Bangkit Cheese Melting & Cair Di Mulut. Tiap Kali Kunyah Rasa Ranggup Cheese

Share

Siapa peminat kuih bangkit pasti akan tahu bagaimana rasa teksturnya kan? Setiap kali kunyah terus cair dalam mulut selain rasanya yang lemak.

Sekarang ni ramai yang dah jual bangkit cheese. Tapi harganya agak mahal sikit berbanding biskut bangkit biasa kerana menggunakan cheese dalam adunan.

Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak buat biskut bangkit cheese ini anda boleh cuba resipi SuiSan Aliezsha.

Biskut Bangkit Cheese ni nak beli yang dah siap mahal sebab barang-barangnya pun dah mahal. Jadi kita buat sendiri untuk kepuasan diri. Dah beli barang-barang lupa acuan tak ada.

RESIPI WAJIB CUBA [Wow Cantiknya Kek Ogura Unicorn Raya Ni, Nak Buat Pun Senang!]

Nampak botol mineral depan mata jadi tutupnya jadi mangsa. Jangan tengok awalnya, tapi tengok kesudahannya. Setiap tahun wajib ada sebab biskut ini sedap sangat-sangat. Rapuh cair dimulut ditambah pula rasa cheese.

Resepi Bangkit Cheese

1. 3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tepung jadi ringan)
2. 3 cawan tepung jagung
3. 1 ketul butter cup
4. 250g cream cheese tatura
5. 1 cawan gula halus (ikut kemanisan anda)
6. 2 biji kuning telur
7. 1 sk baking powder & 1sk esen vanilla
8. 1 ketul cheddar

P/s=tepung jagung, tepung ubi, baking powder ayak terlebih dahulu.

Cara membuatnya:

Putar butter, gula sehingga kembang. Masukkan cream cheese, esen vanilla & kuning telur putar lagi bagi kembang sebati. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit putar seketika.

Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan, parutkan cheddar gaul sebati. Jika doh kekurangan tepung tambah tepung ubi ye. Biarkan doh dalam beberapa minit kemudian tekap acuan.

Panaskan oven@af bakar pada suhu 170-30minit ikut oven masing-masing. Kalau tak cukup masak ditambah masa. Biar kekuningan seperti dibawah anda akan rasa cair dimulut, & ranggup-ranggup cheese tu. Selamat mencuba..

LAGI ARTIKEL RESIPI MENARIK [Brownies Cookies Ranggup & Chewy. Senang, Tak Rugi Buat Sendiri!]

Sumber: SuiSan Aliezsha

 

Published by
Wan Amy