Bila anak dah masuk 6 bulan dah boleh mula makan, mama papa tentu ‘excited’ kan? Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba, tapi ingat ya! Jangan tambahkan garam, gula dalam makanan bayi.

Tapi kenapa? Ikuti perkongsian ini

Bahaya Garam & Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi, Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam & Gula Dalam Makanan!

KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI BAYI AKAN RASA

Haaaa takleh bagi gula dan garam sampai umur 1 tahun???

‘Tak sedapla bubur ni patutla baby taknak makan..cuba tambah garam sikit’
‘Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa’

Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus..

Bahaya Garam & Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi, Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam & Gula Dalam Makanan!

‘Kesian anak puan…makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja’

Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam..

Begini ceritanya

Ads

Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja/ Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru. SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak anak sebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby

Mungkin baby suka. Ada yang menolak.. Ada muka pelik tapi makan juga. Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima Ini ikut kepada personalti anak masing. TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan baby

Pada usia 6-12bulan fokus kita bukan nak bagi anak makan sedap tapi nak:

  • Kenalkan makanan lain selain susu ibu
  • Kenalkan tekstur makanan selain susu ibu
  • Mengenalpasti allergy
  • Dan tambah zat sebab keperluan baby dah makin meningkat dan susu ibu sahaja tidak mencukupi

3 sebab utama GULA dan GARAM tidak boleh diletakkan.

1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG

Ads
  • Bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang
  • Jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah. Tetapi bayi tak mampu lagi…yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggan overwork dan cepat rosak

2. DERIA RASA BAYI 100X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA

Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita. Deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain lain.

Walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambah apa apa lagi dah. Ada garam dan gula semulajadi dah dalam makanan, tak perlu tambah lagi.

Bahaya Garam & Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi, Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam & Gula Dalam Makanan!

3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER

Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang ‘sedap’ akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa

Ads

Ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa ‘tawar’ dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa

Biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal

Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu..banyak banyak nanti takut ada yang tak baca pulaks..hehehe. Biar rasa semulajadi ye makanan baby!

Sekian

Kredit:Nur Hafizah M Sobri (Dietitian Fizah Sobri)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Bahaya Garam & Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi, Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam & Gula Dalam Makanan!

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI