Bila difikirkan sekali keluarga yang mempunyai anak ramai zaman sekarang, seperti dah tak sesuai. Namun tanggapan ini berjaya dibuktikan oleh pasangan suami isteri yang tinggal di North Carolina kerana bakal menimang cahaya mata ke-16.

Patty Hernandez yang mempunyai 15 orang anak kini mengandung lagi. Ibu berusia 38 tahun itu yang semua anaknya diberi nama dengan awalan huruf C, dijangka melahirkan anak ke-16, pada Mei tahun depan.

Ketika ini dia bersama suami Carlos Hernandez tinggal bersama semua permata hati mereka di rumah lima bilik di Charlotte, North Carolina.

Bakal Timang Anak Ke-16. Seminggu Belanja Ahli Keluarga Cecah RM2,100

Setiap minggu perbelanjaan keluarga RM2,100

Setiap minggu mereka menghabiskan kira-kira AS$498 (kira-kira RM2,100) untuk belanja makanan serta keperluan lain.

Memetik laporan Mirror, lima anak mereka lelaki dan 10 lagi perempuan. Mereka ialah CarlosJr, Christopher, Carla, Caitlyn, Cristian, Celeste, Cristina, Calvin, Catherine, Carol, Caleb, Caroline, Camila, Charlie dan Crystal.

IKLAN

Bakal Timang Anak Ke-16. Seminggu Belanja Ahli Keluarga Cecah RM2,100

Sesekali stres tapi seronok anak ramai

Keluarga itu mula menjadi bualan orang ramai pada 2019 namun selepas itu dia melahirkan dua lagi anak iaitu Charlie yang lahir pada Mei 2019 dan Crystal yang lahir ketika pandemik April lalu.

Walaupun, memiliki ramai anak, Patty senang dengan keadaan itu dan sejak dulu bersedia untuk hamil lagi.

IKLAN

Bakal Timang Anak Ke-16. Seminggu Belanja Ahli Keluarga Cecah RM2,100

“Keadaan ini memang memberikan tekanan dan sukar untuk menjaga bayi yang baru lahir.

“Mereka selalu menangis dan saya harus melayani mereka, tetapi kami menikmatinya,” katanya.

Tak ambil perancang keluarga

IKLAN

Patty berkata, dia tidak menggunakan sebarang pencegah kehamilan dan reda jika hamil lagi.

“Kami serahkan kepada Tuhan dan apa juga yang ingin diberikan, kami bahagia,” katanya.

Sumber: Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI