Gajet boleh jadi salah satu punca yang merenggangkan hubungan dalam keluarga. Baik antara suami isteri atau anak ia cukup memberi impak jika tak ditangani sebaik mungkin. Namun bila sebut gajet, semua akan cakap ia antara barang terpenting mesti ada dan seolah-olah wajib.

Melalui apa yang dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal melalui perkongsian beliau dalam rancangan Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga, pasangan harus tahu gajet ibarat pisau yang boleh ‘menikam diri’ jika tersalah guna.

Mungkin saya masih baru dalam alam perkahwinan. Maklumlah saya kahwin 8 tahun, anak sulung baru 6 tahun, nak cakap tajuk ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya ada sepanjang 8 tahun ini.

Gajet ini ibarat pisau kalau guna dengan betul banyak manfaat. Seperti boleh potong sayur, daging, buat ukiran buah dan sebagainya.Cumanya jika pisau yang sama kita salah guna boleh jadi kes-kes seperti pembunuhan, tikam, budak bunuh ibu dan sebagainya.

Sama juga seperti gajet, ada orang mahir guna gajet boleh jana pendapatan, ada yang amatur sekadar guna tanpa mudarat pada diri dia mahupun orang lain atau ada juga yang salah guna kemahiran dengan benda salah seperti keyboard warrior dan sebagainya. Semuanya terpulang pada diri sendiri bagaimana menggunakan gajet tersebut.

Balik Rumah Anak No 1. Panjat Badan, Ajak Main Layanlah. HP Letak Tepi Dulu!

Diri sendiri yang kena kawal

Kita yang buat ‘dia’, jangan sampai ‘dia’ kawal kita.  Kuncinya tarbiah yang mana kena pandai jaga hati. Memang sekarang zaman gajet, ia menyebabkan berlaku jurang dalam keluarga. Melalui tarbiah, ayah kena pegang peranan sebagai ketua keluarga, begitu juga peranan ibu.

Mesti saling mengingati tanggungjawab antara satu sama lain. Contoh paling mudah adalah tanggungjawab kepada anak-anak. Jangan abaikan tanggungjawab tu.

Rumah ibarat istana kita dan semua tempat ada undang-undang. Buatkan undang-undang dalam keluarga. Saya sendiri walau tak kuatkuasa dalam rumah tetapi balik rumah saya akan letak ke tepi handphone dan fokus pada anak-anak. Duduk dan bercerita dengan anak-anak. Itu pun saya rasa tak cukup masa.

IKLAN

Anak akan ikut tabiat ibu ayah

Perlu ingat apabila ibu ayah sibuk dengan gajet, secara tak langsung anak-anak pun akan terikut. Malah ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan gajet untuk mengawal anak-anak.

Sebagai contoh, ada sesetengah ibu bapa akan memberikan gajet pada anak-anak ketika keluar makan bersama. Sepatutnya ibu bapa yang sama-sama mengajak anak-anak untuk memilih menu bersama, kan lebih mesra. Tapi ini tak berlaku pun.

Balik Rumah Anak No 1. Panjat Badan, Ajak Main Layanlah. HP Letak Tepi Dulu!

Rumah bising, bersepah itulah baru keluarga

Dalam rumah tangga ada undang-undang dan ada asam garam. Bab anak menangis, riuh, air tumpah, cawan jatuh, dan sebagainya barulah itu keluarga. Namun hari ini kota tak nampak pun nilai tersebut. Semua orang potray dalam facebook, instagram keluarga bahagia semua pakai sedondon, makan dan suap sama-sama. Itu bukan, itu lakonan semata-mata.

IKLAN

Dalam keluarga suami, isteri dan anak-anak ada karekter masing-masing. Jangan malu dengan keluarga sendiri. Kalau anak bising di kedai tak payah malu, nasihatkan supaya jangan buat bising. Kita kena sayang keluarga kita.

Tambah Ustaz Don, tak salah jika nak bagi gajet pada anak-anak tapi biar ada masanya. Jika beri cukup masa, tarik semula supaya anak tak leka.

Jujurnya saya sendiri tidak menghadkan penggunaan gajet pada anak-anak. Kita kena membiasakan generasi hari ini dengan eranya tetapi tak bermakna memperhambakannya. Kena ada sistem yang mana volume mesti kena kuat. Apa yang mereka lihat kita tahu dan di depan mata.

Balik Rumah Anak No 1. Panjat Badan, Ajak Main Layanlah. HP Letak Tepi Dulu!

Bapa mesti jadi contoh

IKLAN

Jadi undang-undang kena ada kerana ini salah satu yang saya suka fokus. Bapa kena berkuasa dalam rumah, jangan sampai anak-anak kunci pintu dalam rumah kita sendiri. Kita tak mahu ibu dan ayah jadi hamba dalam rumah sendiri.

Bapa kena beri contoh terbaik baru anak-anak ikut. Dengan kata lain, nak bagi gajet pada anak-anak boleh tetapi kena ada undang-undang. Anak-anak tahu apa yang saya suka dan tidak, mereka juga boleh bergurau, naik atas badan saya tak ada masalah. Tetapi bila sampai part saya tegur, contohnya main game dan sebagainya mereka dengar.

Balik Rumah Anak No 1. Panjat Badan, Ajak Main Layanlah. HP Letak Tepi Dulu!

Tegas, sayang mesti seimbang

Tegas ketika mendidik itu petua dan cara saya praktikkan sejak dulu lagi. Awalnya marah tetapi lepas tu kendurkan suara. Didik minda dan hormatkan anak-anak, itu cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita kan.

Sebagai seorang suami, ayah dan pemilik masyarakat tidak dinafikan ada benda yang disukai tetapi akan mengutamakan keluarga terlebih dahulu baru kehendak diri.

Kamu jaga Allah maka Allah akan jaga kamu. Jaga tanggungjawab kamu kerana Allah maka Dia akan tolong kita. Misalnya di waktu kita solat, suap anak dan sebagainya semua itu adalah masa. Yakinlah bila kita buat kerana Allah, insya-Allah Dia akan memudahkan anda.

Nak tahu lanjut perkongsian Ustaz Don, boleh tonton video ini.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI