Sebut sahaja Eco-Shop, terbayang deretan barangannya yang murah dan mampu milik dan menepati pilihan mak-mak untuk mengisi kelengkapan seisi rumah. Syurga bagi wanita.
Menepati pilihan mak-mak, Eco-Shop tampil memperkenalkan duta produknya, Baki Zainal yang cukup mesra menyantuni pelbagai golongan malah sentiasa dekat dengan alam.
Baki Zainal yang bernaung di bawah Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau dipilih sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Baki yang sentiasa komited dengan amanah dan tanggungjawabnya ini juga rupanya cukup komited dan bersemangat dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan.
Ia selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari, untuk sentiasa dekat dan melengkapi kehendak pengguna.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” katanya berkongsi.
Sebagai langkah pertama, Baki Zainal bersama Eco-Shop akan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini bukan hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Semoga Eco-Shop terus maju jaya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI