Rezeki setiap orang tak sama. Jika dapat hidup senang, alhamdulillah. Jika cara hidup keluarga kita bersederhana tetap kena bersyukur. Asalkan seisi keluarga bahagia dan segala keperluan cukup.
Anak-anak bahagia, sihat sempurna pun dah satu nikmat yang tiada tandingannya. Jangan sesekali nak bandingkan hidup kita dengan orang lain. Bila hati kita dapat terima semua ini, pastinya kebahagiaan itu milik bersama.
Seperti perkongsian Puan Norziela Ziela dalam group Kami Suri Rumah, caranya menabung duit yang ada cukup memberi inspirasi kepada orang lain. Walaupun tiada pendapatan sendiri, namun sikap berdisiplin menabung akhirnya membuahkan hasil yang tidak disangka.
Lebihan duit, simpan konsisten
Hasil tabungan hampir setahun. Ni jelah cara saya menyimpan duit selain di bank. Memang agak lama menyimpan. Saya juga dah ajar anak-anak dari kecil supaya menabung.
Anak-anak saya semua suka menabung. Ni semua saya dapat dari baki ke pasar, duit beli barang dapur dan paling saya suka kalau terjumpa duit di mesin basuh.
Asingkan duit dalam tabung
Cara saya senang je. Kalau duit syiling masuk je dalam 1 tabung. Contohnya:
RM1 satu tabung
RM5+10+20+50 satu tabung (50 tu selalu suami bagi buat belanja tapi saya simpan)
Total hampir RM1000 lebih. Syiling saya tak kira lagi. Tengah termenung nak kira.
P/S: Saya hanya suri rumah tak ada bisnes apa-apa. Sumber kewangan saya memang dari suami saya 100%.
Kredit: Norziela Ziela
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)