Disaat orang lain gembira menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga, Allah uji pasangan suami isteri ini apabila anak sulungnya yang menghidap kanser otak tahap 4 dijemput ilahi pada 1 Syawal lalu.
Pernah viral ketika Ramadan baru-baru ini, Raudhatus Solehah anak kepada Rashidee Abd Rashid dan Sabariyah Ismail telah dipakaikan baju sedondon bersama dua adiknya sebagai tanda kenangan seandainya Allah ambil dalam masa terdekat.
Ini kerana doktor memberitahu tahap kesihatan kakak semakin merosot dan meminta untuk bersedia bila-bila masa sahaja. Walaupun sudah tahu hayat kakak tak lama, sikap positif suami isteri ini yang cuba memenuhi permintaan anak wajar dipuji.
Menerusi luahan hati Rashidee, hasrat kakak untuk memakai baju warna putih akhirnya dah tertunai jua.
ARTIKEL BERKAITAN [“Pakaikan Awal Baju Raya Untuk Kakak. Andai Dijemput Ilahi Ada Kenangannya.”]
“Kakak meminta baju raya berwarna putih” Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan kakak,
puteri saya Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee disahkan meninggal dunia pada 1 Syawal tepat jam 12 tengahari. Doakan Kami ibu bapanya tabah Dalam ujian ini.
Pengakhiran Kisah Kakak
Terima kepada semua yang follow kisah kakak sejak setahun yang lepas. Tak sangka juga kisah kakak agak “meletup” beberapa hari yang lalu. Ramai yang pm kami di messanger yang belum kami buka. Mohon maaf sekali lagi.
Alhamdulillah kami ibu bapanya diberi peluang bersama kakak pada kelahiran dan kematiannya. Berada disisinya ketika kakak sedang nazak. Melihat nyawanya diambil secara perlahan-lahan. Kakak Meninggal Dunia jam 12 tengahari dan dikebumikan jam 5 petang 1 Syawal.
Kita sering berdoa agar kita dan keluarga dimasukkan ke syurga, tapi kita tidak tahu bagaimana sebab Allah memasukkan Kita ke syurga. Allah memasukkan kakak ke syurga dengan cara begini menerima penyakit dan Meninggal Dunia sebelum umurnya baligh. Oleh itu, berdoalah agar kita pergi dalam “Khusnul Khatimah”.
@sabariyah_ismailAl-Fatihah buat anak syurga Raudhatus Solehah Binti Mohamad Rashidee – 1 Syawal 1443H @ 02 Mei 2022Kanser Otak Tahap 4 (Medulloblastoma)♬ Kemarin – Seventeen
Alhamdulillah dan Insyaallah kami redha dengan ujian ini dan bersyukur dengan ujian ini. Jika Allah memberi kami ujian Harta dan Kemahsyuran kami tidak pasti adakah kami dekat atau semakin jauh dengan Allah.
Allah telah memilih kakak ke keluarga kami. Anak pertama yang mengajar kami tanggungjawab ibubapa. Alhamdulillah diberi peluang untuk mengazankan kakak ketika kelahiran dan mengimamkan Solat Jenazah ketika kematian. Kini, masih ada 2 orang lagi puteri yang diamanahkan Allah untuk kami jaga.
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.”
[HR Ahmad dan Al-Hakim]
Terima kasih kepada semua. Saat perasaan dan hati kami hampir jatuh, kalian menahan kami dari rebah dan menolak kami semula ke atas.
Terima kasih atas sumbangan, doa, tenaga dan pelbagai lagi bantuan yang kalian hulurkan. Kami tidak dapat membalasnya semua, Cuma kami doakan agar urusan kalian dipermudahkan Allah Di Dunia dan Akhirat.
“Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya”.
Sebelum ini, menurut Puan Sabariyah, perjalanan kisah Raudhatus Solehah yang disahkan kanser otak tahun lalu hanya bermula dengan pening dan muntah. Selepas buat pemeriksaan lanjut barulah semuanya terungkai.
Disebabkan sel kanser telah menyerang saraf tunjang kakak, rawatan agak sukar dan menyebabkan kedua-dua kaki lemah serta telah mengganggu bahagian pembuangan air kecil dan air besar.
Kredit: FB Rashidee Abd Rashid & Sabariyah Ismail
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)