Selalu hidangan nasi pun, kadang naik jemu sampai tak tahu nak masak lauk apa. Kali ni cuba buat bakso style mudah. Rasanya yang kaw dengan manis air daging dan bebola memang tak cukup semangkuk.

Bukan ibu bapa je yang suka, anak-anak pun layan. Beli mungkin tak cukup. Jadi bila buat sendiri nak makan banyak pun tak kisah. Nak tahu apa resipi dan cara membuatnya perkongsian dari Salwa Wawa C-rain ini boleh dicuba.

Resipi Bakso 

(Kuah bakso)

Bahan A:
Bwg putih = 2 labu
Bawang besar = 5 biji
Lada hitam(biji)= 2 paket kecil
Halia sekerat jari / 2 cm

Tumbuk@blend halus bahan A.

Bahan B:
-Daging 1kg (rebus hingga empuk)
-Bebola bakso 1 paket

Cara-caranya:

IKLAN

1) masukkan bahan A dalam periuk.

2) masukkan air (saya letak 3 jug blender)

3) masuk bahan B (termasuk air rebusan daging)

4) Garam secukup rasa.
**Bebola bakso tu, just nak bagi rebus seketika saja. Dah lembut, angkat bebola bakso (jangan biar dalam periuk bersama kuah terlalu lama SEBAB nanti hilang sedap bebola tu)

P/S: kalau rasa kurang garam, tambah-tambah la ye.

Cabai bakso

(Blend kesemua ini)
1) 10 biji cabai burung
2) 10 biji cabai kering
3) 2 biji cabai merah
4) 3 sudu cuka makan
5) sedikit garam
6) 5-6 ulas bawang putih
7) sedikit air

  • Kuah bakso, tidak perlu dimasak sesedap rasa SEBAB nanti kita kena makan bersama Cabai + Kicap + Sos cili.
    (Campur perasa-perasa ini waktu nak makan)
  • Hidangan bakso, paling penting kena pndai main 3 bahan ni masa nak makan (kicap, sos & cabai) JANGAN TERlebih & JANGAN TERkurang. Kena pandai alter

Saya guna Kicap Pekat Mudim, sos cili kimball. Silakan share. Saya halalkan

INGAT yaa.. BAHAN A tuu TAK PERLU TUMIS

Kredit: Salwa Wawa C-rain

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)