Bahan Tak Banyak Tapi Rasa Cukup Sedap, Dadih Fresh Milk Buat Anak Berebut!

Share

Salah satu dadih yang paling mudah hendak disediakan di rumah pastinya dadih susu segar. Menggunakan susu sebagai bahan utama buat lebih berkhasiat untuk anak makan.

Bagi anak yang kurang minum susu, resipi mudah tapi super sedap ini pasti buat anak suka. Tak percaya jom cuba resipi Pn Niswah Hasina. Sedap!


Dadih susu. Anak suka dadih susu kambing dekat pasar malam. Balik kita buat. Rasa lebih kurang ja. Makan sejuk-sejuk sat ja habis.

Bahan-bahan
1 liter susu kotak.
Agar-agak tali berat 20gm (ambik 1/3 saja) -agar-agar tu bahagi 3, ambik 1 bahagian ja
Gula ikut suka tahap kemanisanmu
Garam secubit
Ayaq lebih kurang 1 liter.

Letak agar-agar dalam periuk, masukkan air bagi tenggelam.

Dah larut agar-agar, masukkan susu & gula garam. Bagi panas sampai naik wap panas. Tak payah la tunggu mendidih. Kang tak cantik pulak susu tu.

Sejukkan ckit. Tapis dulu kemudian letak dalam bekas. Siap!


Ini resipi dadih susu yang dikongsikan oleh Pn Cik Zue Zakaria. Jom cuba!

Ciksu rindu betul dadih masa zaman sekolah dulu. Sekolah rendah mesti ada yang datang jual dadih susu ni. Dengan air susu berperisa tu.

Ya Allah sedap dadih dengan susu nya..tu tiap kali datang confirm beli nya. So saja buat dadih susu ni. Tak boleh lawan yang ori punya. Yang seakan-akan boleh lah ye.

Bahan-bahannya:
Fresh milk -2 liter
Air -1 liter
Gula -1 cawan (atau boleh kurangkan lagi)
Garam -1 sk
Serbuk agak-agar -10gm
Tepung jagung -1sb (dibancuh dengan air)

First letak air dulu lepas tu letak agar-agar ye. Kacau sampai sebati.

Letak fresh milk, garam, gula dan air bersama tepung jagung. Kacaulah sampai mendidih.

Kena kacau sentiasa ye. Jangan tinggal lama-lama sangat.

Dah mendidih, tutup api dan biarkan suam-suam sikit baru letak dalam bekas.

Dah siap!

Menarik: https://www.majalahpama.my/tak-perlu-beli-sosej-homemade-lagi-sedap-jimat-laju-anak-makan/

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Nak shopping stok susu, jom ke SINI.

 

Published by
SRM