Bahaya ganjaran gajet pada anak yang ramai mak ayah tahu tapi buat-buat tak tahu. Mungkin diperingkat awal kita tak perasan tapi lagi dibiarkan kesannya lagi teruk.
Contoh situasi yang sering berlaku adalah ketika sedang makan di restoran. Kebetulan bersebelahan dengan dua keluarga yang masing-masing mempunyai anak yang berbeza umur.
Ibu bapa dan anak dalam lingkungan 8-9 BULAN. Sementara menunggu makanan sampai, ibu menyuapkan bubur nasi kepada anak. Bila makanan sampai, dipasangkan video lagu Didi and friends. Maka kedua ibu bapa menikmati makanan tanpa gangguan.
Situasi lain pula, ibu bapa dan anak dalam lingkungan 2-3 tahun. Anak menjerit-jerit nak maggi. Terdengar anak komen itu ini, sambil ibu dan ayah angguk. Buat muka “alahai anak aku”. Sedikit goyah kesabaran. Bila makanan sampai, anak duduk atas meja. Cuba makan, tapi cakap, tak nak ni. Lepas tu cuba makanan lain. Kejap duduk kat kerusi. Kejap atas meja.
Ayah mula buat muka bosan. Tapi masih layan. Major respect! Ibu bapa ni langsung tak keluarkan handphone, hatta untuk ambil gambar makanan pun. Mereka terus makan dan layan karenah anak. Anak juga tidak langsung sebut nak hp/tab.
Bila ayah sudah makan, sambil menunggu ibu makan, ayah hanya pandang dan bersembang dengan ibu dan anak. Dan anak langsung tak berlari tinggalkan meja!
Ibu bapa… tab atau handphone memang banyak kegunaan. Malah kami terapis pertuturan-bahasa juga gunakan alat-alat ini dalam terapi. Tapi apabila “reward” diberi tanpa sebab, semata-mata untuk mengalih perhatian anak, ia telah memberi kesan negatif kepada anak. Antara 3 kesan negatif:
Jadi bagaimana kita nak memupuk minat membaca/melukis/bersukan dan lain-lain?
Jadi ibu bapa/penjaga… fikirkan. Apakah ini yang anda mahu berikan kpd anak anda?
Orang sekitar pula. Tolong jangan marah atau buat muka jika ada kanak-kanak berlari dan bising dalam restoran semasa anda ingin makan. Itu memang tugas kanak-kanak. Kalau anda ingin masa senyap sendirian, sila tempah kubur.
Sumber: Juliana Aminah (Terapis Pertuturan-Bahasa)