Adakah Kita Ibu Yang Baik? Terlalu banyak tips dan cara yang tak beberapa realistik bagaimana menjadi terbaik untuk anak-anak. Ibu yang gembira sepanjang masa, cool, ceria, bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab seharian merupakan penanda aras kita supaya kita berasa puas hati menjadi terbaik untuk anak-anak.
Hakikatnya, motherhood merupakan satu perjalanan dan perjuangan yang sangat panjang, penuh dengan cerita suka duka. Ada hari yang mengembirakan dan ada juga hari yang penuh dengan kekecewaan. Tapi percayalah saat duka yang kita alami tak menjadikan kita seorang ibu yang gagal, cuma ianya hanya saat kita tergelincir jatuh ke dalam motherhood trenches dan kita perlu bangun serta bangkit untuk teruskan perjuangan dan memelihara apa yang Allah amanahkan kepada kita.
Percayalah, kita tetap ibu yang baik, walaupun kita penat dan perlukan berehat
– Rasa serabut dengan ragam anak-anak
– Rasa bersalah
– Rindukan kebebasan dan hobi lama
– Bercampur baur perasaan dan tersalah letuskan emosi kepada anak
– Berdiam diri dan menjauhkan diri seketika daripada anak
Dalam dunia ini tiada langsung perkara yang boleh jadikan kita ibu yang baik dan sempurna. Kerana dalam dunia sementara ini tiada yang sempurna. Hanya pada Allah Maha Esa yang terdapat kesempurnaan. Semua ibu pernah lakukan kesilapan dan punya sejarah silam masing-masing.
Tapi Allah sediakan kita masa hadapan untuk kita perbaiki. Percayalah, Allah tidak pernah menghantar seseorang yakni anak penghuni rahim dalam kehidupan kita tanpa tujuan dan asbab yang jelas atau sia-sia. Yang penting kita sayangi anak-anak kita, hiasi mereka walaupun ada kalanya terluah pelbagai emosi dan pengalaman yang berbeza. Namun tetap tak menjadikan kita ibu yang gagal.
Sama-sama kita doa dan perbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
“As a mama i’m not perfect. I make mistakes. I forget things. I lose my cool. And somedays I go a little crazy. But, it’s okay because in the end, no one could ever love my child the way I do.”
Pernah tak ibu-ibu risau tak mampu menjadi yang terbaik untuk anak-anak? Rasa bersalah dan menyesal? Hakikatnya kita ibu yang baik bila kita terfikir bagaimana ingin menjadi yang terbaik untuk anak-anak.
Kredit: Hanis Athirah Rusli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI