Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan cerita anak kecil yang bernama Amsyar dicakar kucing peliharaan ibu ayahnya. Kecederaan yang dialaminya bukan sedikit, tetapi sehingga terkoyak pada kelopak mata. Dia juga terpaksa menerima lima jahitan pada lukanya itu!
Artikel lain: [Ibu Trauma Anak Kena Gigit, Cakar Dengan Kucing Depan Mata. Luka Di Muka & Kepala Sampai Kena 5 Jahitan]
Sekiranya anda membela kucing di rumah dan ada anak kecil, berhati-hatilah. Perhatikan setiap gerak geri kucing tersebut dan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti yang menimpa adik Amsyar, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu.
Dr Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsi tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anak kecil kita digigit atau dicakar oleh kucing. Ikuti penulisannya ini.
Sedih la pulak bila terbaca kisah adik Amsyar yang viral baru-baru ni sebab kena terkam dengan kucing kat rumah sendiri.
Sampaikan mak dia beritahu kelopak mata adik Amsyar terbelah dan banyak kesan luka kat kepala, mulut dan dada akibat terkena cakaran waktu tu.
Mudah-mudahan adik Amsyar cepat lah sembuh ye.
Mana yang ada bela kucing kat rumah tu tolong tengokkan anak kita jugak masa dia duk bergurau dengan haiwan tu.
Memang la biasa kalau ada yang tercalar sikit-sikit terkena cakaran kucing walaupun jarang ada yang sampai tercedera teruk macam adik Amsyar.
Cuma kena beringat jugak sebab kucing ni selalunya jadi pembawa sejenis bakteria yang namanya Bartonella Henselae. Kalau ikutkan kajian, hampir 40% kucing pernah dijangkiti bakteria Bartonella ni.
Bukan apa, anak kita tu imuniti tak berapa kuat lagi.
Jadi kalau nampak kat badan si kecil tu kesan terkena cakaran dan luka, janganlah biarkan kucing duk jilat luka tu sebab air liur kucing kalau dah tercemar dengan bakteria tadi, takut-takut nanti termasuk kat badan anak kita sampai buatkan dia terkena penyakit Cat Scratch Fever.
Nanti mulalah luka tu akan jadi makin sakit, kemerahan dan membengkak. Kadang tu siap bernanah lagi. Kalenjar kat keliling kawasan luka tu pun membengkak sama.
Ada jugak kes yang sampai demam menggigil-gigil. Selera makan hilang, badan rasa lemah dan sakit kepala.
Tapi paling menakutkan kalau berlaku jangkitan yang serius sebab jangkitan tu boleh merebak ke mata, otak dan jantung anak kita.
Artikel lain: [Minum Susu Ibu, Keracunan Makanan. Rupanya Sebab Guna Botol Bercalar]
Sebab tu saya nak pesan:
Penting sangat kalau kat badan anak kita tu ada sebarang luka, tolong elakkan dari dijilat kucing.
Kalau terkena cakaran kucing pulak, pastikan cuci segera luka tu gunakan air dan sabun.
Sekiranya luka tadi tu nampak melarat, cepat-cepatlah bawa anak kita ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan.
Saya tulis posting ni sebab nak kita semua berhati-hati je. Bukan nak suruh buang atau buat zalim pulak kat kucing peliharaan kita tu.
Ingat ye, Nabi ada ceritakan dalam satu hadis yang ada seorang perempuan ni dia kena azab dan dicampakkan masuk ke dalam neraka semata-mata disebabkan dia kurung seekor kucing sampai haiwan malang tu mati kelaparan.
Nanti tolong saya #kongsikan info penting ni kat mak ayah yang lain jugak. Memang seronok bergurau dengan kucing ni tapi kita jugak kena tahu nak buat apa kalau anak kita terkena cakaran kucing ni.