Bagi kebanyakan wanita, mabuk hamil adalah salah satu petanda pertama yang menunjukkan seseorang itu hamil. Walaupun digelar mabuk hamil atau bahasa Inggerisnya, morning sickness, namun lebih daripada separuh kes loya dan muntah semasa hamil tidak hanya berlaku pada waktu pagi sahaja. Simptom-simptom ini selalunya terjadi pada awal kehamilan sehinggalah usia kandungan 14 minggu.
Bagaimanapun, sesetengah wanita hamil mungkin mengalami muntah dan loya lebih lama daripada tempoh tersebut. Bagi ibu hamil yang mengalami gejala ini, mereka mungkin akan berasa letih kerana perlu berulang-alik ke tandas banyak kali dan sukar untuk makan atau minum, sekali gus menyebabkan kesan negatif pada kesihatan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan.
Apakah simptom mabuk hamil dan muntah teruk?
Apabila seseorang wanita hamil rasa loya dan muntah berlebihan, dia dianggap mempunyai hyperemesis gravidarum (HG). Disebabkan HG boleh menjurus kepada komplikasi kehamilan lain, jadi wanita hamil yang mengalami gejala seperti ini sering memerlukan rawatan hospital.
Berikut adalah tanda-tanda dan gejala lazim HG:
−Anda mengalami loya dan muntah teruk yang berpanjangan dan berterusan. Kebanyakan wanita hamil boleh mengalami gejala ini sehingga 50 kali sehari.
−Tubuh anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Disebabkan muntah berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi, jadi jika anda minum kurang daripada 500 ml air sehari, kesihatan anda akan terjejas teruk.
−Anda berkemungkinan mendapat ketosis. Jika anda muntah berterusan, keton akan dihasilkan kerana lemak badan sudah terurai menggantikan glukos yang menyediakan tenaga. Ini adalah masalah kesihatan yang serius yang membentuk kimia asid dalam darah dan urin anda.
−Anda mengalami penurunan berat badan. Apabila mendapat muntah berlebihan, anda akan rasa sukar untuk makan atau minum. Jadi, anda akan kehilangan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan anda pada kadar normal.
Sementara wanita hamil yang mengalami gejala loya dan muntah akan beransur pulih selepas usia kandungan 14 minggu, namun berbeza dengan mereka yang mengalami HG, yang akan merasai gejala ini lebih lama. Beberapa simptom mungkin akan pulih dengan sendiri selepas minggu ke-20 tanpa rawatan. Bagaimanapun, wanita hamil dengan HG masih akan mengalami muntah berlebihan walaupun selepas bayi dilahirkan.
Bagaimana untuk merawat HG?
Untuk melegakan simptom HG, doktor anda akan mempreskripsi ubat yang sesuai untuk ibu hamil, walaupun ketika itu anda berada dalam trimester pertama. Perubatan ini termasuklah ubat anti-muntah atau ubat anti-sakit, steroid, vitamin B6 dan B12 atau gabungan perubatan tersebut. Dalam kes yang lebih teruk di mana anda tidak boleh mengawal loya dan muntah, doktor anda perlu memeriksa keadaan anda lebih rapi sebelum memberikan rawatan yang betul untuk anda. Anda mungkin akan diberikan suntikan terus cecair intravena ke dalam pembuluh darah anda. Ubat anti-sakit dalam bentuk suntikan juga akan diberikan untuk menghentikan muntah teruk. Anda juga mungkin perlu mencuba beberapa jenis ubat sehinggalah doktor menemukan perubatan yang terbaik untuk anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI