Perkongsian Keluarga Ini Memang Tak Pernah Mengecewakan, Datin Shahida Throwback Lakonan Bersama Anak Keempat, Baim – “Rasa Kejam Pulak Tengok Diri Sendiri”
Keluarga usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida memang tak asing lagi dalam radar netizen. Apa sahaja perkongsian berkaitan keluarga ini, pasti mencuri perhatian ramai sama ada momen lucu anak-anak mereka, rutin harian di rumah mahupun sisi lebih peribadi yang menyentuh emosi.
Baru-baru ini, Datin Shahida telah berkongsi satu video lama di Instagram miliknya yang mengimbau kembali detik lima tahun lalu, ketika beliau berlakon dalam sebuah drama bersama anak keempatnya, Baim. Waktu itu, Baim baru sahaja berusia enam tahun, dan kini telah pun menginjak ke usia 11 tahun.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Datin Shahida menjelaskan bahawa projek lakonan tersebut hanyalah sekadar suka-suka, dan hanya melibatkan anak-anaknya sendiri. Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah reaksi beliau sendiri apabila menonton kembali babak tersebut:
Ads
“Ni Drama 5 tahun lepas. Masa ni saja je nak try berlakon. Berlakon drama dengan anak anak je. Rasa kejam pulak bila kita tengok diri sendiri berlakon. Kita tak garang macam tu tau awak.”
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen mengakui tersentuh melihat lakonan Baim yang ketika itu masih kecil, namun berjaya menyampaikan emosi dengan baik. Malah ada yang tak menyangka bahawa drama tersebut hanya lakonan suka-suka kerana ia kelihatan cukup menyakinkan dan penuh perasaan.
Ads
Rata-rata memuji bakat semula jadi Baim serta hubungan rapat antara ibu dan anak yang jelas terpancar menerusi babak tersebut. Tidak kurang juga yang menyuarakan rasa rindu melihat Baim yang kecil dan comel, berbanding kini yang sudah membesar menjadi kanak-kanak berpersonaliti ceria.
Bagi yang berkelayakan, jangan terlepas peluang untuk mendapatkan Bantuan Tambahan SARA 2025.
Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), seramai 5.4 Juta individu disahkan layak menerima bantuan tambahan dan boleh buat semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025 melalui pengkreditan secara bulanan ke MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ramai juga yang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk menyemak status SARA 2025 ini? Ikuti langkah ini untuk membuat semakan.
Status bantuan boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
-Portal Rasmi MyKasih; atau -Portal Rasmi MySTR
* Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
“Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi…”- Ibu Koperal Akmal. “Selepas ini tiada lagi suara Abang Long yang selalu bertanya khabar umi dan ayah… mak cik akan rindu sangat suara dan kenangan bersamanya.”
“Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat ‘Video Call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi…”- Ibu Koperal Akmal
Demikian luahan sayu Ruzita Razali, 59, ibu kepada Koperal Muhamad Akmal Muhamad, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragik di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik berdekatan Sungai Lampam, Teluk Intan pada pagi Selasa lalu.
Menurut Ruzita, anak sulungnya itu sangat rapat dengan keluarga dan kerap melakukan panggilan video untuk berkongsi perkembangan harian, terutamanya berkaitan penugasannya sebagai anggota polis.
Pasukan istiadat kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang kepada ayah Allahyarham, Muhamad sebagai simbol penghargaan atas pengorbanannya ketika berkhidmat dalam PDRM.
“Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’… pagi tanya umi buat apa, petang pula mesti cari ayah. Tapi kini, suara itu dah tak akan kedengaran lagi,” ujarnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Mubarak Telok Pial, Kuala Kurau, pada Rabu.
Ruzita menambah, perbualan terakhir bersama anaknya berlaku pada petang Isnin, sehari sebelum kejadian. Ketika itu Allahyarham kelihatan ceria seperti biasa.
Menurutnya, sebelum menyertai pasukan polis, anaknya pernah bertugas di Jabatan Veterinar namun mengambil keputusan untuk menyertai PDRM kerana minat yang mendalam serta keinginan mengikuti jejak langkah bapanya.
“Mak cik berat hati juga masa tu, tapi dia kata itu cita-cita dia sejak kecil. Akhirnya mak cik izinkan. Dia memang suka aktiviti mencabar, dan bila balik kampung, mesti dia akan keluar berjoging setiap pagi selepas solat Subuh,” cerita Ruzita.
Mengenang perwatakan arwah, Ruzita menyifatkan anaknya sebagai seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Kali terakhir mereka bertemu ialah semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, dan ketika itu arwah sudah pun merancang untuk pulang semula menyambut Aidiladha bersama keluarga.
“Dia ada tanya mak cik, tahun ni buat korban tak? Katanya dia nak balik, sebab sebelum ini tak pernah cuti masa Raya Haji. Dia rindu nak jumpa adik-adik,” katanya sebak.
Tambahnya lagi, walaupun kepergian anaknya begitu menyayat hati, beliau reda kerana faham dengan tuntutan tugas sebagai seorang anggota polis.
Kira-kira 100 orang hadir solat jenazah allahyarham yang diadakan di Masjid Ar-Mubarak, Kampung Telok Pial, Kuala Kurau pada Rabu.
Sementara itu, adik kepada arwah, Muhammad Hafizuddin Muhamad, 32, memberitahu bahawa beberapa hari sebelum kejadian, dia menyedari perubahan sikap abang sulungnya itu.
“Kebiasaannya dia kongsi gambar larian pagi di WhatsApp, tapi dua tiga hari ni dia mula kongsi gambar keluarga… macam dia rindu sangat, itu yang saya rasa pelik,” katanya.
Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah disemadikan dengan penuh istiadat polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Mubarak, Kampung Telok Pial. Jenazah tiba di rumah mertuanya sekitar jam 6.15 pagi dan dikebumikan sejam kemudian, diiringi kira-kira 100 hadirin termasuk ahli keluarga serta penduduk kampung.
Sebelum itu, solat jenazah dilangsungkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, sebelum dibawa ke Markas FRU Unit 5, Sungai Senam, untuk penghormatan terakhir sebagai anggota pasukan keselamatan.
Suasana di tanah perkuburan bertukar hiba apabila sanak saudara tidak dapat menahan kesedihan saat jenazah dikebumikan. Jalur Gemilang kemudiannya diserahkan oleh pasukan istiadat kepada bapa Allahyarham, Muhamad Razali, 63, sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat bakti anaknya kepada negara.
Koperal Muhamad Akmal merupakan antara sembilan anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan membabitkan trak pasukan dengan sebuah lori membawa batu kerikil sekitar jam 8.30 pagi Selasa lalu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak — seorang lelaki berusia enam tahun dan seorang perempuan berumur dua tahun.
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal. Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah-masalah yang melanda. Pun begitu, sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga kekal harmoni.
Sebagai manusia biasa, mungkin ada perbuatan atau perkataan yang keluar dari mulut kita, mengguris perasaan orang tersayang.
Untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan, ada dua elemen penting yang harus dibuat bersama. Pertama, solat berjemaah. Kedua, saling bermaafan. Sebaiknya, tidurlah dalam keadaan anda dan pasangan saling menyayangi dan tidak bergaduh. Mengapa solat berjemaah itu penting?
Saat usai solat, isteri akan bersalam dengan suami dan mencium tangannya. Itu adalah satu simbol bagi mengingatkan si isteri bahawa suami adalah ketua dan perlu dihormati.
Sebelum tidur, bermaafan sesama sendiri. Dengan cara ini, Allah SWT akan memberi ketenangan kepada kita sekaligus melindungi rumah tangga dari sebarang anasir jahat.
Mengapa Penting Saling Bermaafan?
1. Setiap hari kita akan sedar kesilapan yang kita lakukan. Mungkin salah itu tidaklah besar dan kita pun tak sedar telah berbuat silap. Jadi dengan tabiat bermaafan sebelum tidur, pasangan akan reda dan kita tiada lagi ‘hutang’ maaf terhadap si dia.
2. Apabila saling bermaafan, kita akan sedar yang pasangan selalu peka dengan perlakuan atau perkataan yang dibuat. Jadi tidaklah kita mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan kerana sudah tahu, pasangan kita tidak suka dengannya.
3. Hati lebih tenang jika kita tidur dalam keadaan sudah mohon maaf dan juga memaafkan orang lain. Ia adalah sifat yang mulia dan sangat diredai oleh Allah SWT. Tidur dalam dendam akan membuatkan kita menjadi manusia yang negatif.
Sekiranya anda sedang bertelagah dengan pasangan. Dalam hati terasa amarah yang teruk, jangan lupa untuk terus beristighfar dan bolehlah baca doa ini.
Sebenarnya, kepentingan bermaafan ini sangat banyak. Kesimpulannya, katakan jika pasangan kita ‘pergi’ ketika dalam tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita sudah pun bermaafan dengan satu sama lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.