“Jangan menangis, abang kan dah besar..malu orang tengok! Dah-dah..diam” kata ibu kepada anaknya yang berusia 4 tahun. Situasi ini sangat biasa kita lihat dalam masyarakat kita malah lelaki juga tidak digalakkan menangis kerana lelaki seharusnya tidak lembik dan merupakan simbol kekuatan.
TAHUKAH ANDA BAHAYA MENGHALANG ANAK LELAKI MENANGIS!
Ramai sangat ibu bapa, terutamanya para bapa yang menghalang anak lelaki mereka dari menangis bila terluka, atau terjatuh atau tercedera. Anak baru 3 tahun sudah diminta untuk jadi tough dan jangan tunjuk sakit, jangan tunjuk emosi.
Niat para ibu dan bapa ini baik. Iaitu supaya anak jangan menjadi ‘lembik, lembut dan manja. Oleh itu bagi mereka, jangan sekali mengalah kepada airmata yang mahu gugur.
Sayang Ibu, please jangan buat begitu lagi. Menahan airmata dari gugur dan menunjukkan rasa sakit dengan deraian airmata bukan akan menjadikan anak itu lembik. Sebenarnya sayang; perbuatan itu boleh perlahan-lahan menyebabkan hati anak tertutup dan payah untuk merasakan emosi. Ia juga boleh menyebabkan anak itu terbantut perkembangan EQnya yang akan kemudiannya menjejaskan perkembangan SQ. Pernah melihat sesorang yang langsung tiada perasaan kasihan mendera orang? Ini adalah diantara puncanya.
Yang penting adalah mengajar anak kecil itu bagaimana untuk handle emosinya dan manage emosi dan perbuatannya bila dia rasa sakit atau sedih.
Jadi apa nak buat jika dia menangis kerana sakit atau kecewa?
1-Acknowledge, maksudnya menerima bahwa dia rasa sakit atau kecewa dan JANGAN menidakkan dgn mengatakan ini sikit sahaja. TAPI, katalah, ‘Oh syang ayah sakit ya..mari ayah tengok, kuat tak lukanya.’ Cium luka dan bisikkan kepadanya dia kuat, insyaAllah dia boleh lalui sakit itu dgn mudah dan belajar darinya.
Atau
Jika anak itu melalak sebagai respons kepada sakit atau sedih, peluk dia, tenangkan dan ajak dia untuk kurangkan kadar kekuatan suara menangis itu. Beritahu anda ada dengannya dan anda dengar tangisannya. Tak perlu menangis kuat-kuat. Ajar dia bagaimana nak tahan rasa sakit dan kenapa ianya lebih baik dari melalak. Contoh, ajar dia berselawat, beristifar, membaca ayat yang meringankan sakit dan sbgnya.
Ramai orang lelaki dipandang rendah bila mengalirkan airmata. Sedangkan orang lelaki adalah manusia yang mempunyai perasaan.
Ketahuilah Nabi Muhammad dan para sahabah menangis dan itu tidak sikit pun mengurangkan kehebatan mereka. Malah menampakkan ketulenan sifat kemanusiaan mereka. Aunthentic dan tidak keras tidak berperasaan.
Ingat; it is not about stopping your little boys from crying that make them tough; it is about teaching them how to feel the pain, learn how to cope and handle, take the right action to reduce the pain and learn from the situation.
Kita nak lahirkan generasi, telus, tulus, berjiwa besar dan berperikemanusiaan. Untuk itu, mereka perlu tulen dan pandai merasai dan bertindak bijak dari apa yang dirasa. Dan bukan stop diri dari merasai.
Salam kasih,
Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Beli Mainan Kena Kumpul Duit Sendiri” Gigih Anak Menabung, Dah Dapat Lagi Puas Hati!
Bukan saja anak, kita sendiri ada waktunya culas untuk menabung. Ada bulan-bulan tertentu yang terbabas dek mengutamakan keperluan lain.
Namun mendidik anak menabung dan menyimpan perlu dilakukan sejak kecil lagi. Nak beli mainan kena kumpul duit sendiri! Ini kenyataan yang boleh menggerakkan anak untuk menyimpan. Tak salah asalkan anak tahu hala tujunya menyimpan.
Mula-mula simpan untuk beli mainan, lama kelamaan barulah anak makin seronok nak menyimpan. Macam mana nak didik anak menabung dari kecil? Perkongsian seorang usahawan, Ahyat Ishak ini mama boleh jadikan panduan.
6 Tips Mengajar Anak Menabung Dari Kecil
Peningkatan kos sara hidup sekarang merupakan satu isu yang tidak habis-habis diperkatakan oleh semua orang. Jadi,kita sebagai ibu bapa haruslah mendidik dan menggalakkan anak –anak untuk belajar dalam menguruskan perbelanjaan mereka dari kecil lagi. Agar mereka tidak membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu hargai duit.
Tabiat kewangan yang baik seharusnya dipupuk oleh ibu bapa itu sendiri dengan menjadi idola yang hebat di mata anak-anak. Pada peringkat awal ini, boleh jer ajar anak menabung bermula di rumah. Kita pupuk minat mereka untuk menyimpan dan kena mulakan daripada sekarang.
Bila dah makin meningkat dewasa mereka akan secara sendiri suka menyimpan kerana sudah diajar dari kecil. Dibawah ni Ahyat ada kongsikan tips yang Ahyat guna untuk anak-anak Ahyat supaya suka menabung.
1. Sediakan Tabung Yang Cantik
Terdapat pelbagai jenis tabung yang dijual di pasaran. Ikutlah yang mana anak kita berkenan kalau boleh carilah tabung yang cantik ataupun cari tabung lutsinar yang boleh nampak supaya mereka dapat melihat sendiri hasil simpanan mereka yang semakin banyak itu.
Kalau nampak ruang-ruang kosongnya, sudah tentu duit yang simpanan belum banyak. Bila mereka nampak hasil tabungan mereka, mereka akan rasa lagi bersemangat nak tambah dan terus menyimpan.
2. Beri Wang Saku Dan Ajar Cara Mengurus Pembelanjaan
Ini merupakan ‘pendapatan’ pertama mereka. Ajar mereka untuk belanja secara berhemah. Sekiranya kita ada sediakan bekal makanan untuk anak bawak ke sekolah, kita juga boleh berikan wang saku kepadanya.
Disini lah kita boleh ajar mereka, bila mereka pulang sekolah cuba kita tanya, apa yang mereka beli, berapa baki dan berapa banyak boleh mereka simpan untuk hari tersebut.
3. Ajar Anak Buat Matlamat Menyimpan
Ajar mereka setiap duit yang mereka simpan mempunyai matlamat. Apakah yang nak dibelanjakan setelah duit dalam tabungan cukup. Kita sebagai ibu bapa kena tanya mereka apa yang mereka inginkan dan matlmat dalam menyimpan. Contohnya anak lelaki nak beli playstation 4 ataupun patung Barbie bagi anak perempuan.
Disamping itu,kita juga boleh bawa mereka ke kedai dan dapatkan harga tersebut supaya mereka tahu dan teruskan bersemangat untuk menyimpan agar dapat barang yang dikehendakinya itu. Apabila sudah jelas dengan matlamat simpanan anak-anak, kaji berapa lama mereka perlu simpan dan buat jadual khas untuk perkara ini.
Buat jadual berkotak dan gunakan pelekat bewarna, supaya mereka boleh kenal pasti berapa jangka masa yang perlu mereka simpan untuk mencapai matlamat tersebut.
Ajar mereka tiada apa yang percuma dan senang nak dapat sekarang. Ayah dan emak terpaksa kerja keras untuk sekolahkan dan membesarkan mereka semua. Ajarkan mereka konsep bersyukur. Dalam proses menabung,inilah masa yang sesuai untuk kita terapkan erti nilai wang kepada mereka.
4. Ajar Untuk Dapat Wang Tambahan
Beritahu mereka, sekiranya mereka inginkan duit tambahan dengan cepat, mereka perlu lakukan kerja rumah atau membantu kita supaya kita dapat memberi mereka upah. Upah tersebut bolehlah mereka menyimpan untuk membeli barang yang diingini.
Lagi satu cara kita juga boleh mengajar mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan, contohnya bawa mereka ke pasar lambak untuk menjual mainan terpakai mereka dan ia dapat melatih mereka mengira wang dan lebih sistematik dalam kehidupan apabila dewasa nanti.
5. Didik Belanja Ikut Kemampuan
Ajarlah anak-anak sejak dari kecil lagi untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Jangan berlagak kaya dan sentiasa merancang perbelanjaan walaupun ketika berada di sekolah. Didik mereka untuk tidak meminjam duit rakan jika tiada duit tetapi hanya menggunakan wang saku dengan cermat.
Beli Pinkfong Singing Plush Daddy Shark Di Sini
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/toys-others/pinkfong-family-singing-plush-daddy-shark-20062623″ style=”flat” background=”#ef3c2d” color=”#ffffff” size=”6″]Pinkfong Family Singing Plush Daddy Shark[/su_button]
6. Berikan Ganjaran Kecil
Sesekali berikan mereka ganjaran daripada usaha mereka dalam meningkatkan tabungan. Benda yang paling simple, biarlah hadiah kecil saja namun bergantung kepada kita nak beri hadiah apa pada mereka. Contohnya, masukkan lauk kegemaran mereka, belikan buku atau belanja makan aiskrim.
Percayalah selepas sebulan kita akan nampak hasil dan tabung semakin penuh kerana anak dah mula tahu bila dia menabung makin banyak ibu bapa mereka akan memberi hadiah kepadanya. Hadiah ni salah satu pembakar semangat untuk mereka lebih suka menabung.
Kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi modal atau contoh yang baik untuk mengajar anak2 kita menabung dari kecil supaya bila besar nanti mereka jadikan satu tabiat untuk menyimpan bagi masa depan mereka juga.
Menarik: 2 Tahun Dah Mula Belajar Macam-Macam, Mawar Rashid Bersyukur Dapat Hantar Anak Ke Tadika
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemas, Cantik, Jimat Ruang, Ibu Ini Kongsi Tip Simpan Stok Susu Ibu Beku Guna Bekas Plastik Daiso!
Stok susu ibu beku satu kemestian untuk ibu-ibu bekerja yang membekalkan susu ibu kepada bayi semasa keluar bekerja. Cara penyimpanan yang cantik, kemas dan tersusun ini boleh dijadikan inspirasi untuk mama semua.
Puan Ain Amy Kamal telah berkongsi caranya mengendalikan dan menyimpan susu ibu perahan. Stok susu yang tersusun cantik ini sedikit sebanyak menjimatkan ruang. Dia juga mencadangkan agar ibu-ibu menyusun stok susu mengikut tarikh ia diperah.
ain.amykamal Ain mohon maaf sangt pd yang request utk ain share psl bf & ebm, Ain asik delay je utk share, smpai dh naik keje dah pun.
Gambar ni pun sebenarnya dah seminggu lebih Ain amik, tapi baru sekarang Ain share.
Insya Allah by this week Ain share cara Ain simpan ebm & pam yang Ain guna
Kalau schedule pumping tu, waktu maternity leave memang Ain tiada schedule sangat sebab baby pun meragam all the time.
PAM 3 JAM SEKALI
Ain just pump untuk buat stok sikit-sikit ni je.
Ain tak fokus buat stok banyak macam waktu Yazdan dulu.
Tapi sekarang Ain dah start keje, memang ikut schedule pump every 3 jam.
LEPAS BEKU MASUKKAN DALAM BEKAS LUT SINAR
Ok! Ini la dia frozen EBM. Ain memang buat mcm ni daripada Yazdan dulu
Cuma bezanya sekarang, lepas frozen Ain masukkan dalam transparent container macam dalam gambar tu. Dulu waktu Yazdan, lepas frozen, Ain masukkan dalam Ziplock bags
Yang sekarang ni better la kot pada Ain. Lebih kemas & senang nak buat konsep ‘fifo’. Macam mana Ain frozenkan EBM jd flat mcm tu, Ain share on next post .
View this post on InstagramA post shared by Org Biasa2 Dgn Life Biasa2 (@ain.amykamal) on
CARA BEKUKAN SUSU IBU YANG DIPERAH
ain.amykamal Ain share cara Ain frozenkan EBM ye
Basically sama je dengan yang lain kot
Ain rasa mostly pun dah tau
Tp Ain share jugak utk menjawab pertanyaan-pertanyaan kat DM ye
#1. Tulis details pada storage bags (biasanya nama, date & qty) . Ain guna Sunmum Storage Bags 9oz (blh baca details lain kat bwh ye ?) . Ain tulis guna pen mcm sharpie tu.
#2. Tuang EBM dalam storage bags (Ain guna freemie cups, so dia punya tunnel tu ain guna untuk tuang susu tu, nak avoid susu tumpah) .
Walaupun storage bags tu muat 9oz, Ain tuang 4oz je so bila kt flat frozen kan dia, dia xkembung or tebal sangat & lebih kemas.
#3. Keluarkan sebanyak udara yang boleh kat dalam storage bags tu & zip properly.
#4. Lepas tu lay flat in freezer sampai frozen.
#5. Once frozen, boleh masukkan dalam container
Untuk transparent container tu, Ain beli kat Daiso je. Tak perlu beli storage container yg mahal-mahal. Saiz Sunmum Bags tu dgn container ni memang ngam-ngam.
Cantik kemas je bila susun dalam tu. Boleh susun ikut date, so nanti nak ambik pun senang.
Each container tu muat utk 20bags flat frozen EBM tadi.
Again, ni cara ain. Kalau rasa sesuai / serasi, sila la amik. Kalau x, abaikan je.
View this post on InstagramA post shared by Org Biasa2 Dgn Life Biasa2 (@ain.amykamal) on
Sumber: ain.amykamal
Artikel berkaitan: [Susu Perahan Cair Tetapi Banyak. Mudaratkah Jika Ia Diberikan Kepada Bayi? Ikuti Penjelasan Pakar Laktasi Ini]
[Betulkah Susu Ibu Pekat Buat Bayi Kenyang Lama Atau Ia Sekadar Mitos? Ini Kupasan Kaunselor Laktasi]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerap Makan Manis Tiap Pagi, Budak 5 Tahun Tahan Azab Tiga hari Sakit Gigi
Menjadi kebimbangan buat ibu bapa jika anak kecil mengadu sakit. Macam mana tahap kesakitan mereka, apa punca mereka sakit dan pelbagai benda menjadi persoalan buat mereka.
Anak-anak dan makanan manis berpisah tiada. Pantang nampak makanan ringan seperti coklat dan aiskrim, terkinja-kinja mereka merayu nak makanan itu. Tapi awas ya ibu bapa sekalian, pengambilan makanan manis untuk anak-anak tak baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi untuk gigi mereka.
Baru-baru ini Doktor Gigi di Klinik Pergigian Azila Bangi, Dr Azila Mohd Karim, berkongsi tentang seorang pesakitnya yang mengalami bengkak gusi sehingga mengakibatkan “FACIAL CELLULITIS”. Ikuti perkongsian oleh Dr Azila tentang kisah adik berusia 5 tahun ini.
Suatu pagi Jumaat sebaik sahaja aku ‘parking’ kereta di hadapan klinik, aku disapa oleh seorang perempuan muda.
“Ini doktor Azila ke?” Aku menjawab “ya, saya..”.
Beliau bertanya lagi “Boleh jumpa doktor terus di klinik tak?”
Kepala aku ligat berfikir, seingat aku berderet temujanji aku pagi ini.
Maka aku jawab sambil tersenyum “Cik, boleh terus telefon klinik untuk temujanji”.
Tiba-tiba dia menarik seorang budak perempuan kecil lantas ditunjukkan mukanya pada aku.
Astaghfirullahalazim.. tergamam aku, terus aku cakap “Naik atas terus, saya periksa”
3 Hari Tahan Sakit
Setelah masuk di bilik surgeri, begini ceritanya. Ibu bapa muda ini memberitahu anaknya sakit gigi belah kanan atas mulai 3 hari lalu.
Hari pertama :
Mula-mula mereka membawa ke klinik gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.
Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf. Tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.
Doktor klinik gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik.
a) Syrup Amoxycillin 3ml 3 kali sehari.
b) Syrup Paracetamol 3ml 3 kali sehari.
Hari kedua:
Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke klinik gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.
Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus, kerana beliau memberi temujanji untuk rawatan pulpotomi. Aku berfikiran mungkin temujanji doktor tersebut penuh.
Doktor klinik gigi B memberi pula ubat tambahan :
a) Syrup Metronidazole 8ml 3 kali sehari.
Mereka pulang, tiba-tiba malamnya muka anak menjadi bengkak sebegini (rujuk gambar).
Umur pesakit 5 tahun. Kasihan sungguh, wajahnya.. pipi bawahnya bengkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Tertutup mata kanan pesakit !
Keadaan ini di diagnosis sebagai “FACIAL CELLULITIS”.
Punca Sakit Gigi Dikenalpasti
Sesi soal siasat oleh doktor Azila dijalankan seperti biasa. Hasil temubual dengan ibu bapa adalah :
1. Sering memberi makanan manis iaitu ‘kinderjoy’ setiap pagi. Pesakit juga kerap makan makanan yang manis-manis belaka.
2. Tidak mengamalkan rutin wajib memberus gigi anak setiap hari.
3. Tidak membawa anak untuk jumpa doktor gigi secara berkala.
ramai ibu bapa terlepas pandang dan tidak faham sebenarnya memberi makanan minuman manis adalah musuh utama mulut anak. Ini mengakibatkan gigi rosak. Selain itu, ibu bapa perlu tahu bersihkan gigi anak itu penting. Jangan sampai gigi anak berkaries, mengadu sakit baru jumpa doktor gigi.
Adakah kita mahu anak kita berkeadaan sebegini? Kerana sikap kita yang sambil lewa gigi anak rosak, gusi bengkak kemudian muka bengkak.
Beri Rawatan Kecemasan, Henti Guna Ubat Sebelum Ini
Setelah aku berbincang dengan doktor Pakar Pergigian Kanak –Kanak, pesakit ini :
1. Aku preskripsi :
a) Syrup Augmentin 5.3ml 2 kali sehari.
b) Syrup Paracetamol 5.3ml 4 kali sehari.
(Dos ubat – ubat yang diberi mengikut berat badan pesakit)
2. Pemantauan berkala dalam tempoh 24 jam oleh ibu bapa. Selagi anak boleh makan dan minum, badan tidak menolak sebarang makanan dan minuman yang diberi secara oral.
Maka belum perlu pergi Bahagian Kecemasan Hospital. Pada “posting” akan datang, akan aku kongsikan ciri-ciri yang perlu dirujuk terus ke hospital.
Kebetulan ketika itu cuti umum 2 hari Ahad hingga Isnin. Aku juga berpesan sekiranya tiba-tiba bengkak kemuncak mendadak, terus pergi ke bahagian kecemasan hospital.
3. Hari ketiga iaitu Selasa, pesakit berjumpa aku semula. Alhamdulillah.. muka sudah surut bengkak.
4. Gigi geraham susu yang menyebabkan bengkak tersebut, terpaksa aku cabut.
Gigi perlu dicabut!
KENAPA DOKTOR CABUT GIGI TERSEBUT?
Jawapannya : Agar gigi berkaries tersebut tidak menjadi punca infeksi, bengkak BERULANG SEMULA. Sekiranya terjadi situasi begini ia boleh MEMBAWA MAUT!
Gusi yang bengkak, bakteria boleh merebak kedalam otak. Keadaan dikenali sebagai SEPSIS.
Sepsis adalah keadaan dimana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan.
Bahan kimia yang dikeluarkan dalam aliran darah untuk melawan jangkitan mencetuskan tindak balas keradangan di seluruh badan sekali gus ia merosakkan sistem organ.
Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.
HUBUNGAN ANTARA SEPSIS DAN JANGKITAN GIGI
Apabila berlaku jangkitan gigi, ia boleh menyebabkan pulpa (gigi bahagian tengah) dijangkiti.
Pulpa ini adalah bahagian gigi yang mengandungi saluran darah, tisu penghubung dalam saraf besar.
Jika jangkitan berlaku, bakteria boleh keluar dari gigi ke tulang atau tisu bawah.
Tanda-tanda Gigi Dijangkiti
Sebagai orang dewasa, kadangkala kita juga keliru sama ada terdapat jangkitan pada gigi kita atau tidak lagi. Sama juga untuk anak-anak, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa pantau gigi anak-anak supaya bebas dari jangkitan. Antara tanda-tanda terdpat jangkitan dalam mulut seperti:-
• Nafas busuk.
• Rasa pahit dalam mulut.
• Demam.
• Sakit gigi.
• Gigi lebih sensitif.
• Gusi bengkak.
• Kelenjar bengkak pada leher.
• Bengkak rahang.
Ini bertujuan memberi peringatan berguna buat ibu bapa lain supaya tidak mengabaikan kebersihan gigi anak kecil kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, hanya kerana gigi tidak dibersihkan setiap hari dan pengambilan makanan manis.
SUMBER: Dr Azila Mohd Kasim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI