Susu diketahui mempunyai banyak manfaat. Selain kaya dengan kalsium, susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, lemak dan vitamin.

Bahaya Kalau Anak Terlebih Minum Susu, Boleh Halang Penyerapan Zat Besi

Walau bagaimanapun, adakah kebarangkalian susu boleh membahayakan kesihatan jika diambil terlalu banyak?

Risiko jika anak minum susu berlebihan

Berikut merupakan 3 alasan mengapa minum susu terlalu banyak boleh memberi kesan buruk, sama seperti jika tidak minum cukup susu:

Berat berlebihan dan obesiti

Menurut kajian yang dijalankan selama 3 tahun dalam kalangan kanak-kanak sekolah, mereka yang diberikan 3 gelas susu atau lebih setiap hari adalah lebih berat daripada kanak-kanak yang minum susu dalam jumlah yang lebih rendah.

Kajian menunjukkan bahawa penambahan pengambilan susu; tidak kira susu skim atau lemak penuh, tiada kaitan dengan kawalan berat badan, tetapi dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak.

IKLAN

Kajian membuktikan bahawa walaupun tiada hubungan antara kenaikan berat badan dan lemak tenusu, namun kandungan kalsium dalam produk tenusu sebenarnya menggalakkan kenaikan berat badan.

Kekurangan zat besi dan anemia

Minum banyak susu boleh menyebabkan kalsium yang ada dalam susu, menghalang penyerapan dan penghasilan zat besi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa paras zat besi kanak-kanak menurun dengan drastik selepas minum susu berlebihan.

Tambahan pula, memandangkan susu merupakan minuman yang tinggi tenaga yang menggalakkan kekenyangan pada tempoh yang lama, maka kanak-kanak yang minum terlalu banyak susu akan rasa kenyang sehinggakan mereka tidak mahu makan sebarang jenis makanan.

Kekurangan zat besi menghalang pengeluaran darah dan penghantaran oksigen, yang akan mengganggu prestasi kognitif dan perkembangan kanak-kanak.

IKLAN

Kekurangan zat besi yang berpanjangan menjurus kepada anemia, iaitu keadaan yang menimbulkan pelbagai bahaya pada kesihatan seperti lemah fizikal, kesukaran memberi tumpuan, sakit dada, tekanan darah rendah, dan peningkatan kecenderungan kepada jangkitan.

Pengambilan kerap dan berpanjangan untuk makanan yang tinggi tenaga, tetapi rendah serat seperti susu boleh membawa kepada sembelit atau pergerakan usus terbantut disebabkan kurangnya pengambilan serat – komponen penting untuk pergerakan usus yang sihat dan normal bagi semua peringkat umur individu.

Kanak-kanak yang kuat minum susu juga selalunya terlalu kenyang untuk makan makanan serat lain. Selain itu, prosedur pempasteuran atau UHT (Suhu Ultra Tinggi) juga dipercayai memusnahkan semua enzim yang diperlukan untuk susu dicerna dengan betul dalam tubuh.

Intolerans laktosa dan alahan

Jumlah susu yang boleh diminum oleh kanak-kanak bergantung kepada berapa banyak laktosa yang boleh dihasilkan. Sesetengah kanak-kanak mungkin boleh minum beberapa gelas susu sehari, sementara sesetengah yang lain hanya boleh minum beberapa hirupan susu sahaja.

IKLAN

Tanda-tanda intolerans laktosa termasuklah kejang dan kembung perut, serta cirit-birit. Sementara, alahan protein susu boleh menyebabkan simptom yang teruk seperti muntah-muntah, gatal, berdehit, atau juga anaphylaxis – masalah dengan pernafasan.

Pengambilan susu: Berapa banyak yang dianggap terlebih susu?

Kajian dilakukan oleh Canadian Institutes of Health Research dan St. Michael’s Hospital Foundation terhadap 1311 kanak-kanak sihat di Toronto, yang berusia lingkungan umur 2 hingga 5 tahun.

Pemerhatian kajian adalah pada paras vitamin D dan zat besi dalam sampel darah kanak-kanak, di samping memantau jumlah susu yang mereka ambil setiap hari, penyelidik menyimpulkan bahawa kanak-kanak disarankan minum susu sebanyak 500 mililiter setiap hari untuk mendapatkan paras zat besi dan vitamin D yang secukupnya.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh minum susu lebih daripada 700 ml setiap hari.

Bahaya Kalau Anak Terlebih Minum Susu, Boleh Halang Penyerapan Zat Besi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI