Ruang dapur terhad bukan penghalang untuk nampak teratur dan kemas. Lagi-lagi jika di situlah juga ruang laundry yang menempatkan mesin basuh dan keperluan sabun pencuci. Kadang boleh sakit mata melihat plastik atau botol sabun diletakkan atas lantai.
Bukan itu saja, bagi yang ada anak kecil, risau takut anak diam-diam masuk dapur dan bermain barang-barang yang boleh membahayakan mereka. Jika ada tempat khas meletakkan barang-barang tersebut, lagi elok.
Bagi anda yang ingin pastikan ruang dapur dan tempat membasuh pakaian tersusun elok, boleh ambil idea yang dikongsikan oleh Nur Suhada Saiman.
Aktiviti DIY hujung minggu bersama encik suami. Baru belajar. Rasanya buat 5 lubang je, yang selebihnya encik suami yang buatkan.
Bakul bertingkat serbaguna
Bakul 3pcs × RM2.30 = RM6.90
Roda 2pack × RM2.30 =RM4.60
Besi Bentuk L (tak tahu nama) * 2pek × RM2.30 = RM4.60
Skru (beli kat hardware) = RM12
Total = RM27.80 sahaja
Tebuk lubang ikut jenis saiz besi L
Bila dah siap tebuk, boleh susun dan masukkan skru. Siap!
Nak memudahkan pergerakan bakul serbaguna ini, boleh pasang roda di bahagian bawah. Jadi senang sikit nak tolak ke mana-mana.
**Bakul bertingkat serbaguna ini juga boleh digunakan untuk meletakkan barang mainan anak. Jadi lepas main anak boleh terus letak je dalam bakul ni. Kuranglah sikit bersepah rumah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sakit bersalin adalah sakit yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ia ibarat antara hidup dan mati. Walaupun sebelum ini pernah ada pengalaman bersalin, pastinya perasaan gementar, takut semuanya bermain dalam fikiran.
Sebab itulah, ada banyak hadis menjelaskan bahawa seorang wanita yang meninggal saat melahirkan, kematiannya akan dianggap sebagai mati syahid.
Jadi, untuk menenangkan hati semasa bersalin, ada beberapa doa yang boleh anda amalkan.
Diharap dengan doa-doa ini dapat:
Memberikan ketenangan dalam hati
Memberikan kekuatan untuk menempuh sakit bersalin dengan mudah
Bertawakal sepenuh jiwa dan raga kepada Allah SWT
Memberi keyakinan yang Allah bersama-sama kita
DOA AGAR DIMUDAHKAN BERSALIN NORMAL ATAUPUN CZER
DOA DARI SURAH MARYAM AYAT 26
Kisah ibu kepada Nabi Isa, Maryam, sangat mendebarkan. Saat bersalinkan Nabi Isa, Maryam bersendirian di tengah padang pasir dan hanya berserah kepada Allah SWT semata-mata.
“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.
Paling baik ialah jika anda sempat membaca keseluruhan Surah Maryam sehingga habis sebelum proses bersalin bermula.
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Doa ini dipanjatkan Nabi Zakaria saat memohon agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya yang mandul.
Asbab dari doa ini juga boleh kita amalkan semasa bersalin agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.
Ayat ini mengisahkan tentang kisah kejadian manusia dari alam rahim sehinggalah menjadi manusia yang sempurna.
Doa ini juga sesuai diamalkan semasa bersalin kerana pengorbanan seorang ibu yang bertarung antara hidup dan mati semasa proses kelahiran.
DOA YANG SUAMI BOLEH AMALKAN SEMASA ISTERI BERSALIN
Suami yang berada disisi isteri semasa proses bersalin juga akan berasa cemas dan tidak senang duduk.
Melihat kesakitan dan keperitan yang ditanggung isteri saat mengeluarkan seorang bayi dari janin ke bawah.
Justeru, amalkan doa ini sepanjang proses kelahiran dan bertawakallah sepenuh hati kepada Allah SWT.
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي
(rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr)
Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”
Selain itu juga, suami boleh mengamalkan Surah Insyirah kerana setiap kesukaran itu pasti akan disusuli dengan kemudahan.
Percayalah…Tiada seorang pun lelaki yang mampu menjadi sekuat seorang wanita untuk menghadapi proses bersalin demi melahirkan seorang insan ke muka bumi ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malang tidak berbau! Hanya beberapa saat saja semua boleh jadi. Inilah ungkapan yang sesuai menggambarkan detik cemas yang dihadapi oleh penyanyi, Nubhan Ahamad apabila puteri sulungnya, Aafiya Kamilia terkunci di dalam kereta miliknya.
Melalui laporan Oh Bulan, kejadian itu dikatakan berlaku semasa dia mengambil barang di dalam rumah dan meninggalkan anaknya sendirian di dalam kereta.
Menurut Nubhan, pada awalnya dia meninggalkan Aafiya dalam keadaan kereta yang tidak berkunci tetapi anak perempuannya itu telah mengunci kereta tersebut dari dalam ketika dia berada di dalam rumah untuk mengambil barang.
Menyedari kereta tersebut telah berkunci, dia kemudian mengajar Aafiya untuk menekan button unlock tetapi tidak berjaya. Dia kemudian meminta pertolongan rakannya untuk membuka pintu tersebut. Aafiyah dikatakan terperangkap di dalam kereta selama 15 minit.
Tinggalkan Anak
Rata-rata netizen menasihati Nubhan dan orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka dengan keselamatan anak-anak.
Mereka juga turut meninggalkan pesanan supaya menurunkan sedikit tingkap dan pintu kereta tidak ditutup dengan rapat agar perkara yang sama tidak berulang lagi.
Akui kesilapan dan sebagai pengajaran
Dalam satu posting lain di instagramnya Nubhan akui kesilapannya dan berterima kasih pada semua kerana prihatin dan memberi nasihat yang baik.
“Sebagai manusia biasa memang ada masanya kita lalai dan tak terfikir tapi saya tahu tiada yang sempurna. Kejadian ini benar-benar buat saya serik dan memberi pengajaran pada masa akan datang.
“Mungkin bukan saya seorang saja tetapi buat semua ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak kecil dan ingatlah jangan sesekali alpa. Hanya beberapa saat semua boleh berlaku” jelasnya.
Sumber: Nubhan Ahamad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.