“Baka Bellaz Cantik Betul.” Comel Aisywara Macam Princess Dalam Majlis Akikah

Share

Alahai makin besar, makin comel sungguh Nur Aisywara Nealofa ini. Rasa macam baru je mama Bellaz bersalin, kini dah nak masuk 3 bulan usianya. Seindah namanya, memang tak puas tengok Aisywara Nealofa.

Menerusi perkongsian Mua Bellaz di instagramnya, jurusolek popular ini telah berkongsi majlis akikah dan kesyukuran anak keempatnya baru-baru ini.

Dengan tema hitam dan gold, menyerlahkan lagi aura majlis tersebut tambah pula si comel Aisywara Nealofa dipakaikan gaun warna gold.

Dalam perkongsian tersebut memaparkan Aisywara sedang lena tidur sambil tersenyum. Malah di sepanjang majlis tersebut berlangsung juga, Bellaz turut berkongsi satu gambar papan tanda memberitahu semua tetamu supaya tidak pegang, cium dan peluk Aisywara atas faktor kesihatan.

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Aisywara dan mengusik Bellaz suoaya beranak lagi ramai-ramai kerana semua anaknya comel-comel.

“Ya Allah comelnya segak macam mak dia ❤️Alhamdullilah”

“MashaAllah comelnya, berkenan sungguh❤️😍”

“Alhamdulillah, cantiknya dia ❤️”

“MashaAllah elok sungguh la nealofa ni . Bella beranak la ramai2 lg . Baka Bella cantik-cantik bethol 😍😘”

“Sedap nama anak secantik orangnya ❤️”

“Cantik-cantik semua anak Bella macam anak mat salleh.. so cantik dan handsome😍”

Sementara itu, Bellaz juga turut menyatakan sejak habis pantang, Aisywara dan mula pandai merajuk.

“Dia pantang orang sebut amboi, terus sebek mukanya,” tulis Bellaz.

Sebelum ini, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini telah mempunyai tiga  cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali dan Muhammad Ean Yusuf.

Kredit: IG Mua Bellaz

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy