Bakal melahirkan bayi sulung mereka pada penghujung Februari nanti, suami kepada pelakon Intan Ladyana, Harris Alif mengakui begitu teruja untuk turut sama menemani isterinya ke dewan bersalin kelak.
Intan yang kini sarat hamil lapan bulan bakal melahirkan bayi sulungnya sedikit masa lagi, iaitu sekitar akhir bulan depan dan kini melalui fasa-fasa akhir kehamilannya.
Tidak pasti dengan SOP hospital, namun Harris mengakui dia teruja untuk merasai sendiri pengalaman bagi menyambut kelahiran bayinya kelak.
“Saya okey nak teman dan nak lihat sendiri proses bersalin nanti. Ini adalah pengalaman pertama saya, pastinya saya mahu merasainya sendiri.
“”Tetapi saya tidak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan oleh hospital. Jadi perlu ikut sahaja,” kata Harris berkongsi.
Banyak belajar dari Internet
Bakal bergelar bapa dalam usia yang muda membuatkan suami kesayangan Intan Ladyana ini banyak mengutip ilmu sebagai bekalan bila saatnya tiba kelak.
Akuinya, dia dan Intan lebih senang mempelajari ilmu keibubapaan menerusi bacaan atas talian.
“Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaiknya. Cari sahaja di Internet dan banyak ilmu yang boleh dipelajari.
“Selain itu saya juga sentiasa mendapat nasihat dari ibu bapa saya yang sering berkongsi apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,” kongsinya.
Semoga kelahiran si comel kesayangan pasangan ini dipermudahkan kelak.
Terdahulu, Intan dan Harris kini semakin pulih selepas disahkan positif Covid-19 pada penghujung tahun lalu. Intan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi pemantauan rapi, manakala Harris pula menjalani kuarantin di rumah sahaja.
Menarik:Thank You Ibu, Ucapan Hari Lahir Paling Bermakna Buat, Dato’Siti Pilih Tema Patung Barbie
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar