Rezeki dapat anak lelaki atau perempuan, semuanya rahsia Allah. Tak kisahlah walaupun berderet anak lelaki atau perempuan masing-masing ada rezekinya. Yang penting semua anak-anak kita sihat.
Dalam hal ini juga, tanggungjawab ibu bapa sangat besar. Dengan cabaran hari ini memerlukan kesabaran tinggi mendidik anak menjadi khalifah yang terbaik dan elok budi pekertinya.
Buat ibu bapa yang ada anak lelaki ini pesanan untuk anda agar anak lelaki kita dapat menjadi anak penyejuk hati semua.
KEPADA ANDA YANG ADA ANAK LELAKI..
Orang kata penat jaga anak lelaki. Tak duduk diam lari sana sini. Bukan setakat berlari, tapi bergusti, Haiihhh, orang kiri kanan pun perli perli.
Biar dia main lumpur sampai kotor kaki, Biar dia aktif tak henti, kerana percayalah satu hari nanti, apa yang dia dapat kini, dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Banyak kelebihan buat anak lelaki, yang ramai tak tahu tapi Allah dah beri, sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari, dialah harapan ibu ayah dan family, bimbing dan sayanglah dia agar success dan happy.
Orang kata anak lelaki tak reti duduk diam, baguslah tu, bila tak duduk saja dan menganyam, jangan disuruh diam sampai ke malam, takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi, tambah-tambah bila peluk ciumnya tak henti-henti, di selit kasih sayang ayah mithali, jangan terkejut satu hari nanti, Bila anak yang aktif lari sana sini ini, disayangi masyarakat dan planet bumi.
So, jangan pukul dan maki anak lelaki kerana dia tak putus membentuk diri. Untuk dia kumpul dan punya identiti, yang bukan saja buatkan ibu ayahnya happy, malah menjadi saham akhirat buat mommy daddy.
Dialah anak lelaki mithali, jangan biar dia main dan lari sendiri, tapi ciumlah dia berulang kali, kata sayang dan rindu lagi dan lagi, agar dia terus rasa dihargai, punya ibu dan ayah seperti ini.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti.
Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biar pun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Semoga suatu hari nanti apabila kita telah meninggal dunia dan mereka yang akan mengimamkan solat jenazah kita.
Kredit: The Tazkirah Iman