Bahaya memang ada dimana-mana walau kita kadang sudah beringat dan berhati-hati. Seperti yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berdepan dengan detik cemas apabila secara tiba-tiba ditarik seorang lelaki ketika bersama wanita dipercayai ibunya di sebuah restoran.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Afrika Selatan. Dalam video tular, kelihatan pelaku tiba-tiba muncul dari sebalik penghadang restoran sebelum cuba ‘merampas’ mangsa yang duduk bersama ibunya.

Susulan itu, terjadi pergelutan antara pelaku dengan ibu mangsa serta seorang lelaki yang cuba membantu. Nasib menyebelahi kanak-kanak berkenaan kerana berjaya diselamatkan manakala pelaku telah ditahan orang awam.

Menurut The South African, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis, 10 September yang lalu di Florida, Johannesburg.

Memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan, Kapten Kay Makhubela, laporan telah dibuat pada 5 petang hari kejadian.

IKLAN

“Dikatakan bahawa pada 10 September sekitar 5 petang, pengadu berada di sebuah restoran pizza bersama anaknya yang berusia 4 tahun ketika seorang lelaki tidak dikenali datang dan menarik anaknya seolah-olah ingin mengambil kanak-kanak tersebut,” kata Makhubela.

“Ibu dan anaknya menjerit dan dengan bantuan pemilik kedai serta penduduk setempat, suspek berjaya ditahan,” katanya.

Suspek yang berusia 24 tahun dilaporkan telah dihadapkan ke mahkamah pada pagi 11 September (Jumaat).

Kena sentiasa berhati-hati walaupun anak depan mata, kejadian seumpama ini boleh berlaku. Moga anak-anak kita dilindungi dan sentiasa dalam Lindungan Yang Maha Kuasa.

Sumber: Siakap Keli

EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents