Mungkin ramai ibu bapa yang memfokuskan kepada kepandaian anak semata-mata tetapi tidak mengambil tahu tentang perkembangan emosi mereka. Ini adalah perkara penting yang perlu didahulukan sebelum pengisian akademik.
Menurut Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Putri Afzan Maria, keadaan ini dinamakan Hyperlexia. Berikut ialah perkongsian beliau mengenai keadaan ini.
“Pernah dengar tidak istilah ‘HYPERLEXIA’?
“Pandai baca dan mengira, tetapi tidak pandai mengawal emosi.
Minta berhati-hati ya!”
PADA USIA ENAM TAHUN PERTAMA PERLU DILAYAN SEPERTI RAJA
Pengawalan emosi perlu dididik dalam ENAM tahun pertama kanak-kanak. Ada sebab kenapa dalam Islam ada mengatakan umur sebegini perlu dilayan seperti raja.
EMOSI ANAK SANGAT KRITIKAL
Menurut Dr Putri Afzan, pembentukan emosi kanak-kanak pada usia ini amat kritikal. Pendedahan kepada sesuatu yang tidak perlu pada usia ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Emosi adalah pada tahap pembentukan KRITIKAL. Melakukan sesuatu yang tidak diperlukan TERLALU AWAL, ternyata suatu PEMBAZIRAN sekiranya jika yang perlu didahulukan tidak didahulukan terlebih dahulu.
90% PEMBENTUKAN OTAK BERLAKU PADA 6 TAHUN PERTAMA
ibu bapa perlu memahami apa yang diperlukan oleh si manja semasa pembentukan otak yang berlaku pada 6 tahun pertama. Jadi ibu bapa perlu tahu apa yang perlu didahulukan sepanjang 6 tahun pertama ini.
Ingat ya, 90% pembentukan otak yang pertama, perlu ditekankan pada usia umur 0 hingga 6 tahun. Apa yang sebenarnya diperlukan? Apa yang sebenarnya boleh tunggu hingga otak sudah bersedia menerima?
Fahami KEPERLUAN ini sebaik-baiknya.
TIP BAGAIMANA IBU BAPA PERLU BANTU ANAK FAHAMI EMOSI
Mustahak bagi ibu bapa untuk membimbing anak untuk mengenali dan mengendalikan emosi seperti marah, kecewa, sedih, gembira dan sebagainya. Selain itu, pada peringkat ini, ambil inisiatif untuk membina satu hubungan yang erat dengan anak-anak. Menurut Dr Putri Afzan, hal ini lebih penting daripada menghafal ABC, 123 dan AlifBaTa
Tips: Bantu anak faham emosi dan pertingkatkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak.
Segala aktiviti yang membantu 2 perkara ini adalah lebih penting berbanding menghafal ABC dan 123 dan AlifBaTa.
EMOSI YANG BAIK AKAN MEMBENTUK TINGKAH LAKU YANG BAIK
Dr Putri Afzan juga menegaskan yang emosi yang terhasil daripada perhubungan dengan ibu bapa yang baik akan membantu anak menjadi insan yang berfungsi baik dalam masyarakat.
Emosi yang baik akan membentuk tingkahlaku yang baik. Perhubungan dengan ibubapa yang baik, akan menjadikan anak itu FUNCTIONAL dalam masyarakat.
Ibu bapa perlu tunjukkan tingkah laku yang baik jika mahu anak punya asas/fundamental agama yang baik.
Ajak-ajak, bukan Ajar.
Sumber: Dr. Putri Afzan Maria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI