Bahaya Kalau Tak Jaga Mata Anak Yang Asyik Tengok Gajet. Guna Formula 20/20/20 Ini.

Share

American Association of Pediatric menyarankan agar kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan gajet. Bagi kanak-kanak berumur 2 ke 5 tahun, masa yang dibenarkan adalah kurang dari dua jam sehari.

Baca: Mee Kari Chinese Style Memang Power! Sambalnya Yang Buat Makan Bertambah

Ibu bapa perlu bersama anak-anak ketika menggunakan gajet bagi menggalakkan interaksi secara aktif semasa melayari internet dengan bahan yang berunsurkan pendidikan. Bagi kanak-kanak melebihi 6 tahun, penggunakan gajet mestilah tidak melebihi dua jam sehari. Elakkan penggunaan gajet pada waktu malam kerana gajet menghasilkan cahaya biru yang boleh mengganggu kitaran waktu tidur kanak-kanak.

Berhenti seketika semasa menggunakan gajet telah terbukti berkesan untuk mengelakkan masalah seperti akomodasi kejang dan mata kering. Apa yang dimaksudkan dengan ‘berhenti seketika?’ ikuti perkongsian ini.

Baca: Tak Habis Makan, Jadikan Inti Untuk Sardine Roll. Makan Panas-Panas, Asyik!

Bahaya kalau tak jaga mata anak kita.

Walaupun kalau ikut guideline daripada American Academy of Paediatrician:

– Time Screen untuk anak umur 0-2 tahun ni ZERO jam kecuali untuk video call singkat bersama keluarga sahaja

– Time Screen untuk anak umur 2-5 tahun cuma 1 jam sahaja dalam sehari

Tapi saya percaya ramai tak ikut pun guideline ni. Tu yang banyak mata anak jadi merah merah, terkelip kelip dan gosok sana sini tak berhenti akibat mata kering ( dry eyes )

Silap haribulan boleh sakit kepala anak anak kita tu akibat Eye Strain, ni salah satu efek pada mata akibat gajet juga ni. Tu yang meragam je tak berhenti.

Sebab tu la kena buat Formula ataupun Rules 20-20-20 ni pada anak masing masing.

Caranya mudah je;

1. Setiap 20 minit lepas main henfon atau gajet
2. Minta anak rehat dulu 20 saat dengan memperbanyak kelipkan matanya
3. Minta anak tengok objek yang jauhnya 20 kaki, lebih kurang 6 meter

Mata ni nak pakai lama. Jangan kerana sejak daripada kecil tak pandai jaga. Merana bila dah dewasa.

Perbanyakkan aktiviti luar bersama anak-anak

Untuk mengurangkan tempoh penggunaan gajet di rumah, Ibu bapa digalakkan untuk merancang aktiviti yang melibatkan aktiviti luar rumah seperti perkhemahan, bermain di taman permainan, bersenam atau berenang.

Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, ia dapat merehatkan pandangan mata ketika menikmati pemandangan yang jauh.

Pendedahan terhadap cahaya matahari yang mencukupi dapat menggalakkan penghasilan dopamine di dalam tubuh. Pastikan anak anda tidak membawa gajet bersama semasa keluar. Menikmati kebaikan sinar matahari merupakan kaedah paling murah untuk mengawal myopia anak anda.

Baca: Mata & Muka Bengkak, Susah Buka Mulut. Anak Ini Bukan Kemalangan Tapi Sebab Gigi Rosak

Sumber: Dr Taufiq Razif

 

Published by
NuFa