Bukan saja menu utama, adakalanya menu sarapan juga sudah cukup membuatkan ibu pening kepala memikirkan resipi. Jangan beratkan minda, sesekali ada baiknya anda sediakan menu ringkas seperti Banana Oat ini buat anak. Paling ringkas.

Kita nampak seperti menu biasa-biasa tetapi anak suka. Malah oat dan aneka bijirin lain buat perut anak kenyang pada tempoh yang agak lama. Jom cuba resipi Fruits/Banana Oat yang dikongsikan oleh Puan Irna Syafiqah ini. Simple!

Banana Oat, Sarapan Sepantas Kilat Tapi Mampu Kenyangkan Anak Pada Tempoh Yang Lama!

Lambat bersiaran hari ni. So inilah breakfast baby boss for today.
Fruits oat. Sejujurnya lah kan, saya sendiri pun tak lalu sangat nak makan oat ni. Walaupun kita sedia maklum oat bagus untuk jantung. Hehe..

Menu yang sangat simple. Yang penting baby pun kenyang. Mudah je mommies semua. Jom kita mula!

Banana Oat, Sarapan Sepantas Kilat Tapi Mampu Kenyangkan Anak Pada Tempoh Yang Lama!

Ads

Bahan bahannya ialah:

Instant oat
Susu full cream
7 biji kismis
Sebiji pisang

Banana Oat, Sarapan Sepantas Kilat Tapi Mampu Kenyangkan Anak Pada Tempoh Yang Lama!
Instant oat. Masa memula dulu saya pakai organic rolled oat. Ni dah habis, saya pakai je instant oat jenama quaker oat. Ambilkan frying pan dan masukkan susu full cream.

Banana Oat, Sarapan Sepantas Kilat Tapi Mampu Kenyangkan Anak Pada Tempoh Yang Lama!

Ads

Kemudian masukkan instant oat tadi.

Banana Oat, Sarapan Sepantas Kilat Tapi Mampu Kenyangkan Anak Pada Tempoh Yang Lama!

Kacau kacau kacau. Instant oat ni sebenarnya bancuh dengan air panas je dah boleh makan.

Banana Oat, Sarapan Sepantas Kilat Tapi Mampu Kenyangkan Anak Pada Tempoh Yang Lama!

Ads

Kemudian masukkan kismis 7 biji. Kenapa 7 biji? Sebab nak ambil nombor ganjil. Aaa gittuh!

Banana Oat, Sarapan Sepantas Kilat Tapi Mampu Kenyangkan Anak Pada Tempoh Yang Lama!

Tadaaaaa.. siap dah! Inilah hasilnya. Nampak je mangkuk makanan dia, terus datang. Haha. Afrina Afrina.

Kelebihan Oat

Oat mungkin makanan kegemaran orang dewasa, namun oat juga sesuai diberikan pada anak-anak kita kerana khasiatnya yang hebat. Antara kebaikannya adalah:

  • Oat adalah whole grain food yang mengekalkan kebaikan bijirin walaupun setelah dimasak.
  • Diperkaya dengan fiber atau serat sekaligus memudahkan pencernaan bayi dan mengelakkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak.
  • ¼ cawan oat bersamaan dengan 8% keperluan zat besi pada bayi.
  • Selain itu ia turut membekalkan 44% keperluan magnesium dan 25% zink setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI