Tahniah diucapkan buat Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Natasha Rosa Boudville atas kelahiran bayi sulung mereka selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Melalui instagramnya semalam, Datuk Eizlan berkongsi perkhabaran gembira itu sambil berkongsi satu video pendek dan gambarnya memegang bayi keempatnya itu.
Kata Datuk Eizlan lagi, dia bersyukur di atas limpahan rezeki dari Allah dan turut memberitahu anak dan isterinya kini berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah yayang @sashaboudville & Baby ZR❤ berada dalam keadaan yang baik.
“Terima kasih diatas doa & ingatan yang baik buat kami sekeluarga,” tulisnya.
Namun apa yang menariknya, kata beliau lagi, sebagai tanda kenangan, dia turut memakai baju yang sama ketika menyambut tiga kelahiran anaknya bersama bekas isteri terdahulu.
Ads
” Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya @viezaarakhan @zareefyusofofficial @viezaalia disambut bersama dengannya 🤩 #EizlaNatasha #BabyZR❤,” tulisnya berkongsi.
Instagram pelakon itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga pengikut beliau di Instagram.
Ads
Terdahulu melalui Instagram, Datuk Eizlan juga turut meluahkan penghargaan dan berterima kasih atas pengorbanan isterinya sebelum kelahiran bayi pertama mereka.
“Buat isteriku yang tercinta @sashaboudville i doakan semoga ALLAH SWT permudahkan urusan you melahirkan our harta dunia akhirat.
“I halalkan segala makan minum dan maafkan segala salah silap ( sekiranya ada ) you selama ni. Terima kasih kerana menyayangi diri yang serba kekurangan ini.
“Love u dunia akhirat my yayang #EizlaNatasha,” tulisnya sebelum kelahiran bayi sulung mereka itu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @eizlanyusof
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang produk suplemen yang didakwa untuk kesihatan dan kecantikan kulit bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi ada juga untuk golongan bayi. Bukankah kulit bayi sudah sedia mulus dan bersih. Kenapa perlu disogokkan dengan suplemen tambahan?
Gara-gara tularnya promosi hebat syarikat suplemen kunyah dan cerah menggunakan selebriti terkemuka sebagai dutanya, ramai yang mengecam syarikat tersebut yang mendakwa produk kesihatan dan kecantikan mereka sesuai untuk tiga golongan paling ‘fragile’ iaitu bayi, kanak-kanak dan ibu hamil!
Persoalannya memang ramaikah ibu bapa yang percaya dan memberikan anak mereka makan produk suplemen ini? Adakah ia benar-benar selamat pada kesihatan si kecil? Lebih baik sekiranya ibu ayah yang ada anak kecil baca penjelasan yang dikongsi oleh Dr Afiq Rahim di dalam blog beliau.
APAKAH PRODUK KUNYAH & CERAH TELAH MELANGGAR KOD PEMASARAN ANTARABANGSA WHO?
Baru-baru ini gempar, seorang selebriti terkemuka tanah air mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan Kunyah&Cerah (KC) di media sosialnya dengan menyatakan produk tersebut sesuai digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan ibu hamil.
Ternyata kenyataan oleh pihak syarikat yang dipromosikan oleh model mereka telah mengundang kecaman daripada orang awam terutama pihak kesihatan.
“Mengapa mahu membebankan organ bayi untuk produk supplemen?”
“Mengapa tidak diberikan sahaja susu ibu kepada bayi?”
“Kulit bayi dah cantik, gebu. Mengapa perlu produk kecantikan?”
Dan pelbagai kecaman lain daripada netizen.
PEMASARAN PRODUK UNTUK BAYI
WHO pada tahun 1981 telah memperkenalkan satu kod antarabangsa bagi melindungi bayi, ibu hamil dan ibu menyusu daripada kerakusan syarikat makanan/kesihatan. Kod ini adalah usaha mengekang dosa pemasaran yang dilakukan oleh pihak Nestle dalam memasarkan produk susu formula mereka terutama kepada negara miskin dan membangun lalu diboikot oleh negara Eropah dan Amerika pada tahun 1977.
Kod tersebut adalah International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes yang diambil daripada perbincangan di dalam World Health Assembly (WHA). Kod ini diperkenalkan sebagai langkah untuk memastikan bayi mendapat nutrisi yang selamat dan lengkap melalui penyusuan ibu dan memastikan penggunaan produk gantian susu dengan betul serta melindungi daripada pemasaran yang agresif yang boleh mempengaruhi ibu yang menyusukan bayi mereka.
Ada banyak peraturan dan larangan dinyatakan dalam kod tersebut. Ianya termasuk kepada syarikat jualan, anggota kesihatan, kerajaan tempatan dan semua pihak yang terlibat di dalam memasar dan mengedar produk kesihatan tersebut.
APAKAH PRODUK YANG TERMAKTUB DI BAWAH KOD INI?
WHO mencadangkan penyusuan penuh susu ibu selama ENAM bulan selepas bersalin. Sebarang makanan atau minuman yang dipromosikan sebagai sesuai untuk bayi di dalam tempoh ini adalah termaktub di bawah kod ini. Ini termasuk jus buah-buahan dan air.
Selain itu, semua produk untuk bayi yang menggantikan susu ibu atau sebagai sokongan kepada bayi menyusu atau produk yang boleh menjejaskan penyusuan bayi termaktub di dalam kod ini. Antara produk yang terbabit adalah:
Susu formula
Semua makanan bayi yang menggantikan susu ibu
Botol susu
Puting botol susu
Sebarang produk yang menggantikan susu ibu atau sebagai sokongan kepada susu ibu.
JADI, APAKAH PRODUK K&C TELAH MELANGGAR KOD ANTARABANGSA INI?
Pada pemerhatian saya, promosi pemasaran produk KC bukanlah sebagai alternatif kepada susu ibu.
Produk supplemen mereka adalah disasarkan untuk membantu individu yang mengalami masalah kulit ekzema, kulit kusam dan tidak bermaya, masalah rambut gugur dan masalah alahan.
Bagaimanapun memandangkan produk KC ini adalah makanan yang telah ‘diformulakan’ untuk bayi dan ibu menyusu seperti yang dipromosikan oleh duta mereka dan berisiko menjejaskan penyusuan bayi atau sebagai makanan tambahan buat bayi terutama enam bulan ke bawah maka ianya tetap termaktub di bawah kod antarabangsa ini.
Ini kerana di dalam promosi produk tersebut ada mengatakan dengan jelas bahawa produk mereka sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan ibu menyusu.
Namun kesesuaian untuk bayi yang dipromosikan oleh syarikat adalah tidak jelas.
Adakah sesuai untuk bayi enam bulan ke bawah?
Atau Bayi selepas lahir ?
Atau Bayi antara 6 bulan ke 12 bulan dan seterusnya?
Secara relatifnya adalah ya bahawa pihak syarikat melalui promosi mereka telah melanggar kod yang perkenalkan oleh WHO ini.
KESIMPULAN
Pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan kekeruhan yang berlaku dengan menyatakan bahawa produk mereka selamat kerana daripada sumber tumbuhan serta tidak perlu berdaftar dengan KKM.
Bagaimanapun, keselamatan sesuatu produk bukan diukur dengan banyaknya testimoni berjaya atau tiada laporan negatif daripada pengguna sahaja. Andaian tanpa kajian ke atas manusia tentang keselamatan produk adalah tidak mencukupi.
Kajian saintifik perlu dijalankan bagi memastikan produk ini selamat dimakan oleh bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusu sebagaimana yang termaktub di dalam kod antarabangsa.
Mungkin pihak syarikat boleh bekerjasama dengan pihak universiti dalam melakukan penyelidikan untuk memastikan ianya benar-benar selamat untuk diambil oleh kumpulan yang dilindungi oleh International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes.
Sementara itu, adalah lebih baik pihak syarikat menangguhkan dahulu penggunaan produk KC ke atas kumpulan yang dilindungi oleh WHO terutama bayi sehingga keselamatan ke atas mereka berjaya disahkan oleh pihak berautoriti.
Sekali lagi ingin saya tekankan, produk terbaik untuk bayi adalah SUSU IBU terutama bagi bayi berumur ENAM bulan ke bawah.
Dapatkan rawatan dan pemeriksaan oleh doktor bertauliah terlebih dahulu sekiranya anda atau bayi anda mengalami masalah kulit/alahan/keguguran rambut sebelum mencuba sebarang produk kesihatan/kecantikan.
Pelakon, Sweet Qismina memuat naik gambar bersama bayi di atas pelamin di sebuah majlis akikah.
Sweet Qismina juga sempat mendoakan bayi yang bernama Muhammad Adam Idris itu, dengan doa agar baby Adam menjadi anak yang soleh dan dia sempat mengucapkan kata sayang pada bayi tersebut.
“Dear Muhammad Adam Idris, Semoga menjadi anak yang soleh dan disenangi oleh ibu bapa”
“Mummy Sweet loves you! #amikberkatsikit”
Namun rata-rata para peminat terkejut melihat gambar yang dikongsi. Ramai yang menyangka anak yang dipangku oleh Sweet adalah anaknya bersama suami yang juga pelakon, Adam Lee.
beboohhbebo’s profile picture Jgn Panik bukan anak dia lah korang
zootopiala’s profile picture Weh tak tahu pun sis mengandung😭😭☝🏻
Sekarang ni musim cuaca tak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Kadang siang elok je anak-anak kita main, malam tiba-tiba panas. Ibu ayah dalam situasi ni jangan panik.
Menerusi perkongsian bekas Jururawat, Pun Farlina Mohd Sani, dia ada berkongsi beberapa tip ibu bapa boleh lakukan dulu sebagai rawatan awal di rumah sebelum bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Badan anak panas? Jangan panik, ada sikit tip. Musim sejuk. Kejap panas menehing. Anak senang nak demam. Siapa ada anak kecil? Lagi-lagi baby.
Meh kakyong Nurse pencen nak share sikit info. Apa barang yang PENTING sangat perlu ada di rumah?
👉 Termometer. ( Check suhu)
Iya, sangat penting. WAJIB ada. Kadang kita hanya rasa dengan tangan je. Agak-agak je panas tu, bahaya sebenarnya.
Normal suhu baby : 36 celcius – 37.0 celcius. Bila rasa panas, checklah suhu anak. Berjaga-jaga kalau suhu sudah mencecah ke 38.0c. Jangan sampai suhu naik ke 39c dan seterusnya ke 40c. Bahaya !!! Anak boleh dapat sawan.
K.yong kalau check demam anak, dah naik suhu ke 38c, i will take an action cepat!
✅Apa perlu buat??
1. 👉Buka baju dia. Pakaikan pampers je.
Buka tingkap rumah. Buka kipas. Bagi udara keluar masuk. Jangan letak anak tempat yg panas. Jangan hala kipas depan muka anak pula.
2. 👉Jangan balut dia. Yelah org kata demam je kena bungkus badan kasi peluh keluar. Itu SALAH ! JANGAN sesekali buat.
3. 👉 Ambil kain basahkan dengan air suam. Bukan air sejuk atau air batu, konon nak cepat sejuk.
4. 👉 Lapkan kaki dulu. Celah-celah peha tu, badan,celah ketiak. Kepala jangan. Ada DR pakar kata, jangan terus jelum kepala, boleh menyebabkan sawan sebab haba terkumpul di kepala. Gitula bahasa pasarnya. Ada juga mengatakan jangan guna yang tepek kat kepala tu.
5. 👉 Jangan bagi sebarang ubat tanpa nasihat Doktor. Lagi-lagi ubat masuk punggung tu. Bahaya.
6.👉 Susu kan kerap. Kalau anak dah besar boleh bagi air masak banyak-banyak.
7. 👉Pantau pernafasan dia. Laju ke , ada lekuk ke kat tengah tulang rusuk tu. Kalau dah demam, dengan nafas tak ok, tak payah tunggu. Terus je ke hospital.
8. 👉 Check suhu 15 minit sekali. Tak payah la tidur kalau anak demam. Pantau la dia. Risau tau. Kyong memang takkan tidur kalau anak demam. Susah hati.
9. 👉 Kalau ada penurunan suhu, alhamdulillah. Kalau dah 2 jam pun masih jelum tak sudah tapi badan anak makin panas, lebih baik bawa segera ke Hospital. SEGERA! Jangan nak tunggu esok.
Kadang demam panas ni petunjuk pertama ada sesuatu yang tak kena dengan anak.
Sebagai ibu, kita kena ada serba sedikit asas pengetahuan tentang kesihatan anak. Bukan kata kyong pandai sangat. Tidak.
Cuma ada sikit ilmu, rasanya lagi-lagi bab keselamatan anak, kyong tak boleh simpan sendiri. Jangan dah teruk baru nak bagi rawatan.
Cegah awal supaya yang tak teruk tidak ke teruk. Haddad kene hujan agaknya tadi.
Check memula suhu 37.8c.
Bagi susu, buka baju dia. Check lagi 38c. Terus take action.
Alhamdulillah turun ke 37.7c. Kyong doakan anak-anak kita semua dilindungi, sihat sejahtera.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.