Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri memaklumkan mereka akan menerima anak perempuan.
Syamel secara tidak sengaja mendedahkan jantina bayi mereka itu ketika beraksi di Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Menurut Syamel lagi, dia tidak sengaja mendedahkan perkara berkenaan kerana terlalu teruja untuk menimang cahaya mata sulung mereka yang dijangka bakal dilahirkan pada Mac tahun depan.
“Dari sebelum kahwin pun, memang kami jenis rahsiakan apa-apa yang belum sah. Tapi, apabila dapat buat persembahan di Istana Budaya, mendapat tenaga daripada penonton membuatkan saya rasa teruja untuk berkongsi,” katanya.
Ditanya sama ada dia dan Ernie akan bakal mengadakan majlis ‘baby shower’ atau ‘gender reveal’, Syamel berkata perkara itu tidak dalam perancangan.
Baik Syamel mahupun Ernie kedua-duanya dilihat cukup teruja untuk menantikan cahaya mata sulung mereka. Malah melalui sesi Live bersama Pa&Ma, Ernie berkongsi rasa terujanya menempuh detik kehamilan yang dilaluinya kini.
“Saya dan Syamel, kami memang tak ada tetapkan bila nak ada anak, saya dah berusia 29 tahun pada saya lebih awal lebih baik. Bila lihat kawan-kawan struggle nak dapat anak jadi saya fikir kenapa saya nak stop rezeki yang datang pada kami. Saya bersyukur.
“Bila dapat berita tu, arwah mak Syamel masih berada di hospital ketika itu. Tak tahu nak re act macam mana, dua perasaan yang berbeza ketika itu. Lepas seminggu barulah kami beritahu pada umi dan lepas itulah baru kami fikirkan nak check up di mana, nak prepare apa dan sebagainya.
“Momen yang paling berharga bila mana pertama kali saya disahkan mengandung, esoknya saya terus pergi hospital dan pertama kali dengar degupan jantung anak saya dalam kandungan rasa tak sangka. Betapa besarnya kuasa Allah bagi kita satu nyawa dalam perut untuk kita jaga selama 9 bulan,” kata Ernie berkongsi rasa ketika diawal kehamilannya dulu.
Menangis bila baju dah tak muat
Bila ditanya mengenai journey kehamilan yang dilaluinya kini, akui Ernie kehamilan yang dilalui adalah begitu mencabar.
“Lain orang lain pengalamannya, tapi bagi Ernie, Ernie rasa kehamilan adalah satu proses yang mencabar, sukar sebenarnya tapi alhamdulillah saya dikeliling oleh orang-orang yang positif dan sentiasa bagi saya semangat.
“Baju tak muat pun saya boleh menangis dengan teruk, macamlah saya tak boleh beli baju baru kan. Benda-benda simple macam itupun boleh menjadi sebab namun alhamdulillah pasangan sangat memahami.
“Saya ni aktif bersukan, tp bila dah tiba-tiba tak boleh aktif macam dulu saya jadi down sekejap. Tapi saya sangat hargai apa yang saya lalui kini malah saya bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Belum tentu Allah bagi lagi saya peluang macam ini.
“Layanan special dari kedua-dua keluarga sangat special pada saya. Saya dilayan macam princess, rasanya selepas beranak mesti tak ada layanan semacam ini lagi. Kira sekarang saya jadilah se princess mungkin,” katanya berseloroh.
Banyak tanya pendapat doktor
Melalui tempoh sukar, Ernie akui dia kini tidak boleh terlalu penat memandangkan keadaan tubuhnya yang tidak mengizinkan.
“Ernie ada doktor sendiri yang menjaga Ernie seawal usia kandungan 6 minggu sampai sekarang jadi apa-apa memang saya rujuk doktor terutama dari segi pemakanan.
“Mulanya Ernie makan macam biasa, makam pedas macam biasa tapi rupanya lepas tu dah start muntah-muntah. Sekarang ini alhamdulillah alahan dah makin berkurang. Kalau dulu memang kena masak sendiri, masak pun yang rebus-rebus je sebab memang Ernie jaga.
“Setelah 5 bulan ni Ernie tak boleh terlalu penat, kalau penat akan jadi muntah-muntah. After one month mesti lain pulak. Jadi saya banyak bertanya pada doktor, kawan-kawan dan pembacaan untuk sentiasa bersedia pada minggu-minggu seterusnya,” kongsi Ernie lagi.
Semoga perjalanan indah selama sembilan bulan ini dipermudahkan dan proses kelahiran pada Mac nanti dipermudahkan Allah SWT.
Menarik: Dukung Anak 9kg Setiap Hari Sampai Lupa Makan, Zahirah Macwilson Tak Sempat Fikir Diri Sendiri!
Nak dapatkan produk anak sambil cuci-cuci mata, jom ke Mom’s House.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)