Lebih selesa mengambil pendekatan low profile melayari kehidupan berumahtangga, Dato’ Jovian Mandagie dan isteri, Datin Nina Ismail Sabri kini nampaknya lebih bahagia. Kehidupan pasangan ini juga telah lengkap apabila dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang akan menginjak usia 3 tahun pada November depan.

Balik Rumah Layan Anak Dulu. Jovian Akui Harta Boleh Cari, Anak Membesar Hanya Sekali

Walaupun tidak banyak yang dikongsikan Jovian mengenai perkembangan keluarganya pada pihak media, namun menerusi instagram beliau dan isteri, mereka sentiasa memuat naik momen bertiga sama ada pergi bercuti atau melakukan aktiviti santai.

Ternyata nampak Jovian begitu rapat dengan anak perempuannya dan rajin melayan karenah Jeanelle.

Malah banyak juga kajian menjelaskan anak yang manja dengan bapa, apabila besar akan jadi lebih bijak. Tambah pula, bila anak perempuan rapat dengan si ayah, mereka akan jadikan bapa sebagai idola dan cinta hati pertama mereka dalam hidup.

Akan pastikan dinner bersama keluarga

Bercerita mengenai pengalamannya bergelar seorang bapa dan dalam masa sama pereka fesyen terkenal, Jovian akui masanya begitu padat. Namun itu bukan alasan melepaskan momen untuk melihat anak membesar di depan matanya dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Setiap hari rutin saya memang sibuk bermula jam tujuh pagi hingga lapan malam. Namun saya akan pastikan dapat dinner bersama keluarga sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.

Ads

Balik Rumah Layan Anak Dulu. Jovian Akui Harta Boleh Cari, Anak Membesar Hanya Sekali

“Pernah saya tundakan meeting lepas dinner demi memastikan masa ada untuk keluarga,” kongsinya.

Suka bacakan Bed Time Story

Menurut Jovian lagi, masa anak kecil hanya sekali saja. Terlepas masa ni sangat rugi kerana masa tak dapat diputar kembali. Disebabkan itulah, Jovian seboleh-bolehnya akan pastikan ada ruang untuk bacakan bed time story untuk Jeanelle.

Balik Rumah Layan Anak Dulu. Jovian Akui Harta Boleh Cari, Anak Membesar Hanya Sekali

Ads

“Sebelum tidur saya akan bacakan ‘bed time story’. Walaupun sekejap dah cukup berharga buat kami. Dulu Jeanelle suka kisah binatang sehingga menyukai ‘octopus’ dan ‘lion’. Sekarang lain pula apabila dia suka kisah ‘princess dan ‘fary tale’.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Jeanelle tidur di bilik sendiri sejak bayi lagi. Ini memudahkan untuk anak kami biasakan diri sejak kecil. Saya dan isteri selalu ‘travel’. Jadi cara ini dapat mendidik Jeanelle lebih berdikari jika nanti kami berdua tiada di rumah,” katanya.

Balik Rumah Layan Anak Dulu. Jovian Akui Harta Boleh Cari, Anak Membesar Hanya Sekali

Ads

Mula Ke Tadika Sejak Usia 1 Tahun 3 Bulan

Mengulas mengenai perkembangan Jeanelle, Jovian memberitahu anak perempuannya itu sudah ke tadika, Peterana Kindergarten milik isteri saya sejak berusia 1 tahun 3 bulan.

“Memang dia suka ke tadika kerana di sana ramai kawan-kawan. Dia boleh bersosial dan berkawan. Mungkin orang kata masih terlalu awal tetapi bagi saya dan isteri bagus untuk perkembangan sosialnya ,” ujarnya.

Sumber: Keluarga

**Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam.

Balik Rumah Layan Anak Dulu. Jovian Akui Harta Boleh Cari, Anak Membesar Hanya Sekali

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI