Kemudian tuangkan susu pekat, atau sos karamel sebenarnya paling padu kalau ada, dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo. Nak tabur nestum dan milo dulu pun boleh kemudian susu atau karamel. Ikut suka, jangan pening-pening.
6. Ulang langkah tersebut sehingga habis cream cheese. Mungkin dapat diantara 4-6 lapisan. Bergantung kepada tahap kenipisan cream cheese yang disapu.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih dan barulah keluarkan dan potong ikut suka hati. Hidang ketika sejuk tau.
Siap.
Setelah banyak kali buat kek atau cheesekut ni aku dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum. Tak caya cubalah.
Nikmatilah ia bersama orang tersayang. Kalau kau single dan takde kesayangan, kesian pulak kan. Jadi kau ajaklah kawan kau atau ajak aku pun ok jugak.
Tapi ingat, makan sorang sepotong jer tau, yang lain kau bagi jiran. Tak elok makan banyak. Kau tu dah cukup manis.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma