Kenapa tidak boleh mandikan bayi dengan air sejuk? Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi.

Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir. Terlalu kecil, takut nak pegang, bimbang terlepas, terjatuh dan macam-macam lagi.

Tapi ada seperkara lagu yang perlu diberiakn perhatian dalam memandukan bayi. Tahukah anda yang memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan hipotermia atau penurunan suhu badan.

IKLAN

Hal ini akan menyebabkan bayi menjadi kesejukan dan kebiru-biruan. Ini kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.

IKLAN

Bahaya Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk, Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut! 6 Perkara Ini Juga Mustahak

IKLAN

ELAKKAN MELAKUKAN 6 KESILAPAN INI SEMASA MEMANDIKAN BAYI

  1. Tidak mengacau dengan rata campuran air panas dan air sejuk dan terus merendamkan bayi ke dalam besen. Ini boleh menyebabkan air terlalu panas dan menyebabkan kulit melecur.
  2. Elakkan memandikan bayi terlalu awal pagi atau malam. Disarankan memandikan sekitar jam 10 pagi hingga 5 petang untuk mengelakkan kesejukan melampau.
  3. Memasang kipas atau penghawa dingin semasa memandikan bayi untuk mengelakkan kesejukan.
  4. Selesai mandi, bayi tidak dibalut  dengan tuala atau kain lampin dan ini menyebabkan kesejukan.
  5. Meninggalkan bayi di dalam tab mandian tanpa pemantauan.
  6. Mandi secara terendam sedangkan pusat bayi masih lagi belum tertanggal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI