Macam mana cara terbaik nak tegur perokok supaya berhenti merokok di kawasan awam yang ada anak kecil?

Siapa tak bengang bila ada orang selamba merokok di tempat awam yang ada baby. Nak bagi teguran rasa serba salah tapi dalam masa yang sama kasihan pada anak kecil yang terpaksa menghidu asap rokok.

Namun, pengalaman merasa peritnya melihat kesakitan ditanggung anak yang terpaksa masuk hospital kesan asap rokok membuatkan seorang ayah ini, Ahmad Aidil Rafiq nekad memberi teguran secara lantang kepada si perokok tersebut.

“ Bang ! Sorry bang ! Saya Ada Baby ! “

Aku selagi benda ni berlaku, aku akan up cerita ni supaya kau orang pun bersuara.

Sepanjang perjalanan ke Pendang hari ni, kami sekeluarga cuma berhenti di RnR Sungai Perak saja untuk berjama’ ta’khir dan makan ikan patin masak tempoyak.

Ads

Usai aku bersolat, sementara menunggu isteri menunaikan rukun islam yang kedua, aku duduk menjaga Amsyar yang sedang sedap lena dibuai tidurnya. Tak ada tilam yang paling sedap dalam dunia selain dalam pelukan Papa agaknya.

Sedang aku melayan mencari talian, tiba-tiba terbau asap rokok. Apa natang dalam tempat makan ramai-ramai siap ada budak kecil pun masih gian membakar rokok ?! Bukan tak boleh turun ke tempat parking sedut di situ.

“Bang! Sorry Bang! Berhenti Merokok Kat Sini! Saya Ada Baby Ni! Teguran Ayah Yang Pernah Merasa Anak Masuk Hospital

Ads

Aku galak mencari punca bau. Sebab sedang peluk Amsyar, aku tak boleh banyak gerak. Karang terjaga nak menyusu, Mamanya belum siap lagi. Aku tak ada susu. Air peluh banyak lah.

Depan aku ada seorang chinese perempuan sedang memeluk anaknya. Aku tengok anak mata dia pandang ke mana dengan kerut didahi, terus aku toleh ke belakang. Rupanya ada 1 family dengan lelakinya merokok sembunyi-sembunyi.

Aku tak cerita panjang bang. Terus aku kuatkan suara “ Bang ! Sorry bang ! Berhenti merokok kat sini ! Saya ada baby ni ! “ Sambil aku kibas-kibas napkin Amsyar bagi bau rokok hilang.

Serius lah. Tak ada common sense? Ya bang. Suara aku kuat pasal nya aku mewakili seluruh bapa yang ada anak berhampiran dengan hangpa untuk tak membunuh anak-anak kami.

Ads

Bang, kalau kau terbaca post aku, aku nak minta maaf kalau kau 1 family terasa malu pasal aku kuatkan suara. Sampai aku tengok kau orang 1 family blah dengan makanan tak habis atas meja tu.

Tapi serius bang. Aku ada ramai kawan dan sahabat baik yang merokok tapi tak benak kepala sampaikan nak membakar kat tempat yang sesak dengan orang tambah lagi ada anak kecil.

Benda ni tuan-tuan, tolong lah bersuara. Kalau kau malu berat mulut nak tegur, kau pilih antara dua ; Jaga rasa malu kau, atau jaga anak berhari-hari lamanya di hospital ?

Dan 1 lagi, beli sanitizer botol besar dan letak sebelah anak kau kalau kau keluar berjalan dan berhenti rehat. Itu satu tanda yang orang lain akan faham kau ni sangat pentingkan kebersihan.

Aku dah merasa bang anak masuk hospital. Bukan main sakit dan pedih telinga kau bila dengar anak meraung dicucuk sana sini. Pedih lagi rasa hati.

p/s: Satu lagi nak pesan, kalau hangpa bawa family makan kat tempat awam tu, susun elok lah pinggan dan sisa makanan lepas makan. Bagitahu kat anak-anak. Orang lain pun nak guna meja lepas tu. Sudah tua-tua. Anak pun sudah besar tingkatan. Malaysia pun dah tukar parti pemerintah. Tak kan kau 1 keluarga masih lagi perangai lama ?

Sumber: Ahmad Aidil Rafiq

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI