Kehamilan

Bakal Bersalin September Depan, Mona Allen Mahu Perbaiki Diri Sebelum Jadi Ibu

Share

Makin berseri dan cantik pelakon Mona Allen selepas berhijab. Pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen memilih untuk membiarkan saja netizen membuat andaian sendiri mengenai imej bertudungnya itu.

Perbaiki diri sebelum bertukar status sebagai ibu

Tambah Mona, dia kini sedang memperbaiki diri memandangkan bakal menjadi ibu tak lama lagi.

“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang dikongsikan itu…itulah.

“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.

“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, foto aktres berusia 37 tahun itu memakai tudung yang dikongsikan di laman sosial menerima pujian daripada netizen.

Rata-rata netizen juga mendoakan agar pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu terus istiqamah dengan memakai tudung sepenuhnya.

Bakal lahirkan bayi September

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Mona memberitahu dia dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan.

Menurut isteri kepadaa aktor Pekin Ibrahim itu, dia bersyukur menerima banyak hadiah barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya.

“Alhamdulillah usia kandungan saya sudah masuk tujuh bulan..InsyaAllah saya dijangka bersalin September nanti.

Mona dan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Kredit: mStar

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Wan Amy