Bolehkah bayi minum air putih? Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.
Bolehkah bayi minum air putih?
Sehingga si manja mencapai usia 6 bulan, minuman terbaik untuk diberikan adalah susu ibu atau susu formula – kedua-duanya mempunyai penghidratan dan nutrien yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan.
Walaupun selepas memperkenalkan makanan pejal apabila bayi mencecah usia 6 hingga 12 bulan, susu ibu dan susu formula masih menjadi keutamaan berbanding air putih.
Namun pada tempoh ini, anda boleh mula memperkenalkannya kerana ia dapat membantu mencegah sembelit.
Jumlah air yang boleh diberikan adalah sekitar 4-8 auns sehari. Jika berlebihan ia boleh menyebabkan mabuk air (water intoxication).
Di samping itu, terlalu banyak air putih boleh menggantikan nutrisi berharga daripada susu ibu atau formula dan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit bayi.
Fahami risiko terlebih air
Bayi yang minum air dengan berlebihan adalah sangat berbahaya. Air boleh menyebabkan ketidakseimbangan paras natrium yang mengakibatkan:
Sawan
Kerosakan otak
Koma
Kematian
Water intoxication membawa kepada perubahan tingkah laku seperti:
Kekeliruan
Mengantuk
Kekejangan otot
Pening dan muntah
Kesukaran bernafas
Lemah
Penting untuk ibu ayah memerhatikan tanda-tanda jika bayi mengalami mabuk air dan melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.
Ads
Cara memperkenalkan air kepada si manja
Kaedah terbaik untuk mengajar bayi minum air adalah melalui cawan atau menggunakan penyedut minuman (straw) – dapat membantu mengembangkan kemahiran minum si manja.
Percaya atau tidak, air sebenarnya merupakan antara cecair yang paling sukar untuk dipelajari teknik meminumnya.
Ini kerana air boleh mengalir dengan cepat, sekali gus memerlukan lidah dan otot menelan untuk bekerja dengan sangat cepat. Usah risau sekiranya si manja batuk-batuk kecil apabila baru belajar untuk minum air putih.
Amnya, kemahiran motor lisan yang diperlukan untuk minum air daripada cawan atau penyedut minuman adalah berbeza daripada pergerakan penyusuan susu ibu atau botol.
Jadi ia adalah normal apabila bayi mengalami batuk atau memuntahkan kembali air putih yang diminum. Keadaan ini akan berkurangan apabila kemahiran bayi minum air bertambah baik.
Ads
Namun, sekiranya batuk berterusan ketika bayi minum air putih walaupun selepas beberapa bulan masa latihan, berundinglah dengan pakar pediatrik.
Elakkan daripada menawarkan air putih di dalam botol. Ia boleh mengakibatkan pengambilan air terlalu banyak dan tidak memberikan manfaat kepada perkembangan kemahiran motor oral bayi.
Tanda bayi minum air secukupnya
Pertama sekali, anda harus ingat bahawa hampir 90% daripada susu ibu dan formula bayi (campuran standard) adalah air!
Anak berusia kurang daripada 12 bulan jarang memerlukan air tambahan.
Tetapi mengamal dan mengajar bayi minum air putih menggunakan cawan pada usia ini memberikan manfaat kepada perkembangan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rasa cecair selain susu ibu atau formula.
Untuk mengetahui sama ada si manja mendapat air yang secukupnya adalah apabila mereka mempunyai antara 4-6 lampin basah dalam tempoh 24 jam.
Ads
Tanda bayi tidak cukup air atau dehidrasi pula termasuklah:
Bibir merekah
Sedikit atau tiada air mata apabila menangis
Mata kuyu
Warna air kencing gelap
Ubun kepala (anterior fontanelle) tenggelam
Cerewet atau meragam
Mengantuk yang berlebihan
Sekiranya anda bimbang bayi mengalami dehidrasi atau tampak terlalu dahaga, ia mungkin petanda wujud masalah kesihatan. Jadi lakukan pemeriksaan doktor segera!
Cara menggalakkan anak minum
Tip terbaik untuk menggalakkan bayi minum air adalah dengan menunjukkan kepada mereka cara melakukannya.
Jika bayi tidak berminat untuk belajar minum melalui cawan:
Cuba menuangkan air ke dalam cawan di hadapan bayi.
Ketuk meja untuk menarik perhatian bayi.
Minum sendiri air daripada cawan bayi.
Serahkan cawan kepada bayi di udara dan perhatikan sama ada dia mencapainya atau cuma bersandar.
Bagi anak yang lebih berusia, anda boleh ajar mereka menuang air daripada jag ke dalam cawan sendiri.
Lebih banyak anda memberikan kebebasan dan kawalan kepada anak, lebih cepat mereka akan meneroka, menyentuh dan berkemungkinan besar, minum air putih.
Anda juga boleh menambah potongan buah di dalam air atau daun pudina sebagai menambah rasa dan menjadikan ia lebih menarik untuk diminum.
Cara terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menawarkan air minuman anda. Ini kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah tertarik untuk mencuba dan meminum air kepunyaan ibu dan ayah.
Anda boleh menawarkan antara 1-2 auns air di dalam cawan kecil untuk menggalakkan bayi minum air dengan sendiri. Bawa cawan tersebut hampir dengan si manja dan biarkan mereka mencapainya sendiri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang wanita di Bogor, Indonesia mendakwa bayi yang ditatang bagai minyak yang penuh selama setahun bukan anak kandungnya.
Siti Mauliah mengesyaki bayinya tertukar akibat kecuaian petugas kesihatan selepas bersalin di Hospital Sentosa di Kecamatan Kemang.
Menurut wanita berusia 37 tahun itu, selepas bersalin dia sempat menyusukan bayinya dan menyedari bayi tersebut tidak mempunyai sebarang tanda lahir di badan.
Tambah Siti Mauliah, dia percaya bayi tertukar dengan bayi wanita yang beralamat di Tajur Halang.
“Saya sudah menemui keluarga wanita itu tetapi pihak mereka enggan melakukan ujian DNA.
“Saya tidak meminta apa-apa, cuma mahukan kepastian,” katanya yang terpaksa melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Siti Mauliah berkata, keadaan fizikal bayi tersebut menguatkan lagi firasatnya bahawa bayi tersebut bukan anak kandungnya.
“Warna kulit dan fizikalnya jauh berbeza dengan anak-anak saya yang lain,” katanya.
Sementara itu, pihak hospital berkata, keluarga wanita yang didakwa menjaga bayi Siti Mauliah enggan melakukan ujian DNA kerana masih belum bersedia daripada segi mental.
“Belum bersedia, itulah alasan diberikan pihak sebelah sana,” kata jurucakap Hospital Sentosa, Gregg Djako.
Difahamkan, kes tersebut disiasat sehingga ke akar umbi dan tindakan keras akan dikenakan kepada pihak yang cuai jika dakwaan Siti Mauliah ternyata benar. – Agensi
Istilah ‘dapat kaki’ atau sudah boleh berjalan cukup sinonim bagi masyarakat Melayu kita. Bersedia anak semakin lincah, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat juga turut berkongsi perkembangan terbaru anaknya, Ana Nayla yang kini sudah pandai berjalan.
Cukup usianya satu tahun dua bulan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September 2021 ini kini sudah pun boleh berjalan, seiring perkembangan usianya.
Menerusi Instagram anak kesayangannya itu, Ayda Jebat berkongsi momen berharga itu bersama pengikut setia akaun anaknya itu.
“I can walk!
“Breakfast with me! Uncles aunties dah breakfast tak tadi?
“Baby dah boleh jalan. Lepas ni nak berlari pulak. Lari lari ke hatimu. Ching,” tulis Ayda di kapsyennya sambil berkongsi perkembangan terkini Ana Nayla.
Menerusi entri yang sama, Ayda turut memuat naik video keluarga kecil mereka ketika meluangkan masa bersama-sama di sebuah restoran.
Setiap ibu bapa pasti mahu anak memiliki otak cerdas. Jadi pengambilan makanan yang seimbang dan mengandungi khasiat tertentu sejak dari awal lagi dapat meningkatkan kecerdasan otak anak.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak menjauhi makanan yang tidak menyihatkan yang bukan saja memberi kesan terhadap kesihatan tapi menyebabkan anak tidak dapat memberi tumpuan ketika belajar.
Berikut disenaraikan 8 makanan semula jadi yang dapat merangsang kecerdasan otak bayi dan kanak-kanak yang boleh diamalkan sejak usia bayi menerima makanan pejal seperti dikongsikan Dr Mazliana Mazlan.
Anak perlu makanan untuk otak setiap hari. Pastikan 8 jenis makanan ni, sentiasa ada di rumah kita tau. Biar otak anak berkembang lebih ke depan.
Ikan kena selalu ada kat rumah tau.
1. Ikan 2. Telur 3. Ayam 4. Kekacang 5. Yogurt 6. Buah 7. Sayur 8. Oat
Ajar anak makan telur putih dan kuning jugak.
Otak anak berkembang dengan sangat laju di tahun-tahun pertama kelahiran mereka.
Bila capai je umur 2 tahun, berat otak anak dah menghampiri 80 peratus otak kita yang dewasa ni.
Ayam tanpa hormon dan antibiotik lagi bagus.
Sebab tu penting sangat kita banyakkan makanan yang asli dari sumber sebenar, dan kurangkan makanan tinggi proses untuk anak kita yang masih kecil. Elakkan terus makanan ultra processed kalau anak masih baby ok.
Tempat macam ni yang kita kena pergi bila masuk pasaraya.
Seawal usia kita nak suap anak makan, pastikan makanan yang baik-baik je kita cuba cari dan beri untuk anak.
Greek Style yogurt sedapp!
Nutrisi yang seimbang, penting sangat untuk pertumbuhan otak anak yang optimum. Tapi, ada jugak makanan-makanan tertentu, yang tinggi dengan nutrisi terpilih, buatkan pertumbuhan otak anak lebih ke depan. Contoh 8 jenis makanan yang saya share.
Buah memang kena ada kat rumah ya setiap hari.
Semua makanan ni, boleh bantu otak anak berfungsi dengan lebih baik, tajamkan fokus dan kuatkan memori anak.
Biar sayur yang banyak dalam troli pasaraya kita untuk bawak balik ke rumah.
Sama-sama kita cuba tambahkan stok makanan yang baik di rumah sentiasa. Supaya anak lebih kenal makanan segar real food berbanding makanan ultra processed.
Kita buat sama-sama ya.
Oat untuk breakfast pun boleh.
Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.