Setiap orang pastinya ada satu pengalaman buruk dalam hidupnya. Oleh kerana pengalaman itulah, mereka lebih kuat untuk bangkit berani menghadapi ujian yang datang.
Baru-baru ini pelakon terkenal Fasha Sandha berkongsi satu gambar di instagram miliknya yang mengimbau kembali kenangan ketika menjadi ‘single mom’ kepada dua orang anaknya. Gambar kenangan yang bertarikh 4 Desember 2015 itu membawa seribu makna buat Fasha dan anak-anak.
Sapa sangka wanita yang kelihatan sungguh tabah ibarat wanita besi, ada juga masanya memendam rasa menjadi ‘besi karat’ seperti yang ditulis di kapsyen gambar tersebut.
Jangan Tunjuk Lemah, Teruskan Buat Apa Yang Kita Suka
Dalam perkongsiannya itu, Fasha selitkan bahawa dalam dunia ni akan ada yang suka dan akan ada yang membenci kita. Apapun yang kita buat tetap akan ada nampak buruknya di mata orang. Oleh itu, pedulikan apa orang kata, teruskan buat apa yang kita suka dan paling penting, jangan tunjuk kelemahan diri kita.
Tambahnya, kalau orang buli kita, JANGAN TUNDUK! Jangan biarkan orang buli kita. Jika perlu lawan, lawan! Jangan diam kerana nanti orang pijak kepala. Yang penting, jangan sedih, bangun dan buktikan anda berani dan kuat.
Buat Simpanan Untuk Masa Depan
Dunia masa kini, duit adalah segalanya. Apapun masalah dihadapi, sememangnya duit adalah keutamaan. Bagi Fasha, meskipun pernah bergelar janda, dia tidak malu dan berbangga dengan status itu kerana ketika itu dia bukan dalam keadan yang tiada apa-apa. Fasha ketika itu, merupakan janda yang bekerjaya dan mempunyai tanggungjawab untuk mencari duit untuk keluarga kecilnya bersama anak-anak tanpa perlu meraih simpati orang lain.
Dalam Pahit Ada Manisnya
Setiap orang pasti akan mendapat kebahagian masing-masing. Setelah mengharungi ujian besar, Fasha telah ‘dihadiahkan’ dengan pasangan hidup baru, Aidil Aziz yang selamat dinikahkan pada Mac lalu. Bagi Fasha, untuk peluang kedua ini adalah pinjaman dari Dia. Apa yang perlu dia buat, hanya berdoa semoga pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat.
Gambar kenangan pada 4 Dec 2015,
Hari pertama kami hidup bertiga ?
Ramai kata, Fasha,wanita besi.
Eh, sejujurnya not all the time jadi besi..there are times jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk)
Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers.Haters will hate, no matter what.Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan,… teruskan buat apa yg kita suka.
Tak semua orang suka kita happy,
Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah.
Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke.Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sbb orang tak peduli. Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang2 nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan.
Being Single Is Better Than Being With the Wrong Person. I was a Janda before and im so PROUD with that title. Sbb apa? Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan title ‘Janda’ tu…Now Allah bagi peluang kedua utk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang i buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #tilljannah..Insyaallah.
Jadi perempuan ni kena la kuat,
Supaya takde orang boleh tindas kita.
Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat i selalu pada my sisters. I am an aries, sejenis kuat. Ada masa i boleh buat taktau je dan tak layan . Ada masa, perlu lawan , kena lawan. ?Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita. But remember this, ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh utk dilayan just IGNORE. LIFE IS Too short. Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada.?EX iSMC(independent single mom club) ? @pinography
Semoga perkongsian dari Fasha ini mampu memberi inspirasi kepada orang ramai terutamanya yang bergelar janda dan merubah persepsi orang ramai.
SUMBER: Fasha Sandha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI