Tahniah diucapkan buat Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Natasha Rosa Boudville atas kelahiran bayi sulung mereka selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Melalui instagramnya semalam, Datuk Eizlan berkongsi perkhabaran gembira itu sambil berkongsi satu video pendek dan gambarnya memegang bayi keempatnya itu.
Kata Datuk Eizlan lagi, dia bersyukur di atas limpahan rezeki dari Allah dan turut memberitahu anak dan isterinya kini berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah yayang @sashaboudville & Baby ZR❤ berada dalam keadaan yang baik.
“Terima kasih diatas doa & ingatan yang baik buat kami sekeluarga,” tulisnya.
Namun apa yang menariknya, kata beliau lagi, sebagai tanda kenangan, dia turut memakai baju yang sama ketika menyambut tiga kelahiran anaknya bersama bekas isteri terdahulu.
” Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya @viezaarakhan @zareefyusofofficial @viezaalia disambut bersama dengannya 🤩 #EizlaNatasha #BabyZR❤,” tulisnya berkongsi.
Instagram pelakon itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga pengikut beliau di Instagram.
Terdahulu melalui Instagram, Datuk Eizlan juga turut meluahkan penghargaan dan berterima kasih atas pengorbanan isterinya sebelum kelahiran bayi pertama mereka.
“Buat isteriku yang tercinta @sashaboudville i doakan semoga ALLAH SWT permudahkan urusan you melahirkan our harta dunia akhirat.
“I halalkan segala makan minum dan maafkan segala salah silap ( sekiranya ada ) you selama ni. Terima kasih kerana menyayangi diri yang serba kekurangan ini.
“Love u dunia akhirat my yayang #EizlaNatasha,” tulisnya sebelum kelahiran bayi sulung mereka itu.
Artikel berkaitan: Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Eizlan Yusof Umum Isteri Kini Hamil 5 Bulan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @eizlanyusof