
Setelah melalui pelbagai cabaran hidup sebagai ibu tunggal, Siti Norhidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, kini dilihat memulakan lembaran baru dalam kehidupannya.
Terkini, Hidayah dikhabarkan sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki bernama Amsyar Salim, sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Memetik laporan Harian Metro, Siti Norhidayah atau Hidayah ketika dihubungi , mereka juga masih dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi lagi.

“Saya dan si dia dalam fasa perkenalan lagi ketika ini. Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada 2027 kami akan berkahwin,” katanya.
Demi Anak
Meskipun hatinya perlahan-lahan terbuka untuk cinta yang baru, Hidayah tetap mengutamakan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang kini berusia empat tahun.
Sejak pemergian suami Abam, Hidayah telah mengambil langkah berani untuk mengubah kehidupannya dengan menceburi dunia perniagaan, khususnya dalam bidang produk kecantikan, demi masa depan yang lebih cerah untuk dirinya dan anaknya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih 6,000 Murid Dijangkiti Influenza: KPM Sahkan Beberapa Sekolah Ditutup Sementara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan bahawa lebih 6,000 murid di seluruh negara dijangkiti influenza, dengan beberapa sekolah terpaksa ditutup sementara atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, wabak ini tidak tertumpu di satu kawasan sahaja tetapi melibatkan sekolah-sekolah berbeza di beberapa negeri. Langkah segera telah diambil termasuk pengedaran garis panduan pengurusan penyakit berjangkit kepada semua sekolah, kolej dan institusi pendidikan di bawah KPM.
“Sekolah digalakkan menggalakkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan aktiviti berkumpulan buat sementara waktu,” ujar beliau.

Beliau menambah, sekiranya berlaku peningkatan kes di mana-mana sekolah, pihak sekolah perlu segera merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan lanjut. Katanya lagi, sebarang keputusan menutup sekolah akan dibuat berdasarkan nasihat rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KPM & KKM Sentiasa Pantau Situasi Influenza
Lapor Sinar Harian lagi, KPM menegaskan bahawa keselamatan dan kesejahteraan murid adalah keutamaan utama, dan kementerian tidak akan berkompromi dalam hal melibatkan kesihatan pelajar. Semua pihak sekolah diminta lebih peka terhadap simptom influenza dalam kalangan murid dan guru seperti:
- Demam tinggi dan batuk berterusan
- Sakit tekak dan hidung tersumbat
- Lemah badan dan muntah
- Tidak bermaya serta hilang selera makan
Sekiranya ada murid yang menunjukkan simptom ini, mereka digalakkan berehat di rumah atau mendapatkan rawatan segera. Tidak semua kes memerlukan penutupan sekolah, namun pemantauan berterusan amat penting bagi mengelakkan jangkitan meluas.
KPM Sedia Hadapi Peperiksaan SPM
Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal bermula 3 November ini, KPM memberi jaminan sudah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Malah, SOP khas telah disediakan bagi membolehkan calon yang sakit menduduki peperiksaan di hospital atau lokasi alternatif dengan pemantauan rasmi.
“Kami sudah ada pengalaman semasa pandemik Covid-19. Jadi kami tahu bagaimana menyesuaikan pelaksanaan peperiksaan jika keadaan memerlukan,” jelas Dr. Mohd Azam.
Ibu Bapa Diingatkan Jangan Ambil Mudah
Musim sekarang bukan masa untuk leka. Influenza bukan sekadar demam biasa — ia boleh menyebabkan komplikasi serius kepada anak kecil. Pastikan anak-anak sentiasa dijaga rapi dengan langkah berikut:
- Sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam.
- Kerap membasuh tangan dengan sabun.
- Berehat secukupnya jika tidak sihat.
- Segera dibawa ke klinik jika demam berlarutan.
Dengan kerjasama semua pihak — ibu bapa, guru dan masyarakat — kita mampu membendung penularan wabak influenza ini demi keselamatan anak-anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raja Farah Kongsi Nama Anak Keempat, “Doakan Jadi Anak Solehah”

Pelakon, Raja Farah yang telah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 9 Jun lalu berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Raja Farah yang seorang cahaya mata perempuan sepakat memilih nama indah, Ilana buat kesayangannya itu.
“InsyaAllah, kami menamakan zuriat ke 4 kami ini ILANA BINTI ISKANDAR,” tulisnya ringkas.

Tambah Raja Farah lagi, dia juga mengharapkan perjalanan anak kecilnya itu dipermudahkan Allah malah menjadi anak yang solehah kelak.

“Doa kan Ilana menjadi anak yang solehah dan segala doa yang baik-baik untuk Ilana insyaAllah Aminnn Ya Rab. Terima kasih semua,” tulisnya di kapsyen.
Raja Farah turut memuat naik keempat-empat anaknya bersama adik baru. Semuanya comel-comel belaka.

Untuk rekod, Raja Farah dan suami yang merupakan ahli perniagaan, Iskandar Ismail mendirikan rumah tangga pada 6 September 2015.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Imran Iskandar, Ilham Iskandar dan Intan Iskandar.
Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tenang, Lembut Je. Tak Kekok Handle Anak, Cara Faizal Tahir Jadi Inspirasi!

Bila tengok di TV, perwatakan Faizal Tahir nampak serius. Kalau jadi juri di mana-mana pertandingan nyanyian pun, penyanyi ini sangat tegas dalam menegur kesilapan yang dilakukan para peserta.
Artikel Menarik: [Doktor Share Cara Jerlum Kepala Anak Bila Demam, Tak Perlu Tuala Basah!

Namun lain pula bila lihat figura ini ketika bersama anak-anaknya. Di laman Instagram, Faizal telah memuatnaik sebuah video ketika beliau menguruskan anak-anak untuk ke sekolah.
Artikel Menarik: [“Maafkan Ibu.” Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi, Muka Merah & Mulut Berbuih]
Terserlah sungguh kelembutan beliau sebagai seorang ayah. Video ketika dia dan anak-anak di dalam kereta dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum berlalu pergi, sempat Faizal meninggalkan pesanan kepada anak lelakinya, Mikaeel, untuk minum air masak banyak-banyak. Anaknya itu juga tak ke sekolah seperti yang lain kerana kurang sihat.

Yang menariknya bila lihat cara Faizal bercakap dengan anak-anaknya. Sangat lembut dan menenangkan. Waktu nak hantar anak ke sekolah pun beliau sempat minta maaf kerana terlewat sikit.
“So you’re a bit late for school today okay. Lambat. So what do yu say when you see the teacher? Say sorry teacher. Blame it on my daddy!”.
Jom tengok video Faizal & anak-anak;
“Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah 😌
Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ☺️
Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah 😅”
Sempat juga beliau menegur anak-anak perempuannya kerana bergaduh sebelum ke sekolah. Faizal dengan tegas mengatakan yang dia tak suka cara anaknya bercakap dan minta supaya dia menjaga tingkah laku.
Video yang telah mendapat hampir 300 ribu tontonan itu juga turut dihujani dengan komen dari yang menonton;



Memang macam-macam hal waktu nak siapkan anak ke sekolah. Ada yang macam ni, ada yang macam tu. Gelagat tu lain-lain! Pun begitu, salute pada Faizal kerana dia boleh uruskan anak-anak dengan bertenang dan boleh tengok emosi mereka pun elok saja nak ke sekolah kan?
Sumber: Faizal Tahir
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


