Bila orang tanya kerja apa, dan kita jawab suri rumah, automatik orang pandang rendah. Bagi pandangan sesetengah masyarakat, wanita yang bekerjaya adalah wanita yang mencari rezeki dengan pergi ke pejabat, berpakaian seperti seorang eksekutif, keluar pagi balik petang dan jari jemari sibuk menaip papan kekunci serta menghadap komputer. Ini hakikatnya!
Tapi bagi wanita yang sememangnya berada di rumah dan menguruskan rumah tangga serta anak-anak, anda pun patut bangga. Jangan malu kerana kerjaya anda adalah yang sangat mulia. Biarlah apa pandangan orang sekalipun, janji keluarga anda berada dalam keadaan baik.
Seperti perkongsian Puan Normaliza Mahadi yang juga seorang kaunselor, beliau nasihatkan abaikan tanggapan orang kerana kita yang tahu apa yang kita lakukan. Suri rumah sekarang ni pun dah pandai cari duit sendiri dan ramai berjaya.
Sebut je suri rumah, keluarga mertua pandang rendah kepada menantu perempuan yang tak kerja ya? Sebab nampak menantu susahkan anak dia. Kesian anak dia kena kerja keras sara keluarga, sedangkan menantu relax aje kat rumah tengok tv, tidur, makan dan lepas tu hujung bulan dapat duit bertimbun dari suami. Lepas dapat duit bertimbun menantu pergi shopping. Kesian anak aku!
Inilah mentaliti yang menyedihkan yang masih berlegar dalam masyarakat. Tapi bukan keluarga mertua sahaja yang pandang rendah tetapi juga keluarga sendiri dan banyak ahli masyarakat.
Suri rumah ni macam tak ada masa depan. Membayangkan suri rumah ni berbaju kepam, bertudung senget, bau bawang, blur tak tau hal dunia dan semua yang buruk-buruk sahaja.
Suri rumah ni tak ada taste. Kalau bawak ke rumah orang pun terus pergi belakang untuk tolong masak dah basuh pinggan. Dukung anak sambil membantu tuan rumah memberi makan kepada tetamu lain yang bukan suri rumah! Begitulah suri rumah digambarkan.
Keadaan ini menyebabkan ada wanita yang tak perlu bekerja pun terpaksa bekerja hanya kerana tak selesa dan takut dengan pandangan masyarakat. Tak sanggup nak hadap persepsi gila yang suri rumah ini tak berguna.
Jihad untuk keluarga
Kitaran pandangan hina ini jika kita tak hentikan akan terus segar sepanjang zaman. Kita kena ramai-ramai hentikan. Semua orang. Jika daripada sekarang kita bekerja keras mengubah mindset masyarakat, generasi akan datang akan menuai kerja keras kita semua.
Suri rumah adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Tiada gaji bukan bermakna hina! Tiada gaji tetapi bekerja siang dan malam untuk keselesaan keluarga adalah jihad. Setiap tingkah laku dan amal baik yang tercetus dari ajaran ibu itu akan menjadi pahala yang berterusan.
Setiap keselamatan yang ibu ini sediakan untuk anak ini dan kelapangan ayahnya ketika bekerja kerana tahu anak-anaknya adalah selamat juga dikira pahala untuk ibu ini.
Pesanan saya untuk suri rumah di seluruh Malaysia, jangan sesekali memberi ruang kepada sesiapa pun untuk memperkecilkan pilihan menjadi suri rumah.
Suri rumah adalah satu kerjaya. Sesiapa yang tak boleh terima hakikat ini, biarkan mereka. Jangan membiarkan kesempitan fikiran mereka ini mengganggu kehidupan kita.
Perkenalkan diri puan sebagai suri rumah tangga. Tanpa perkataan je… Saya seorang suri rumah tangga.
Kredit: Normaliza Mahadi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI