Ibu kepada Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani, yang juga seorang penyanyi, Elyana, 34, berkongsi keadaan terkini kesihatannya sebelum menjalani sesi kedua rawatan kemoterapi untuk menghalang sel kansernya daripada terus merebak.
Menurut Elyana kepada Metro, doktor ada mencadangkannya untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi yang akan dijalaninya, Jumaat ini.
Bagaimanapun, harga ubat itu agak mahal dan mencecah RM50,000 untuk satu rawatan.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan dan tentu kosnya sangat tinggi.
“Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga,” katanya.
Menurutnya, dalam situasi sekarang yang menyebabkan banyak pendapatannya merosot, kos rawatan yang tinggi agak menggusarkan.
“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas,” katanya.
Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu, Elyana berkata, dia mengalami beberapa kesan sampingan antaranya rabun yang semakin teruk.
View this post on Instagram
“Selepas menjalani kimoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.
“Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala. Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama,” katanya.
Selain itu, Elyana juga menjaga kuantiti makanannya untuk memastikan perut serta prosesnya pernafasannya lancar dan selesa.
View this post on Instagram
“Mungkin kerana steroid yang diberikan doktor membuatkan saya rasa lapar. Tapi, pada masa sama, saya menjaga pengambilan makanan kerana kalau makan berlebihan pun membuatkan perut saya rasa tak selesa. Apa pun, selepas kimoterapi, saya kena tahu bagaimana kesannya kepada diri saya,” katanya.
Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan pertama kali mendedahkan mengenai penyakit itu di konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya pada 2017.
Kini kekuatannya adalah suami dan dua anak perempuan tersayang yang masing-masing berumur 10 dan dua tahun. Akui Elyana, tanpa mereka, mungkin dia tak mampu untuk harungi ujian kesakitan ini.
Elyana juga sangat berterima kasih pada semua kerana sudi mendoakannya dan tak henti memberi kata-kata semangat. Ini juga antara semangat untuk dirinya terus positif dan kuat setiap hari.
Kredit: Metro; IG Elyana
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link ni!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI