Membuat keputusan untuk menghantar anak belajar jauh dari sisi mak ayah bukan mudah. Lagi-lagi bila memikirkan kes-kes di media social yang bertebaran, melibatkan anak kecil membuatkan hati mak ayah tidak pernah tenang.
Mulalah mak ayah memikirkan pelbagai perkara negatif. Tak salah berfikir untuk keselamatan anak namun sebagai mak ayah apa kata kita persiapkan dulu anak-anak dengan perkara ini, seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif.
1. Ajar anak untuk tegas & berani SAY NO pada orang lain. Anak yang tak berani cakap TIDAK ni yang bahaya sebab dia akan ikut je apa orang lain suruh buat.
2. Didik anak untuk selalu cari kawan yang sama jantina jika nak mengadu masalah.
3. Ajar anak untuk selalu baca doa sebelum keluar rumah
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan upaya kecuali dengan (pertolongan) Allah
4. Ajar anak untuk jauhi ikhtilat iaitu pergaulan bebas dengan lawan jantina lagi lagi yang bukan mahram
5. Ajar anak untuk ‘choosy’ dalam memilih sahabat. Berkawan biar seribu tetapi bersahabatlah dengan orang yang ikhlas menyayangi dan menjagamu
6. Ajar anak untuk jaga pakaian dia. Kadang pemilihan pakaian yang salah boleh ‘trigger’ orang yang ada masalah pada mental dan jiwanya
7. Didik anak untuk tak lupakan solat 5 waktu walau apa pun ujian yang melanda hidupnya. Selama mana dia masih solat 5 waktu, insyaAllah dia akan selamat.
Semoga yang baik-baik buat anak-anak kita yang sedang membesar, lagi-lagi yang berjauhan dari mak ayah.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
“Know Know Dah Dua Bulan” Sharifah Amani Tayang Muka Anak, Comelnya!
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiba-Tiba Anak Muntah Darah, Baru Teringat Orang Ada Pegang Masa Kenduri” Ibu Ini Kongsi Moment Pahit Anak Sakit
Beberapa hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Korban, mungkin dalam kegembiraan nak menyambut hari raya ditambah dengan rasa teruja nak bertemu sanak-saudara jangan kita lupa untuk menjaga SOP lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil.
Kisah ini hanyalah sebagai pengajaran dan peringatan buat semua pihak agar lebih berhati-hati jika ada bayi kecil di dalam rumah. Seperti perkongsian ibu ini, dia ternyata serik mengenangkan anaknya pernah sakit akibat dipegang oleh tetamu yang berkunjung ke rumah. Akibatnya, anak kecil terpaksa menahan sakit dan dimasukan ke wad.
Ikuti perkongsian ini dan semoga menjadi pengajaran buat semua supaya tidak terleka.
Ingat ye semua para ibu dan bapa.. Memandangkan hari raya bakal menjelang tiba, Biarlah Nia berkongsi sebuah cerita yang menjadi pengajaran buat kalian. Nia dah dapat pengajaran daripada kekhilafan Nia sendiri. Bukan nak menakut-nakutkan korang semua but I get my lesson… Ok straight to point.
Benda ni dah beberapa berlalu. Nia jenis obses nak buat kenduri, nak share kegembiraan dengan ramai kenalan smpai Nia lansung tak ambil kisah-kisah yang pernah orang lain share di Fb..
Pernah tak korg dengar pasal ‘Jgn Bagi Anak Dicium oleh orang lain sebab tak pasti tahap kebersihan orang berkenaan? Dan merbahaya untuk anak korg?’
Sebenarnya bunyi macam mngarut tapi Sebenarnya benda ni memang benar.
Sebab tahun 2018 Nia buat majlis Aqiqah Lawa dan Hari Jadi Qhansa dalam bulan 5, tiba-tib Lawa batuk tak berhentihenti dan macam sesak nafas. Suhu badan naik mendadak, Nia ingat tak de pape yang serius hingga la malam tu Lawa batuk hingga muntah keluar darah… Darah!!!! Darah!!!! Darah!!!
Bukan sikit2 tau… (rujuk gmbar)
Kami suami isteri mase tu panik sangat-sangat bawak Lawa ke Muar, klinik dimana Lawa dilahirkan (swasta). Doktor nak tahan ward tapi Nia tolak sebab bayaran agak tinggi dan kami tak ambil insurans untuk anak pon mse tu.. Doktor bekalkan ubat dan dibenarkan pulang.. Pastu sampai je di rumah.. Lawa sesak nafas lagi.
Kali ni mukanye berubah kebiruan akibat sesak nafas,batuk tak berhenti masa ni.. Suami Nia memang jenis pantas, dia terus bawak kami ke Kecemasan Hospital Besar Melaka.
Masa sampai Doktor memeriksa anak kami dan membenarkan kami pulang kerana katanya tiada apa-apa yang serius, sebab mase checkup Lawa dah tak batuk dan nyenyak tidur. Sejurus kami keluar daripada pintu kecemasan, Lawa terjaga dan sekali lagi diserang sesak nafas, kali ni dia batuk dan darah keluar banyak sangat, sambil berlari masuk semula ke ruang kecemasan, terus ke Zon Merah sebab mmg dah teruk sangat mase ni.. hingga penuh darah atas katil cadar hospital.
Nia memang panik sangat, sehingga terkeluar bahasa yamg agak kasar buat doktor-doktor di Zon merah. Memang Nia dah tak tentu arah.. Darah keluar macam air.. Anak sesak nafas.. Mujur doktor-doktor itu faham yang Nia panik mse tu, dengan pantas dorang ambil Lawa dan beri bantuan pernafasan.. Nia dah hampir pitam masa ni.
Dan ada beberapa doktor muda mendekati Nia mse tu “Puan jagann panik, kami sedaya upaya bantu. Puan tenang dan cerita kan.. Anak puan ada jatuh ke? Ada apa-apa puan nak kongsi ke dengan kami?” Nia cuma bagitahu tak de pape terjadi hingga la mereka bertanya ada ke anak ini didekati oleh orang-orang yang merokok? Atau demam? Atau kurang bersih?
Terus automatic Nia teringat, Nia buat majlis Aqiqah… Lawa dikerumuni oleh ramai orang.. So memang tak pasti ada yang demam, selsema, perokok atau sapa-sapa je la.. Memang Khilaf Nia.. Memang Nia akui… Salah Nia.. Biarkan ramai orang dukung Lawa, cium Lawa.. Nia tak nak orang kata Nia kedekut anak.. Taknak orang cop Nia ni Acah-acah ibu yang bagus smpai tak nak lansung bagi orang sentuh anak.
Dan selepas semua prosedur kecemasan dilakukan.. Alhamdulillah tiada apa yang kritikal dan Lawa mngalami trauma di bhgian tekak dia sebab mungkin daripada sakit tekak yang teruk (mungkin sebab dia selsema, batuk yang teruk dan bau asap rokok atau bau rokok yang melekat di baju si perokok yang mnyentuh atau mencium dia) dan kemungkinan juga makanan yang disuap ke dalam mulut Lawa yang dia tak boleh makan..
Lawa ditahan wad lebih kurang 2minggu…bukan jangka masa yang pendek ye? Sepanjang 2minggu ni la, para doktor brainwash Nia… Jangan fikir ape org nak cakap pasal kita, anak tu anak kita.. Amanah Allah buat kita, jadi keutamaan kita untuk memastikan anak kita selamat.. Biarlah org nak kata kedekut ke ape..Jangan sesuka hati benarkan orang sentuh anak kita.. Lantak la orang nak judge ape… ANAK KITA, HAK KITA!!!!
Setiap anak berbeza. Even Qhansa pon dia tak sama macam adik dia.. Lawa sangat-sangat sensitif.. Sampai hari ni Nia tak boleh lupe peristiwa ni dan apa-apa yang berlaku pada anak-anak Nia, memang Nia takkan ambil ringan..nia memang serik sangat-sangat..
Saya seorang Ibu yang paranoid..ingat ye semua.. Raya ni tak payah peluk cium anak Nia kalo korang demam, selsema atau baru pas merokok.. Xpayah suap pape makanan dalam mulut anak saya.. Sebab saya ibunya.. Anak saya sakit bukan korang yang tanggung risiko.. Nia Harap benda ni jelas ye??
Kredit:Nia Bridal House Nbh
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas 3 Tahun Dapat Jumpa Semula, Ainul Tak Lepas Pegang Tangan Dr Amalina
“Dia (Ainul) pandang saja dan pegang tangan Dr Amalina ketika pertemuan mereka selepas 3 tahun. Dr Amalina juga tak lepas pandang melihat Ainul,” kata Nurul Erwani Zaidi, ibu kepada penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Nurul Erwani, 27, menceritakannya detik pertemuan Ainul Mardhiah, 4, dan Dr Nur Amalina Che Bakri ketika diminta berkongsi kisah menyentuh hati itu.
Pertemuan itu mendapat perhatian netizen selepas Nurul Erwani dan Dr Amalina masing-masing memuat naik gambar mereka bersama Ainul Mardhiah di Instagram (IG).
Bercerita lanjut, Nurul Erwani berkata, dia dan Dr Amalina sering berhubung menerusi WhatsApp sebelum ini bagi memaklumkan perkembangan Ainul Mardhiah.
“Kami selalu saja WhatsApp antara satu sama lain, malah Dr Amalina ada menghantar kiriman mesej sebelum ini selepas saya muat naik hantaran memaklumkan keadaan Ainul yang tidak sihat.
“Cuma, saya dan suami belum ada kesempatan membawa Ainul berjumpa Dr Amalina.
“Bagaimanapun, selepas melihat perkongsian Dr Amalina menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air di IG sebelum ini, saya terus menghantar kiriman mesej untuk mengajaknya (Dr Amalina) berjumpa jika dia berkelapangan,” katanya.
Dr Amalina tak lepas peluk Ainul
Nurul Erwani berkata, dia dan suami, Ahmad Safiuddin Abdul Razak, 27, tidak terlalu berharap kerana faham keutamaaan Dr Amalina pulang ke Malaysia adalah untuk meluangkan masa bersama keluarganya.
“Lagipun, saya lihat Dr Amalina ada memuat naik gambar bercuti dengan suami di Langkawi, namun beliau terima pelawaan saja cuma beritahu mahu pulang ke Johor Bahru, Johor bertemu ibunya dahulu.
“Saya dan suami akhirnya dapat membawa Ainul bertemu Dr Amalina dan kami sempat luangkan masa makan tengah hari serta jalan-jalan di ibu kota bersama kira-kira dari 1 tengah hari hingga 3 petang.
“Dr Amalina asyik peluk Ainul ketika berjumpa. Beliau akui sebak kerana dulu Ainul masih bayi dan didukung tetapi kini boleh berjalan serta riang ketawa. Menurut Dr Amalina, Ainul seperti adiknya,” katanya.
Menurut Nurul Erwani, sekiranya ada rezeki, dia dan suami mahu mempertemukan lagi Ainul Mardhiah dengan Dr Amalina.
“Saya dan suami ada perancangan untuk ke London cuma perlu tunggu Ainul sihat dan kewangan kami stabil dahulu.
“Buat masa ini, Ainul masih menjalani terapi pertuturan dan fisioterapi diikuti pembedahan plastik nanti.
“Alhamdulillah, saya sekeluarga masih dapat sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa tertunggu untuk mengetahui perkembangan Ainul sehingga kini dan kami hargai juga doa dititipkan.
“Terima kasih juga buat Dr Amalina kerana sentiasa ambil berat dan ikuti perkembangan Ainul daripada awal hingga kini, moga ukhuwah antara kami terus terjalin,” katanya.
Rancang buka Yayasan Ainul Mardhiah
Sementara itu, Nurul Erwani berkata, dia dan suami juga ada perancangan membuka Yayasan Ainul Mardhiah satu hari nanti.
“Buat masa ini, kami cuba ambil inisiatif bantu kanak-kanak berpenyakit yang memerlukan dana dengan menyumbang ikut kemampuan bagi meringankan beban keluarga mereka.
“Jika ada rezeki, kami mahu menubuhkan sebuah yayasan pula supaya Ainul Mardhiah dapat turut sama membantu golongan kurang bernasib baik apabila dewasa nanti,” katanya.
Pada 2019 Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu mengesahkan ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
Kredit: Metro / Gambar: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baby Happy Sangat Kat Sini” Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah!
Biarpun baru pertama kali bercuti ke luar negara bersama anaknya, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat lega bila mana melalui pengalaman menaiki kapal terbang serta bercuti dengan baik hingga tiba destinasi.
Menurut perkongsiannya di Instagram, Ayda yang kini sedang bercuti bersama suami dan anaknya, Ana Nayla ke Taiwan mengakui pengalaman itu menyeronokkan.
Ayda yang kini hamil lima bulan juga turut berkongsi beberapa tip mudah untuk membawa anak kecil ketika menaiki kapal terbang dan bercuti.
“First time baby fly luar negara! Taiwan! Alhamdulillah semua okay. Flight kita 5 hours, Nayla tidur 3 jam lebih. Dia bangun, makan and main then sampai!
“Here we go! Tips mommies and daddies bawak anak kecik fly!
1. Pack barang yang perlu untuk bawak naik flight, yang tak perlu boleh checkin saja untuk elakkan bawak barang banyak and berat ke atas.
2. Boleh bawa baby food, snacks dan mainan kecil favourite anak.
3. Bantal kecil dan selimut kecil kalau perlu.
4. Boleh main dulu dengan anak sebelum fly, supaya nanti kat atas kapal terbang anak dah penat dan mengantuk. Hehe!
5. Beri pakaian yang selesa! Faham kadang-kadang mommy nak ootd naik flight dengan anak, tapi kesian kat anak sampai tak selesa.
6. Kalau anak takut naik flight atau tiba-tiba tantrum, mommies and daddies please jangan marah anak, mengamuk dalam flight. Try la pujuk ya? Kesian dia tak biasa and takut atau mungkin tak selesa,” ujarnya berkongsi.
Anak happy sepanjang bercuti
Malah menurut Ayda lagi, sepanjang bercuti ke Taiwan, anaknya Ana Nayla cukup gembira dan riang bercuti bersama-sama ibu dan ayahnya.
“Baby happy sangat kat sini sampai kita tak sure kenapa. Maybe sebab dapat spend time with us, sebab kat Malaysia kita kerja je asyik tinggalkan dia.
“Dah tinggal few months je lagi insyaallah baby nak jadi kakak dah. Korang rasa dia dah ready tak? Share la experience please. Anak 1st akan ada perangai tak nanti bila ada adik,” kongsi Ayda yang sempat bertanya beberapa tip kepada pengikutnya.
Terdahulu, Ayda Jebat yang menjadi duta Salam Taiwan itu turut bercuti bersama suami dan anaknya untuk menjelajah bumi Taiwan.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI