Bila difikirkan sekali keluarga yang mempunyai anak ramai zaman sekarang, seperti dah tak sesuai. Namun tanggapan ini berjaya dibuktikan oleh pasangan suami isteri yang tinggal di North Carolina kerana bakal menimang cahaya mata ke-16.
Patty Hernandez yang mempunyai 15 orang anak kini mengandung lagi. Ibu berusia 38 tahun itu yang semua anaknya diberi nama dengan awalan huruf C, dijangka melahirkan anak ke-16, pada Mei tahun depan.
Ketika ini dia bersama suami Carlos Hernandez tinggal bersama semua permata hati mereka di rumah lima bilik di Charlotte, North Carolina.
Setiap minggu perbelanjaan keluarga RM2,100
Setiap minggu mereka menghabiskan kira-kira AS$498 (kira-kira RM2,100) untuk belanja makanan serta keperluan lain.
Memetik laporan Mirror, lima anak mereka lelaki dan 10 lagi perempuan. Mereka ialah CarlosJr, Christopher, Carla, Caitlyn, Cristian, Celeste, Cristina, Calvin, Catherine, Carol, Caleb, Caroline, Camila, Charlie dan Crystal.
Ads
Sesekali stres tapi seronok anak ramai
Keluarga itu mula menjadi bualan orang ramai pada 2019 namun selepas itu dia melahirkan dua lagi anak iaitu Charlie yang lahir pada Mei 2019 dan Crystal yang lahir ketika pandemik April lalu.
Walaupun, memiliki ramai anak, Patty senang dengan keadaan itu dan sejak dulu bersedia untuk hamil lagi.
Ads
“Keadaan ini memang memberikan tekanan dan sukar untuk menjaga bayi yang baru lahir.
“Mereka selalu menangis dan saya harus melayani mereka, tetapi kami menikmatinya,” katanya.
Tak ambil perancang keluarga
Ads
Patty berkata, dia tidak menggunakan sebarang pencegah kehamilan dan reda jika hamil lagi.
“Kami serahkan kepada Tuhan dan apa juga yang ingin diberikan, kami bahagia,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Shakilla dan Fizi bersikap profesional menyambut hari lahir anak anak mereka Ameena Sofea bersama-sama. Pelakon Shakilla Khoriri dan penyampai radio Fizi Ali mengenepikan ego demi memastikan anak kesayangan gembira menyambut ulang tahun kelahiran yang ketiga Isnin lepas.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shakilla, 32, menyampaikan ucapan khas untuk anak tersayang. Kata pelakon drama Adam dan Hawa ini, dia gembira melihat senyuman yang terukir pada Ameena apabila mereka bersama meraikan hari bahagia itu.
Sama seperti ibu yang lain, Shakilla berdoa agar puteri tunggalnya itu menjadi anak solehah serta sentiasa berbuat baik dengan orang ramai.
Lain sikit tahun ini tapi saya janji saya akan buat awak gembira bukan pada hari ini tapi setiap hari setiap saat sebab awak nyawa saya. Majlis hari lahir awak sepatutnya saya akan jemput semua kawan awak tapi cancel sebab Allah nak bagi kita sambut bertiga.
Sebab tu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi saya tahu awak gembira sebab memang awak nak tengok dua-dua (umi & daddy) kan.
Semoga awak kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang. Ramai orang akan ikut kebaikan yang awak tunjukkan. Insya-Allah. Awak anak solehah dan anak yang akan buat umi dan daddy bangga nanti.
Netizen puji sikap
Di ruangan komen, ramai netizen yang berasa sebak dan gembira melihat Shakilla dan Fizi bersikap profesional demi memastikan kebahagiaan anak mereka.
Sekadar info, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun hubungan terlerai selepas bercerai pada 15 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan Ameena Sofia.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Niat nak gembirakan anak tapi tak sangka belon yang dibeli di pasar malam meletup hingga mengakibatkan anak melecur teruk di bahagian dada.
Melalui perkongsian seorang ibu Chacha Zulkiefliee di Facebooknya, dia berkongsi kisah memenuhi permintaan anak yang inginkan belon yang dijual di pasar malam.
Menurutnya, ketika pergi ke pasar malam ada peniaga yang menjual belon pelbagai karekter animasi pada harga RM5. Disebabkan mahu memenuhi permintaan anak, belikan untuk bagi anak main.
Sungguh tak sangka, pagi esoknya belon yang dibeli itu meletup secara tiba-tiba ketika anak bermain bersama sepupunya.
Kongsinya lagi, punca letupan dipercayai ada yang bermain pemetik api berdekatan belon tersebut dan anak saudara yang lain terselamat kecuali anaknya.
Selepas melecur anaknya telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis. Bagaimanapun kes anaknya tak dapat dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana penuh dan akhirnya terpaksa dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sampai sekarang ibu ini masih lagi trauma mengenangkan nasib anak. Manakala anaknya juga sesekali menangis kesakitan.
“Lepas ini kalau kakak merengek nak beli lagi belon bergas ini ibu tak akan bagi lagi. Cukuplah kejadian ini jadi pengajaran dan sesekali tidak lagi akan membeli belon seperti itu,” katanya.
Perkongsian Chacha Zulkiefliee, mendapat pelbagai reaksi. Ada netizen mengatakan punca letupan bukan disebabkan gas helium sebaliknya belon tersebut diisi dengan gas hidrogen yang mudah terbakar.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana Kuala Lumpur (18 Julai).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pengawal keselamatan di kondominium tersebut pada 2.20 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak yang merupakan warga asing itu dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan ke sebuah unit di kondominium terbabit untuk mengambil upah membasuh dan melipat baju.
“Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik itu ditinggalkan seorang diri oleh ibunya berusia 36 tahun di ruang tamu rumah kerana sedang tidur sebelum wanita itu turun untuk membasuh pakaian di (kedai) dobi di bawah rumah.
“Kanak-kanak itu dipercayai telah bangun daripada tidur dan membuka pintu gelongsor sebelum memanjat kerusi yang berada di balkoni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak itu sedang bekerja di Petaling Jaya dan semakan mendapati ibu bapa mangsa tinggal di negara ini sejak lima tahun lepas.
Katanya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bedah siasat dan setakat ini tiada tangkapan dibuat serta siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.