Menolak atau meragam ketika menyusu dari ibu boleh disebabkan beberapa punca. Antaranya refleks pancutan susu terlalu perlahan atau terlalu laju ataupun bekalan susu berkurangan.

Menurut Pakar Laktasi, Rita Rahayu Omar, Oleh kerana itulah, bayi lebih suka menyusu dari payu dara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga menjadi penyebab mengapa saiz payu dara berbeza (satu besar, satu kecil). Kadang kala ini boleh menyebabkan ibu berasa tidak selesa.

5 PUNCA MASALAH ALIRAN SUSU ANTARA PAYUDARA

Antara punca mengapa berlakunya perbezaan bekalan dan aliran susu di antara payu dara ialah:

  • Keadaan fizikal payu dara. Semua wanita mengalami keadaan di mana sebelah payu dara mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Keadaan ini adalah normal.
  • Perbezaan keadaan areola/ puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.
  • Bayi menggemari salah satu belah payu dara sahaja Kebiasaannya, bayi akan lebih menggemari satu belah payu dara. Oleh itu, dia akan menyusu dengan lebih efisyen dan kerap dan menerusi payu dara yang disukainya.

Bahaya Kalau Anak Suka Menyusu Sebelah Payudara & Selalu Meragam, Susu Boleh Cepat Kering

  • Ibu gemar susukan bayi dengan salah satu belah payudara sahaja. Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih suka menawarkan sebelah payu dara lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Biasanya perkara ini akan berlaku pada waktu malam apabila ibu tidak perasan kerana terlalu letih atau mengantuk.
  • Pembedahan atau kecederaan. Jika salah satu belah payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu.

Bahaya Kalau Anak Suka Menyusu Sebelah Payudara & Selalu Meragam, Susu Boleh Cepat Kering

IBU PERLU SABAR, TERUSKAN MEMUJUK BAYI

Ads

Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha anda! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri anda sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara yang sering ditolak bayi dengan memerah sekerap mungkin.

Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.

#1: Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

#2: Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlakunya pancutan refleks, alih ke payu dara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktikkan posisi penyusuan yang lain.

Ads

Bahaya Kalau Anak Suka Menyusu Sebelah Payudara & Selalu Meragam, Susu Boleh Cepat Kering

#3: Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi.

#4: Cuba menyusu sambil berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.memastikan bekalan susu berkekalan.

SAIZ PAYUDARA JUGA MENJADI FAKTOR

Ads

Sekiranya perbezaan saiz payu dara merisaukan puan, di sini Rita turut menyertakan beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan:

#1: Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya (pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payu dara tersebut. Memerah payu dara yang kecil selama 5 – 10 minit selepas sesi penyusuan.

#2: Jika bayi lebih gemarkan payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payu dara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu.

#3: Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang mana alirannya perlahan, anda boleh mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.

Bahaya Kalau Anak Suka Menyusu Sebelah Payudara & Selalu Meragam, Susu Boleh Cepat Kering

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI