Memberi anak makan ubat ketika usia anak masih kecil sememangnya agak menyukarkan. Pelbagai cara untuk memujuk anak namun anak semestinya lebih bijak menangkis. Tak mudah tapi inilah yang dilalui setiap ibu.
Bagi pelakon Elfira Loy, dia punya cara sendiri untuk meyakinkan si kecilnya, Muhamad Rayyan Khalaf untuk makan ubat.
Semalam menerusi Instagramnya, Elfira berkongsi masalah anaknya yang disahkan mempunyai jangkitan pada paru-paru atau pneumonia.
Menerusi Instagramnya, Elfira turut berkongsi caranya ketika memberikan Rayyan ubat. Memang terbaik!
“Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu.
1. Balut dia & lift his head a bit.
2. Duduk atas dia bagi tangan tak gerak ( jangan duduk betul pulak )
3. Pegang muka dia kuat kuat.
4. Bagi dia nganga, spray ubat near to the throat. (near tu maksudnya dekat ye ibu ibu bukan pada) cara ini jugak di demokan oleh Dr. Sekian terima kasih,” kongsinya lagi.
Teknik balutan tangan yang diaplikasi Elfira ini patut dicuba oleh ibu-ibu untuk memberikan anak ubat. Payah tetapi nampak hasilnya sementara ubat dimasukkan ke mulut anak.
Dalam pada itu, rupanya ibu cantik manis yang sedang hamil anak kedua ini rupanya menjadi tidak keruan bila mana dirinya sendiri yang kurang gemar dengan ubat-ubatan. Bertambah sukar jadinya bila terpaksa beri Rayyan makan ubat.
“Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat, bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar.
“Orang yang tak suka ubat , kena bagi orang lain makan ubat,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, menerusi perkongsian Elfira yang terdahulu, anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf mengalami jangkitan paru-paru atau pneumonia selepas demam, batuk dan selesema yang kerap.
Menarik: Lepas Asyik Batuk Selesema, Akhirnya Terjawab, Anak Elfira Loy Alami Jangkitan Paru-Paru
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!