Baked Carbonara Cheese Meatball, Paling Senang Nak Buat, Sedap!

Share

Ada waktunya, anak-anak kita pun mula bosan untuk makan nasi. Sesekali kita ubah selera dengan pilihan barat namun bukan aneka pasta tetapi sediakan menu simple, Baked Carbonara Cheese Meatball untuk anak. Anak pasti makan berebut-rebut.

Resipi yang dikongsikan oleh Farhana Azwa Nadzri ini cukup mudah hendak disediakan. Hanya tumiskan sekejap dan kemudiannya dibakar hingga masak. Keju meleleh pasti buat anak tak senang duduk menunggu juadah siap. Jom cuba!


Baked Carbonara Cheese Meatball untuk potluck. Memandangkan ada yang suruh share resepi kita share kat sini la.

Bahan-bahan untuk Baked Carbonara Cheese Meatball. Cendawan butang dalam tin dengan kiub pati ayam tak dak dalam gambaq.

Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan meatball, cendawan butang, brokolli (lagi sedap pakai capsicum tapi tak dak), goreng sampai meatball garing.

Masukkan dalam tray. Untuk sos dia masukkan sos carbonara prego 1 tin, susu kotak 1 cawan, kiub pati ayam setengah ketui & lada hitam. Masak sampai mendidih.

Tuang sos atas meatball tadi.

Susun cheese atas dia. Lagi sedap pakai mozarella tapi stok tak dak guna cheddar cheese ja.

Bakar dalam oven selama 20 minit suhu 170 darjah celcius. Wallah.

Published by
Siti Ramlah Mahmud