Tular di media sosial apabila bayi perempuan dirempuh kenderaan di rumah pengasuhnya di Taman KESEDAR Putra, Gua Musang, semalam.

“Bang Aamina Dah Tak Ada!” Bapa Bayi Terima Panggilan Dari Pengasuh & Terima Takdir

Terima Panggilan Daripada Pengasuh

“BANG, Aamina dah tak ada”

itulah kata-kata yang diterima seorang bapa daripada pengasuh bayinya yang maut dirempuh kereta, di Taman KESEDAR Putra, Gua Musang, semalam.

Dalam keadaan terkejut, Mohd Hafezul Abdullah, 35, bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum mengesahkan anak perempuannya, Aamina Inayah yang berusia 17 bulan meninggal dunia.

Hubungi Isteri Di Arab Saudi

“Bang Aamina Dah Tak Ada!” Bapa Bayi Terima Panggilan Dari Pengasuh & Terima Takdir

Dia mengakui sangat sedih atas pemergian anak kedua kerana bayinya itu dapat menghilangkan kesunyian di rumah berikutan isterinya kini berada di Arab Saudi kerana bekerja sebagai jururawat.

“Saya sudah hubungi isteri saya, Kharina Sharing, 33, di Arab Saudi bagi memaklumkan berita sedih ini dan dia akan pulang segera serta dijangka tiba ke Gua Musang, hari ini.

 

IKLAN

“Jenazah bayi saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman KESEDAR Putra selepas solat Asar petang ini,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HGM, hari ini.

Tak Sedar Bayi Hilang Sebelum Dilanggar

Dalam kejadian pada jam 5 petang semalam, Aamina Inayah dilanggar kereta Toyota Fortuner yang dipandu ibu pengasuh, Che Jah Yaacob, 54.

Che Jah ketika itu sedang mengalih keretanya yang berada di luar rumah ke dalam garaj.

IKLAN

Ketika kejadian, pengasuh Nor Syamimi Ibrahim, 20, berada di dalam rumah dan tidak menyedari kehilangan Aamina yang baru pandai berjalan sejak tiga bulan lalu.

Nor Syamimi bergegas mencarinya dan terdengar bunyi suara bayi menangis sebelum menemui mangsa terbaring di atas lantai di depan rumah rumahnya.

Bayi Disahkan Meninggal Dunia

Pengasuh bersama ibunya segera membawa bayi itu ke HGM sebelum disahkan meninggal dunia setengah jam selepas kejadian.

IKLAN

Mohd Hafezul yang bekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, berkata anak keduanya itu baru sahaja ditinggalkan di rumah pengasuh sejak seminggu lalu.

Katanya, anak pertama yang berusia lapan tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2.

“Saya selalu menghantar anak jam 7 pagi sebelum mengambilnya semula jam 6 petang setiap hari selepas pulang bekerja dan saya tinggal di perumahan Bandar Utama.

Terima Takdir

“Apapun, saya terima takdir Allah kerana sudah sampai ajal anak saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufi Maidin ketika dihubungi mengesahkan sudah mengambil keterangan daripada pengasuh dan ibunya.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI