Agak ramai juga yang suka menangguh untuk membina perhubungan rapat dengan anak-anak terutama ketika mendidik.

Semasa anak-anak kecil, mereka tidak mengambil berat untuk melakukan aktiviti yang boleh membina pertalian tersebut.

Biasanya ibu bapa akan menggunakan kesibukan kerja sebagai alasan.

Berikut perkongsian dari Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose

Mengapa Ibu mengatakan ianya ‘alasan’ kerana sebenar sesibuk mana pun seorang ibu atau ayah itu, jika di hatinya hadir anak-anaknya, anak-anak itu akan merasa kasih sayangnya.

Balik Kerja Penat-Penat, Curilah Masa Untuk Anak. Tak Dapat Lama Sekejap Pun Jadilah

IKLAN

Malah, dia juga dapat mencari dan mewujudkan masa untuk bersama anak-anak, mungkin tidak selalu seperti orang lain, namun bila dia boleh, hatinya hadir bersama badannya semasa melayan anak-anaknya itu.

Terdapat juga yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham bahawa perhubungan yang rapat dan sihat sedari anak itu kecil akan memudahkan perhubungan mereka bila anak itu remaja nanti.

Agak ramai juga yang hairan mengapa anak-anak tidak bersama ibu bapa bila mereka sudah remaja.

Apa yang mereka ini terlepas pandang ialah semasa anak-anak mereka kecil dan dahagakan perhatian positif dari mereka, mereka abaikan, walaupun telah dinasihatkan berkali-kali.

IKLAN

Sekarang siapa yang rugi? Jawapannya bukan sahaja diri sendiri.

Jawapannya ialah seluruh dunia. Kenapa?

Kerana seorang yang kurang menjalinkan perhubungan sihat dan positif dengan kedua-dua ibu bapanya akan payah untuk menjangkau kejayaan yang diluar batasan. Maka dunia tidak dapat merasakan keajaiban dirinya.

IKLAN

Jika anda memegang anak kecil anda di dalam tangan anda sekarang…lihatlah anak itu dan ingatlah dia telah dianugerahkan kepada anda. Jangan sia-siakan dia.

Sumber: Ibu Rose

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI