Melihat gelagat kembar pasangan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina seakan terasa tidak puas. Mana tidaknya, kedua-duanya sentiasa muncul di Instagram ibu dan ayahnya dengan pelbagai gelagat yang cukup menghiburkan.
Melakukan aktiviti bersama-sama, makan dan bermain dengan cukup aktif jelas membuktikan pasangan kembar ini cukup lasak dan membesar dengan sihat.
Sekeping gambar Adam & Noah yang dikongsikan oleh Dr Halina di Instagramnya baru-baru ini membuatkan warganet terhibur. Gambar kedua-duanya yang tertidur di kerusi selepas kepenatan bermain ternyata amat mencuit hati.
“Patut pun rumah senyap je. Rupanya dok tertidur dalam ofis daddy.
“Tapi macam mana boleh sampai atas tu? Haha..
“Sebagai mak zaman sekarang, mula-mula ambik gambar dulu. Lepas tu baru angkat..hehe,” selorohnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya cukup terhibur melihat kedudukan keduanya yang unik terutama posisi Noah yang tidur di atas penyandar kerusi sambil kakinya diletakkan di atas kepala Adam. Comel dan mencuit hari.
Tidak hanya gambar sedang tidur, perkongsian sebuah video Adam dan Noah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar di Instagramnya juga mencuri perhatian.
Video mereka menjawab pelbagai persoalan daripada bapanya itu sememangnya cukup comel. Kedua-duanya saling menjawab pertanyaan namun tidak berebut-rebut menjawab sebaliknya menanti jawapan di antara satu sama lain. Cute!
Menurut kata Dr Sheikh Muszaphar lagi, kedua anak lelakinya itu cukup aktif dan lasak. Malah penuh dengan tenaga. Mereka paling gemar memanjat dan melompat namun cukup sukakan seni. Terhibur melihat kedua-duanya!
Ads
“Adam & Noah sememangnya anak yang sangat hiperaktif. Mereka penuh dengan tenaga, suka memanjat dan melompat, Cars & Dinosaur adalah kegemaran mereka malah cukup sukakan seni.
“Mereka akan berbual dan berbual tanpa henti, apa sahaja yang terlintas di fikiran.
“Bonding sesama mereka cukup kuat malah saling melengkapi. Betapa cepatnya masa berlalu, Adam dan Noah kini sudah pun tiga tahun,” kongsinya lagi.
Walaupun baru berusia tiga tahun, namun Adam dan Noah sudah boleh mengeja nama mereka sendiri. Pandainya!
Adam & Noah merupakan anak ketiga dan keempat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Dr Halina Yunos. Pasangan ini turut mempunyai empat cahaya mata lain termasuk sepasang kembar, Emelia dan Eusof yang kini berusia tiga bulan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drhalina @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Majalah Pa&Ma tidak terkecuali menyokong kempen ini. Namun istimewanya, minggu hebat ini yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 7 Ogos ini diraikan Pa&Ma dengan penuh gilang gemilang bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019.
Seminar Penyusuan- Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu yang julung-julung kali diadakan ini turut mendapat sokongan pada tiga panel tersohor iaitu Dato’ Dr Hamid Arshat, Dr Maiza Tusimin daripada Hospital UPM, Sri Kembangan dan juga Dr Roliza Ibrahim daripada Avisena Women & Children Specialist Hospital, Shah Alam.
Seminar yang diadakan pada 2 Ogos, bertempat di SACC, Shah Alam ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 50 orang peserta.
Acara dimulai dengan perkongsian Resipi Kejayaan Penyusuan Ibu oleh Dr Maiza Tusimin dan kemudiannya diikuti dengan panduan hebat yang dikongsikan oleh pakar sakit puan tersohor, Dato’ Dr Hamid Arshat dengan tajuk “Pastikan Ia Berjaya. Hasilnya Anak Hebat”.
Peserta kemudiannya berpeluang menambah ilmu dengan panduan dan teknik yang dikongsikan oleh Dr Roliza Ibrahim pula dengan topik Teknik Penyusuan.
Paling menarik, bukan hanya bersoal jawab mengenai penyusuan, bahkan peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut membawa pulang cenderahati hebat dan cabutan bertuah daripada beberapa jenama produk penyusuan.
Antara produk terlibat adalah Haenim Malaysia, Tateh, Holabebe dan juga Avisena Women & Children Specialist Hospital.
Malah produk Haenim Malaysia turut sama mengadakan demonstrasi menggunakan pam susu miliknya di booth Pa&Ma. Peserta juga berpeluang membawa tiga hadiah cabutan bertuah yang berupa pam susu, pengecas pam dan juga aksesori penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
HP memperkenalkan cabaran HP Little Makers, iaitu satu peluang bagi kanak-kanak untuk mencipta semula pembelajaran imersif dengan Mesin Pencetak HP DeskJet Ink Advantage 3700. Kanak-kanak berusia di antara 5 – 12 tahun layak untuk menyertai pelbagai cabaran untuk hadiah, manakala sekolah pula berpeluang memenangi satu set HP Idea Lab bernilai RM20,000.
Selaras dengan fokus Kementerian Pendidikan terhadap pembelajaran berasaskan teknologi, cabaran HP Little Makers menggalakkan kreativiti dalam persekitaran pembelajaran yang maju untuk kanak-kanak menggunakan teknologi dan pembelajaran berasaskan bermain.
Pengarah Urusan HP Malaysia, Fayza Amin berkata sebagai seorang ibu, saya memahami pentingnya pendidikan yang menyeluruh. Dengan HP Little Makers, kami ingin menunjukkan bagaimana teknologi dan kreativiti dapat bersatu dengan mendidik generasi masa depan Malaysia di rumah dan di sekolah.
Cabaran Little Makers HP Malaysia direka untuk ibu bapa, guru dan pereka muda, pencipta serta pemikir mereka untuk bermain dan belajar bersama sambil berkongsi ciptaan mereka dengan rakan dan keluarga.
HP bertujuan untuk membantu kanak-kanak mencungkil potensi dalaman dan bakat mereka menggunakan pencetak DeskJet HP. Untuk memulakan cabaran, HP bekerjasama dengan 40 buah sekolah di seluruh negara yang akan menerima sebuah HP Deskjet Ink Advantage serta peluang untuk memenangi satu set HP Idea Lab.
HP Idea Lab akan menampilkan HP Pavilion x360 dan HP DeskJet Ink Advantage 3700 untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran generasi masa depan Malaysia. Cabaran ini juga terbuka kepada sesiapa yang berusia di antara 5-12 tahun.
Kanak-kanak yang mengambil bahagian dan keluarga mereka berpeluang memenangi produk HP bernilai RM500. Lima pemenang akan dipilih setiap dua minggu sejajar dengan “Challenge of the Week”.
Siaran Akhbar Kompak dan tanpa wayar, siri HP Deskjet Ink Advantage 3700 yang mampu milik merupakan pencetak semua dalam-satu yang membantu memberi inspirasi untuk projek-projek kreatif dengan anak-anak anda di samping menyerlahkan karya mereka. Untuk memudahkan percetakan, HP Smart App membantu mencetak tanpa wayar dari telefon pintar dan tablet Android serta Apple iOS.
Cabaran dalam talian akan dikemas kini dua kali seminggu di hp.com/my/littlemakers untuk disiapkan oleh kanak-kanak, ibu bapa atau guru secara bersama. Setiap cabaran Little Makers disertakan dengan panduan langkah demi langkah untuk projek kecil serta fakta-fakta berunsur pendidikan yang menyeronokkan berkaitan topik tersebut.
Sebagai contoh, kanak-kanak akan dapat belajar mengenai buruj seperti ‘Lyra’, ‘Pegasus’, ‘Sagittarius’, sains di sebalik bayangan dan seni wayang kulit, mencipta jam matahari, menghasilkan peta dan menandakan mercu tanda di seluruh dunia serta haiwan-haiwan yang diancam kepupusan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mencari lokasi strategik tempat makan mesra kanak-kanak sekitar Selangor. Tentunya ibu ayang perlukan ruang makan seperti ini supaya dapat makan dengan tenang. “Dah lama tak makan luar. Rasa nak makan steaks atau pasta je. Tetapi bimbang anak-anak cepat bosan, kemudian mengamuk. Mesti makan tak tenang! Persoalannya, ada ker kafe atau restoran yang menyediakan mini kawasan permainan untuk anak-anak melakukan aktiviti. Jika ada barulah dapat makan dengan aman!”
Buat papa mama yang tinggal sekitar Selangor, 5 lokasi tempat makan ini mungkin pilihan terbaik buat anda. Bukan hanya menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak atau ‘play area’ malah menu juga dikatakan menepati selera.
1.Kopimeo, Seksyen 9 Shah Alam
Mencari kafe yang santai? Jom singgah ke kafe hipster ini dengan memperlihatkan gitar-gitar tergantung di dinding kafe. Bersesuaian dengan konsepnya, ruang yang terhad tetap menjamin keselesaan. Sambil menjamu selera seperti pasta atau kek, ibu bapa tidak perlu risau anak-anak bermain di sudut permainan yang disediakan. Menu istimewa untuk anak-anak pula antaranya hot dog dan churros.
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 10 malam | Tutup pada hari Jumaat
2.Gula Cakery – Kota Kemuning Selangor
Keistimewaan kafe ini ialah mempunyai kelas belajar memasak untuk anak berusia tiga tahun ke atas. Dekorasi yang ceria dan ruang yang luas membuatkan anak-anak selesa mengikuti kelas. Sambil anak mengikuti kelas, ibu bapa boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat yang disediakan di kafe ini.
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin.
3.Rimba & Rusa, Kota Damansara
Dekorasi restoran ini memang menambat hati. Selain suasana yang selesa untuk menjamu hidangan dengan menu yang menyelerakan, si cilik boleh bermain dengan riang di tingkat atas. Antara menu yang disediakan termasuk hidangan tempatan, barat termasuk smoothie, salad dan pasta.
Waktu Operasi: 8 pagi-11 malam (Selasa – Ahad) | 4 petang – 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin
4. Blokke Cafe – Citta Mall
Kafe ini berkonsepkan lego. Sebaik sahaja masuk dalam kafe ini ada ruang untuk anak-anak bermain lego. Antara makanan yang disediakan termasuk lasagna, nasi lemak, kek, brownies dan crepe. Minuman pula seperti milkshare, teh dan kopi serta aiskrim. Kafe berkonsep santai ini sesuai untuk geng ibu-ibu buat perjumpaan. Sambil anak main lego, geng mak-mak boleh santai-santai. Dalam pada itu, terdapat tiga zon yang oleh anak melakukan aktiviti iaitu Builders’ Zone, Car Race Zone, Soft Brick Zone, dan Duplo Play Zone. Selain itu kafe ini menganjurkan workshop untuk anak-anak waktu cuti sekolah dan meraikan sambutan hari jadi.
5.Sköhns Canteen, Damansara Perdana
Kafe ini terkenal dengan makanan steaks yang lazat. Ibu bapa yang ingin menjamu selera boleh membawa anak. Biarkan anak leka bermain di kawasan permainan. Lebih istimewa kafe ini menyediakan ruang meletakkan mainan dan pakaian yang tidak digunakan rak Free Market. Malah melalui program Suspended Meals anda juga boleh menderma melalui sebarang bayaran makanan di sini.
Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!