CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.
Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang berterusan, jika :
Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.
Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic rhinitis).
Gejala-gejala CMPA
Ads
Kulit :
Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut.
Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.
Paru-paru
Sesak nafas, berdehit.
Usus
Cirit-birit.
Muntah.
Najis berdarah.
Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA
Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami “anaphylaxis shock”. Keadaan ini adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.
Ads
Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.
Rawatan
Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.
Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.
Jika memerlukan susu pengganti, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengesahkan diagnosis CMPA. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas.
Ads
Selain itu, jika mengalami alahan protein susu lembu, bayi anda juga mungkin alah terhadap susu soya dan susu kambing.
Oleh itu, bayi anda biasanya memerlukan susu khas yang hanya boleh diberi selepas mendapat nasihat doktor.
Susu soya juga tidak disyorkan untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Bab makanan yang boleh tambah susu ibu adalah tajuk yang paling kerap dibualkan oleh ibu-ibu menyusu. Majoriti ibu menyusu sentiasa bersemangat dan gigih berusaha untuk memastikan pengeluaran susu mereka terus ‘meriah’.
Jadi bila orang kongsi resipi ‘milkbooster’, confirm ibu menyusu akan cuba buat walaupun tak semestinya setiap orang akan mendapat hasil yang sama.
Perkongsian resipi tambah susu ibu daripada seorang ibu menyusu, Puan Linn Amalina ini wajib dicuba oleh semua ibu-ibu menyusu ya. Mana tahu serasi dengan anda.
Linn sangat faham yang ramai mummies ada masalah dari segi penyusuan, susu tak semeriah dan pekat macam mummies yang lain tapi pada masa yang sama nak berusaha juga sedaya upaya untuk bagi susu ibu sepenuhnya kepada bayi masing-masing CUMA tak tahu cara terbaik untuk rancakkan pengeluaran susu, kan?
Yang sekali pam dapat 1 oz 2 oz dan tiap kali menyusu anak tak pernah puas dan tidur pun tak lena, haa eloklah amalkan petua yang bakal Linn ceritakan satlagi ni ??.
Mudah atau tidak bergantung pada kerajinan mummies la ya. Kalau rajin dan ada masa, kejap je dah siap tau.
Jangan lupa #SHARE dan #TAG pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive bf pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni.
TAKE NOTE : Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.
BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN:
2 sudu besar halba
1 gengam longan kering
1 sudu besar gula pasir
3 cawan air
CARA-CARANYA
Halba dan longan kering tu kita basuh dulu ye untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan. Dah basuh, toskan jap.
2. Ambik satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air tau. Dah menggelegak tu kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.
3. Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir. Dah larut je gula tu, kita tutup api.
4. Siap pun milkbooster kita ni. Sebelum minum, tapis dulu halba tau. Kalau longan tu kita boleh masukkan je dalam gelas kita. Sambil minum sambil kunyah longan. Air ni siyes rasa macam air laici kang.
Minum 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam panas atau sejuk bergantung pada citarasa masing masing.
Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.
Tidur meniarap sebenarnya bukan posisi tidur yang sesuai untuk bayi kecil anda. Tetapi ia menjadi satu kebiasaan apabila ramai ibu yang mengiayakan perkara ini kerana berpendapat bayi akan tidur lebih lena.
Perlu diketahui seperti yang dibincangkan dalam zuriat.my jika waktu anda tidak sedar, bayi berisiko untuk mengalami situasi yang sukar dijangka. Antaranya adalah:
Muka bayi boleh tersembam
Biasanya bayi yang tidur meniarap, kedudukan kepalanya akan berubah-ubah. Tidak mustahil untuk bayi tertutup muka sendiri. Pada umur yang baru sahaja beberapa bulan, tulang mereka masih belum kuat dan tidak berupaya untuk mengangkat kepala semula andai mukanya tersembam.
Apabila tersembam, bayi tidak boleh minta tolong kerana mereka masih belum dapat bercakap. Sekiranya tersembam dan tiada orang terdekat berhampiran dengannya untuk membetulkan kepala, adalah sangat bahaya dan boleh menyukarkan pernafasan.
Bayi susah bernafas
Apabila bayi tidur meniarap, akan berlaku tekanan di bahagian rahang bayi. Keadaan ini boleh menyempitkan saluran pernafasan dan menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi juga boleh mengalami kesukaran untuk bernafas sekiranya mereka tersembam semasa tidur.
Risiko Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Bagi kes seperti ini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda sakit ataupun tidak sihat. Bagaimanapun posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian seperti ini.
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut sebenarnya adalah nama yang digunakan untuk kes kematian bayi yang berlaku secara tiba-tiba. Untuk kes sebegini, bayi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ataupun tidak sihat. Posisi tidur meniarap juga dikaitkan dengan kes kematian bayi sebegini.
Bagi mengatasi kerisauan berkenaan tidur bayi ini, Akademi Pediatrik Amerika telah mencadangkan posisi tidur telentang sebagai posisi tidur yang terbaik bagi bayi pada tahun 1992. Semenjak posisi tidur telentang dicadangkan, kes kematian bayi secara mengejut (SIDS) direkodkan berkurang sehingga 50%.
Bagi kes-kes bayi tertentu seperti yang mempunyai masalah kecacatan di bahagian kepala ataupun mempunyai risiko pernafasan tersekat disebabkan oleh lidah yang besar, posisi tidur telentang ini dikecualikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaharu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai Menteri Kabinet 2020 yang akan bersama dengan beliau menerajui pucuk pimpinan kerajaan Malaysia.
Di dalam pengumuman tersebut, bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Perlantikan tersebut membuatkan segelintir golongan yang seolah-olah tidak senang duduk dengan perlantikan ini. Sebelum ini, Dr Zulkifli pernah memberikan kenyataan tentang isu anti vaksin ini.
“Pengambilan vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajiban ini adalah berdosa apabila anak-anal mereka dijangkiti penyakit yang boleh dielakkan.”
Sejak Dr Zulkifli mengeluarkan fatwa tentang isu pengambilan vaksin ini tahun lalu, golongan ini telah melancarkan boikot terhadap beliau dan melahirkan rasa tidak setuju dengan pandangannya itu.
Walau bagaimana pun, ia tidak menjejaskan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap beliau kerana banyak ibu bapa yang sedar akan kepentingan vaksin ini. Kebanyakannya, melahirkan rasa syukur dan menyokong perlantikan beliau dalam kabinet.