Usahawan berjaya, Tya Ariffin dipuji wargamaya kerana mendidik anak sulungnya berniaga ketika bulan Ramadan.
Apa yang menarik perhatian ramai kerana kesungguhnya anak Tya, Arif Jiwa Asyraf yang bersungguh-sungguh menjual bagi membantu perniagaan ibunya di bazar.
Bahkan Arif menangis apabila dianggap menipu ketika membantu ibunya berniaga di Celebfest, Singapura, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Tya di TikTok, Arif mendekati beberapa pengunjung yang datang bersama anak untuk mempromosikan produk vitamin, Jiwaku. Namun, salah seorang pengunjung menganggap Arif menipu dan membuatkannya berasa sedih.
“Arif rasa dia ingat Arif tipu,” katanya kepada ibunya.
Arif bagaimanapun teruja bila mana ada beberapa pengunjung yang turut membeli produk yang dijualnya.
Dalam pada itu, Tya turut menitipkan kata-kata semangat dan berbangga dengan kegigihan anak sulungnya itu walaupun di bulan puasa.
“Takpe abang. Ibu bangga dengan abang ya. Besar nanti baru abang faham erti meniaga tu macam mana ya.
“Tak mudah nak buat direct selling dengan customer, but it will make you a great entrepreneur one day. Good job abang Arif.
“Takpe Arif, jangan sedih-sedih tau doa banyak-banyak supaya ramai beli Jiwaku,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berbangga dengan Arif dan kaedah perniagaan yang digunakan itu.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: TikTok