Luluh hati seorang lelaki apabila kepulangannya dari tempat kerja disambut dengan keadaan isteri yang kaku tidak bernyawa manakala bayinya menangis kelaparan di sisi jasad wanita itu.
Lelaki itu, Exly Jailon berkata, dia terkilan isterinya meninggal dunia ketika dia tiada di sisi wanita itu kerana tuntutan tugas.
“Daddy (panggilan Exly dengan isterinya) tidak tahu dari jam berapa lagi sayang (isterinya) sudah kehilangan nyawa …baby (bayi) kita meraung menangis kelaparan.
“Andaikan saja masa itu baby pun ada apa-apa (perkara tak diingini berlaku) masih mampukah daddy teruskan hidup,” katanya yang meluahkan perkara itu di Facebook
Dakwa Exly, dia terpaksa keluar bekerja selepas majikannya hanya memberikan pelepasan dua hari cuti paterniti pada 5 dan 6 Mei untuk menjaga isterinya dalam pantang.
“(Dapat) Paternity leave (untuk) mendiang isteri beranak dua hari saja.
“Saya pergi klinik (8 Mei) pun terpaksa ambil cuti tahunan untuk membawa isteri saya dan kemudian 9 Mei saya kehilangan dia.
Ads
“Kamu boleh bayangkan, balik-balik dari kerja wife (isteri) sudah tidak bernyawa, anak yang baru lahir dalam usia empat hari menangis tidak dapat menyusu di samping ibu dia yang sudah baring keras tidak bernyawa,” katanya.
Exly turut menggunakan platform itu untuk meluahkan rasa terkilan terhadap majikannya yang seolah-olah tidak memahami serta mengabaikan kebajikan pekerja.
“Masa wife (isteri) saya beranak kamu suruh juga datang kerja.. bila wife saya meninggal baru kamu senang-senang cakap kami turut bersedih dengan pemergian isteri kamu.
“Cakap saja bagi cuti tanpa gaji saya boleh terima, saya ini terpaksa kerja. Gara-gara komitmen kerja, saya balik wife sudah tak bernyawa.
Ads
“Bagus saya cuti tanpa gaji sajalah jaga mendiang wife saya dulu. Orang cuti berkabung pun kena ‘non pay leave’ (cuti tanpa gaji). Terbaik,” katanya menyindir majikannya itu.
Menerusi perkongsian sama, Exly mendakwa dia mengalami ‘anxiety’ (keresahan) kerana masih tertekan dan bersedih dengan apa yang menimpa kepada keluarganya.
“Orang tak akan faham keadaan daddy macam mana bila datang ‘anxiety’, trauma dan tekanan dengan perasaan memberontak.
“Daddy hanya meluahkan agar segala terpendam dalam hati terlepas tetapi tak akan cukup selagi daddy dalam keadaan trauma sangat mendalam.
Ads
“Memang semangat dan fikiran saya sekarang tengah kosong dan trauma saja tetapi terubat bila bersama anak yang jadi pendorong dan pembangkit semangat saya.
“Family (keluarga) semua pun suruh berehat di kampung ambil masa untuk tenangkan hati dan fikiran, terima kasih kepada kamu dan sahabat yang sudah anggap saya sebagai keluarga mereka yang sentiasa datang memberi semangat agar saya tidak berseorangan hadap semua ini,” katanya yang menetap di Kota Marudu, Kudat Sabah.
Kredit: Exly
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Muntah & cirit-birit tanpa henti, nurse cucuk ambil darah & masukkan air pun tak sedar. Rupa-rupanya Heidy, anak Haziq Hussni dijangkiti rotavirus.
Kanak-kanak yang mengalami rotavirus selalunya cirit birit, muntah-muntah dan demam suhu tinggi. Haziq melalui Instagram & Instastory berkongsi mengenai keadaan anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 2 tahun yang mengalami cirit-birit dan muntah berterusan sehingga lemah. Heidy terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ambil darah pun tertidur
Isteri Haziq, Ayunda Putri memberitahu yang Heidy mungkin “kering teruk” (mengalami dehidrasi) kerana muntah & cirit-birit berterusan.
Deejay radio & hos TV ini mengakui dia cukup fobia apabila anak sakit kerana dahulu anak keduanya Chayra pernah mengalami batuk kokol (batuk 100 hari).
Si kecil Heidy alami cirit birit & muntah kerap hingga menyebabkan dia sangat lemah. Setiap kali makan akan buang air besar & setiap kali minum akan muntah. Tindakan membawa Heidy ke hospital tepat kerana doktor mengatakan tubuh Heidy sememangnya sudah kering.
Manakala isteri Haziq, Putri turut berkongsi tentang keadaan Heidy yang telah berada di hospital selama 6 hari 5 malam (ketika itu). Menerusi Instastory, Putri berkongsi info tentang rotavirus.
Sekarang tengah musim Rotavirus, mommy daddy hati-hati.
Putri juga berkongsi info mengenai bahaya rotavirus. Ia sangat mudah berjangkit. Anak berusia 1 tahun ke bawah boleh mendapatkan vaksin rotavirus sebagai vaksin tambahan.
Putri sebagai ibu berasa terkilan kerana terlepas memberikan vaksin tambahan itu kepada Heidy kerana ketika itu Heidy sudah pun berusia lebih satu tahun.
Biarpun isterinya Asmani Mat, 31, dituduh kelar anak bongsu mereka sehingga mati tetapi, Muhammad Rizal Jusoh tetap memberi kata-kata semangat dan menenangkan isterinya
ketika dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh.
Asmani Mat, 31 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Temerloh atas tuduhan membunuh anak bongsunya, Muhammad Nur Rashdan di sebuah rumah di FELDA Jengka 13, Maran Ahad lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabtikan kesalahan.
Muhammad Rizal yang hadir bersama beberapa ahli keluarganya sempat berjumpa dengan isterinya dan menenangkannya sebelum prosiding bermula.
Foto kredit: Kosmo
Asmani yang berbaju lokap dan bertudung jingga kelihatan tenang serta mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa kepadanya di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tingi, Ti Pei Si.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bharu untuk pemeriksaan
psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
Siti Hajar berkata, Asmani menunjukkan simptom masalah psikiatri serta tidak fokus sejak dibawa menjalani prosiding pertuduhan.
Pihak pendakwaan syak tertuduh mengalami masalah mental dan perlu melalui pemeriksaan.
Seorang wanita hamil terpaksa berjalan kaki selama 40 minit menyeberangi Tambak Johor dari Singapura ditemani anak berusia dua tahun selepas pas lawatan anaknya tidak dilanjutkan.
Jessie berkongsi kisah itu di Facebook miliknya dan dimuat naik portal World of Buzz sebelum tular di laman sosial.
Katanya, perjalanan mengambil masa 6 jam dari Singapura ke Kastam Johor, Imigresen dan Kompleks Kuarantin termasuk 40 minit berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor.
Menurutnya, dia telah membuat permohonan permit kemasukan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada 23 April dan menerima respon pada 25 April.
Beliau yang juga guru pendidikan awal kanak-kanak menjelaskan bas Malaysia yang diatur untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Singapura akan tiba pada 2 Mei.
Justeru, beliau terpaksa pulang ke Johor dan berasa sedih melihat anaknya perlu berjalan kaki.
“Saya mulakan perjalanan dari Singapura sekitar jam 8 pagi. Disebabkan hamil, saya terpaksa melihat anak berjalan jauh.
“Sebaik tiba, kami jalani pemeriksaan kesihatan oleh petugas perubatan dan dibawa ke sebuah hotel di Johor untuk jalani kuarantin.” katanya suami bekerja dan tidak dapat menemaninya.
Didie Alias datang lawat Amyza Aznan, beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.