
Setelah melalui pelbagai cabaran hidup sebagai ibu tunggal, Siti Norhidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, kini dilihat memulakan lembaran baru dalam kehidupannya.
Terkini, Hidayah dikhabarkan sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki bernama Amsyar Salim, sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Memetik laporan Harian Metro, Siti Norhidayah atau Hidayah ketika dihubungi , mereka juga masih dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi lagi.

“Saya dan si dia dalam fasa perkenalan lagi ketika ini. Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada 2027 kami akan berkahwin,” katanya.
Demi Anak
Meskipun hatinya perlahan-lahan terbuka untuk cinta yang baru, Hidayah tetap mengutamakan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang kini berusia empat tahun.
Sejak pemergian suami Abam, Hidayah telah mengambil langkah berani untuk mengubah kehidupannya dengan menceburi dunia perniagaan, khususnya dalam bidang produk kecantikan, demi masa depan yang lebih cerah untuk dirinya dan anaknya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Pergi Tadika Macam Masuk PLKN” Comelnya Lala Buat Hakka, Semangat Nak Ke Sekolah!

Si comel Lala atau Nur Khawla Soleha, anak kepada pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel sentiasa mencuit perhatian ramai.
Jika sebelum ini trending Khawla yang suka merajuk jika tidak dilayan oleh bapanya, kali ini Syamel memuat naik video Lala untuk ke sekolah pula.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Syamel, Khawla diminta bapanya untuk melakukan tepuk semangat atau hakka bagi memberikan motivasi anak kecil itu ke sekolah. Memang comel.
“Ritual sebelum school,” tulis Syamel ringkas menerusi kapsyennya.

Paling menarik pastinya kesungguhan Khawla yang mencuba dengan cukup bersemangat sudah semestinya menyorot perhatian wargamaya.
Khawla pula dilihat seakan sudah biasa dengan rutin itu setiap pagi ke sekolah. Tidak hairanlah Syamel turut dipuji wargamaya kerana menerapkan elemen positif setiap pagi.

Ada pula wargamaya yang berseloroh dengan mengatakan Khawla seperti mahu menyertai PLKN kerana kesungguhan aksinya yang cukup bertenaga. Terbaik Khawla.

@syamel_officialRitual sebelum school ✌🏻♬ original sound – Syamel
Terdahulu, Syamel dan Ernie Zakrie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertama mereka, Nur Khawla Soleha pada 22 Februari 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kapsyen Bella Astillah Penuh Makna, Ramai Doakan Hari Bahagia

Hari ini menjadi detik bersejarah buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Mahkamah Rayuan sebentar tadi melepaskan dan membebaskan beliau daripada sabitan bersalah dan hukuman berat penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dikenakan ke atasnya sebelum ini.
Keputusan ini bukan sahaja menandakan kemenangan dari segi undang-undang, tetapi juga mengakhiri lima tahun penuh tekanan, pertuduhan, dan ujian emosi buat beliau serta insan-insan terdekat yang tidak pernah berhenti menyokong dari belakang tabir.
Di media sosial, gelombang ucapan tahniah dan kata semangat membanjiri ruang maya. Salah satu perkongsian yang paling menarik perhatian daripada figura terkenal, pelakon dan penyanyi Bella Astillah individu yang sering dikaitkan dengan Syed Saddiq sejak kebelakangan ini.
Melalui Instagram, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memuat naik satu foto sahaja, namun disertai kapsyen yang begitu ringkas tapi cukup menyentuh hati.

“Alhamdulillah. Congrats YB @syedsaddiq ✨
A big day for a good man. Not all heroes wear capes, some wear suits and never give up.
Justice served.”
Walaupun kata-katanya ringkas tapi penuh makna , namun bagi yang mengikuti rapat perjalanan kedua-dua figura ini, ia cukup puitis . Seolah-olah, kapsyen itu bukan sekadar ucapan tahniah tetapi juga satu luahan bangga dan lega daripada seseorang yang menyaksikan sendiri jatuh bangun insan yang dia kenal rapat.
Tidak dapat dinafikan, nama Bella Astillah dan Syed Saddiq sejak kebelakangan ini sering disebut bersama. Mereka berdua dilihat akrab digambarkan sebagai kawan baik yang saling menyokong antara satu sama lain, dan sering kelihatan berdua di media sosial mahupun dalam acara-acara tertentu.
Setiap kali foto atau video mereka dimuat naik, pasti akan mencuri perhatian netizen. Gelagat mereka baik ketika serius mahupun bersahaja menjadi tumpuan dan bahan bualan ramai. Ada yang ‘shipping’ mereka secara terbuka, mengusik secara manja di ruangan komen, dan ada juga yang mendoakan hubungan ini berkembang ke fasa yang lebih serius.
NETIZEN USIK BELLA DAN SYED SADDIQ

Tinjauan di ruangan komen Instagram Bella juga menggambarkan perkara sama. Ratusan ucapan tahniah ditujukan kepada Syed Saddiq, berselang-seli dengan komen-komen bersifat gurauan manis yang menyentuh soal ‘istimewa’ antara dua figura ini.
Ada yang sempat bertanya,
“Ini juga tarikh istimewa untuk you both ke?”
“Dah ready ke nak announce something special?”
“Team rewang Johor standby boss!”
Meskipun komen-komen tersebut bersifat santai, namun ia menunjukkan betapa ramai yang sayang dan menyokong mereka bukan sahaja secara individu, tetapi juga sebagai pasangan yang mungkin punya sesuatu lebih dari sekadar persahabatan.
Namun begitu, baik Bella mahupun Syed Saddiq, kedua-duanya kekal tenang dan profesional. Tiada pengesahan mahupun penafian diberikan. Tapi bagi warganet yang sentiasa peka dengan perkembangan mereka, ‘tarikh istimewa’ itu mungkin hanya tunggu masa untuk diumumkan secara rasmi.
Apa pun, buat masa ini, hari ini adalah hari kemenangan buat seorang anak, seorang pemimpin, dan mungkin juga… seorang lelaki yang telah melalui gelapnya malam dan akhirnya kembali melihat cahaya.
Kita doakan yang baik-baik saja untuk kedua-duanya. Kalau benar ada cinta, biarlah ia dibina atas dasar saling percaya, selepas badai telah reda.
Sumber: bellaastillah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Satu Huruf Senang Ingat.” Suami Isteri Beri Nama Empat Anak V, J, L Dan N

Nama yang diberi pada anak-anak dianggap satu doa untuk mereka. Sebab itu sebaik-baiknya biarlah nama tersebut mempunyai makna yang elok. Bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri ini mereka hanya menggunakan satu huruf sahaja untuk menamakan empat orang anak.
Menurut Berita Jatim, Sukari dan Wahyuningsih dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2). Kisah mereka ini menjadi tular kerana belum ada lagi pasangan yang meletakkan nama anak dengan satu huruf.
BACA [Ibu Terkedu Lahirkan Bayi Perempuan Sama Berat Dengan Timbangan Bola Boling]
Nak senang ingat
Kongsi Sukari, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih satu huruf sahaja untuk nama anak-anak mereka.

“Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.
“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan semua anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup,” jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta.
Yakin bawa rezeki untuk seisi keluarga
Tambah Sukari, dia tidak pernah terlintas untuk menukar nama anak-anaknya kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.
“Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat.
“Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya. – Agensi
Kredit: Agensi ; Kosmo
ARTIKEL MENARIK [Modal Dalam RM7.90, Lelaki Ini Kongsi Cara Berkesan Bunuh Lipas Dalam Kereta!]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Ahli Farmasi Pesan, Ubat Demam Bila Dah Buka Jangan Simpan Dalam Peti Sejuk!]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


